CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5211|Reply: 5

MELAHIRKAN ANAK2 YANG CEMERLANG - (ikhtiar,usaha, makanan, amalan dan sebagainya

[Copy link]
Post time 31-3-2012 05:40 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by asziemiworld at 31-3-2012 17:43

Bagaimana melahirkan anak2 yang cemerlang??

Jom kita kongsi rahsianya. Pada sesiapa yang ada pengalaman jom share especially bagi yang mempunyai anak2 yang mendapat keputusan
cemerlang dalam peperiksaan yang lalu. Jom kongsi agar menjadi panduan kepada ibu bapa yang lain :-)


CIRI-CIRI PELAJAR CEMERLANG
Sumber : Petua dari Datuk Dr Fadzilah Kamsah

  • taat kepada Allah
  • mendirikan sembahyang
  • menghormati kedua ibu bapa dan sentiasa mendoakan mereka
  • hormati & sayangi guru
  • bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja untuk mencapai kecemerlangan.
  • suka pada setiap mata pelajaran yang dipelajari
  • membantu rakan yang memerlukan
  • berdoa dan bersyukur kepada Allah
  • sentiasa bertawakal
  • mahir dalam setiap mata pelajaran
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 31-3-2012 05:46 PM | Show all posts
INFO: Tip untuk ibu bapa

    * Sebaik kandungan mencecah empat bulan, ibu digalakkan baca surah al-Fatihah, ayat Kursi dan surah al-Inshirah. Surah Fatihah adalah ibu al-Quran, ayat Kursi bertujuan menghalau gangguan syaitan manakala surah al-Inshirah untuk melapangkan hati dan fikiran.
    * Selepas bersalin, baca surah berkenaan ketika menyusukan anak dan dihembuskan di kepala. Ia boleh diteruskan sehingga anak cukup umur.
    * Waktu ketika anak antara sedar dan tidak. Rebut peluang bisikkan kata-kata nasihat, pujian dan pesanan. Ambil masa seminit, dua untuk membacakan doa sambil mengusap kepala mereka selain memberikan nasihat.
    * Doakan kejayaan anak, rakan anak mereka, anak rakan dan jiran.

FAKTA: Rahsia pemakanan ilmuwan Islam

1) Madu – Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktiraf ia ‘shifa’ iaitu penyembuh penyakit. Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit dan boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat. Ia perlu diambil dua sudu teh (gunakan sudu plastik) pada waktu pagi dan malam.

2) Kismis – Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Adab memakannya ialah dengan mengadap Kiblat, membaca Bismillah dan selawat tiga kali diikuti doa penerang hati. Ia perlu dimakan seperti memakan gula-gula kerana dikatakan tidak berkesan jika dikunyah dan diambil satu persatu sebanyak 21 biji setiap hari.

3) Susu segar – Susu berguna untuk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semula jadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri – biri dan lembu yang segar. Ia diminum segelas pada sebelah pagi dan malam.

4) Telur – Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Ahli – ahli kesihatan mengakui ia adalah makanan yang lengkap dan berkhasiat. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.

5) Halia - Ia sangat mujarab untuk menghindar masalah lupa. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halwa. Halwa ialah halia yang dijadikan Dimakan sedikit saja pada waktu pagi.

6) Buah Delima - Mujarab untuk penerang hati seperti sabda Nabi Muhammad SAW: “Sesiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari.”

Sumber: Berita Harian 28/12/2008 dan Berita Harian 21/03/2010 oleh hazirah che sab
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-3-2012 05:52 PM | Show all posts
TAHUKAH ANDA ?

"Pendidikan prasekolah merupakan pengalaman awal yang penting dalam dunia persekolahan kepada seseorang kanak-kanak.Pengalaman persekolahan dan pembelajaran yang berkesan, bermakna dan menggembirakan dapat membekalkan mereka dengan kemahiran, keyakinan diri dan sikap yang positif sebagai persediaan untuk memasuki alam persekolahan formal dan pendidikan sepanjang hayat"

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-3-2012 05:59 PM | Show all posts
Anak cuma seorang dua. Tetapi, tidak dapat tidak tentu si ibu mahupun ayah berasa amat girang dan bangga apabila anak yang pernah ditatang menjadi cemerlang setelah dewasa. Namun, bagaimanakah cara untuk memperoleh anak yang berjaya sedemikian rupa? Berikut 15 tip menjadikan anak cemerlang.

   1. Anak kecil memang gemar bertanya itu dan ini. Ada kalanya tingkah lakunya ini boleh menyebabkan anda bosan dan rimas. Namun, usahlah memandangnya remeh. Sebaliknya, layanilah sifat ingin tahu anak secara ikhlas dan positif. Elakkan daripada berbohong.
   2. Zaman kanak-kanak sekali seumur hidup. Jadi berilah peluang anak kecil anda bermain sepuas-puasnya. Walaupun tampak membuang masa, tetapi anda harus ingat bahawa proses pembelajaran kanak-kanak khususnya pra sekolah berlangsung sewaktu mereka sedang bermain. Ketika itulah dia membina kreativiti dan imaginasinya.
   3. Asah kemahiran mendengar yang baik dikalangan anak. Cara yang paling mudah ialah menjadikan diri anda sebagai contoh kepadanya iaitu dengan memberi tumpuan apabila dia berbicara.
   4. Usah kedekut memberi pujian kepada anak apabila dia layak menerimanya. Pujian merupakan suatu bentuk penghargaan. Apabila dia menerima pujian daripada anda, dia akan berasa bahawa dirinya memperoleh perhatian anda.
   5. Berilah galakan yang positif kepada anak dan elakkan daripada memaksanya. Walau bagaimanapun, galakan harus diberikan berdasarkan tahap kemampuan si kecil.
   6. Berilah ruang yang cukup dan selamat untuk diterokai anak kecil anda. Pada masa yang sama, usah sekat peluangnya untuk menconteng, melukis, membina dan berinteraksi dengan kanak-kanak lain.
   7. Bantulah anak agar bersedia menerima kesilapan yang telah dilakukan. Terangkanlah dia dan suruhlah dia belajar daripada kesilapan tersebut. Pada masa yang sama, beritahulah anak bahawa kesilapan itu boleh diperbaiki dan diatasi. Berilah galakan untuk dia terus mencuba.
   8. Elakkan daripada mencegah mahupun melarang anak daripada melakukan sesuatu perkara secara negatif. Ini boleh menyebabkan anak hilang kepercayaan terhadap kebolehan dirinya untuk mendayausahakan sesuatu aktiviti.
   9. Usahlah berleter dan bersungut di hadapan anak apabila dia gagal melakukan sesuatu. Tindakan anda ini hanya akan menyebabkan dia tidak dapat menguasai daya insiatif.
  10. Elakkan daripada bersifat baran dan mengeluarkan kata-kata negatif terhadap anak. Tindakan anda boleh menyebabkan dia gemar menyisihkan diri, murung dan tidak pro aktif.
  11. Usah amalkan budaya berkata ‘jangan’ dan ‘tidak boleh’ kepada anak. Ia kurang sesuai untuk dipraktikkan sekaligus tidak membantu perkembangan positif dalam diri anak. Sebaik-baiknya tukar bentuk arahan negatif kepada lebih positif iaitu dengan cara memberitahunya apa yang patut dia lakukan.
  12. Tanam dan cambahkan perasaan ‘saya boleh’ dalam diri anak. Ini mampu menjadi pemangkin untuk dia mencuba perkara baru sekaligus menghadapi pelbagai keadaan hidup dengan penuh yakin.
  13. Kaji terlebih dahulu sesuatu tingkah laku yang ditonjolkan oleh anak. Ada kalanya mengubah persekitaran mampu menyelesakan kekecewaan anak. Cubalah fikirkan bagaimana anda boleh membantu dia melakukan sesuatu.
  14.  Terdapat pelbagai cara yang boleh anda lakukan bagi mempamerkan kasih sayang kepada anak. Namun, bukan semua cara anda mampu difahaminya. Oleh itu, adalah lebih baik jika anda menunjukkan kasih sayang anda dengan cara yang lebih langsung dan bukan melalui kebendaan.
  15. Kanak-kanak pra sekolah tidak mahir dalam membuat keputusan sendiri. Jadi dia akan lebih cenderung untuk memilih berdasarkan naluri ataupun kemahuan yang mungkin bertentangan dengan kehendak anda.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-3-2012 06:17 PM | Show all posts
Lagi artikel:

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang
minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu?

Beliau menjawab, “ia, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semoga ia menjadi genius apabila dewasa kelak” Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik
sehingga beliau melahirkan anak.

Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu, dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan
untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.

Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam. Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama.

Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat(nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.

Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh
atau lembab).

Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah …… tekalah sendiri..!)
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2012 01:03 PM | Show all posts
Semua di atas ni Rasullullah dah ajar tapi kita tak ikut kan... yahudi ni dah kaji awal2 dah ...
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 08:33 PM GMT+8 , Processed in 0.086698 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list