CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 40459|Reply: 89

[SEJARAH] Tokoh-tokoh pejuang di Melaka by hana & zadzamusa

[Copy link]
Post time 15-3-2012 08:56 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by juju_amin84 at 22-3-2012 19:16

Pejuang Melaka..


       Kejatuhan melaka ke tangan Portugis pada tahun 1511 merupakan saat bermulanya penentangan orangMelayu terhadap penjajahan kuasa luar. Selepas Belanda mengalahkan Portugis dan menduduki Melaka pada tahun 1641, perjuangan menentang penjajah oleh pemerintahdan rakyat tempatan berterusan seperti yang berlaku di Naning, Kuala Perak,Riau dan Kuala Selangor. Di Melaka sahaja telah lahir tokoh-tokoh pejuang sepertiDol Said dan Raja Haji .


       Oleh kerana ramai yang mungkin sudah mengenali kisah perjuangan Dol Said di Naning, saya akan memberifokus kepada kisah perjuangan Raja Haji. (bagi yang ingin mengetahui sejarahperjuangan Dol Said boleh rujuk thread ini http://mforum.cari.com.my/viewthread.php?tid=641971&extra=page%3D1   )


Latar belakang Raja Haji


             Raja Haji Fisabilillah dilahirkan di Kota Lama, Ulusungai, Riau pada tahun 1725. Raja Haji Fisabilillah ibniDaeng Celak
atau lebih dikenali sebagai Raja Haji adalahseorang pahlawan Bugis dan yang dipertuan Muda Kesultanan Johor-Riau-Lingga (1777- 1784). Daripadasebelah ayahnya, Raja Haji berasal daripada keturunan raja-raja di tanah Bugis,negeri Luwuk. Di sebelah ibunya pula berasal daripada keturunan raja-rajaMelayu.  Raja Haji merupakan adik Raja Lumu yang menjadi Sultan Selangor. ManakalaRaja Ali Haji yang terkenal itu merupakan cucu beliau.


RajaHaji-Yang Dipertuan Muda Riau IV-adalah pahlawan Melayu yang amat termashur.Beliau berperang melawan penjajah Belanda sejak berusia muda sampai akhirhayatnya dalam peperangan hebat di Tetuk Ketapang tahun 1784. Raja Haji Ibni Opu Daeng Cellak, Yang Dipertuan MudaRiau Ke-4 merupakan peneroka pertama orang Melayu yang menggunakan peralatan moden dalam ilmu pelayaran dan geografi.


Raja Haji merupakan pahlawan Melayu yang hebat diabad ke 18 disamping merupakan seorang pelayar, pengembara dan pakar ilmumaritim yang terhandal. Malah penjajah Belanda ketika itu sangat mengagumibeliau seperti yang dinyatakan oleh sarjana sejarah Leonard Y. Andaya dalam bukunya “The Kingdom of Johor 1641-1788: Economic and Political Development”,1975.





Sejarah Perjuangan
       Sewaktu pemerintahan Sultan Ibrahim Selangor telah berlaku konflik antara Belanda di Melaka dengan Raja Haji.Konflik ini adalah bermula bila terjadinya peristiwa dimana pada 1782 Gabenor Belanda di Melaka (Pieter Gerurdus De Bruijn ) telah mengarahkan Seorang Kapten Perancis (Mathurin Barbaron )menawan sebuah kapal British yang berlabuh di perairan Pulau Bayan dalam kawasan Johor-Riau. Kapal British itu adalah bernama Betsy yang diketuai oleh Kapten Robert Gaddes dan membawa 1254 peti candu. Bila kapal ini berjaya dirampas maka muatannya telah dijual lalu hasilnya di bahagi antara Belanda dan Kapten Perancis sahaja.Setelah Raja Haji mengetahui mengenai hal ini maka ia telah menuntut bahagiannya kerana menurut perjanjian antara Johor dan Belanda mana-mana rampasan yang dibuat oleh Belanda dalam perairan Johor hendaklah di bahagi dua.Walaubagaimana pun Gabenor Belanda cuba berdalih dengan menghantar seorang kapitan Melayu Dan pegawai Belanda Untuk membuat perundingan di Muar denganRaja Haji.Namun perundingan ini telah gagal kerana belanda tetapI mengatakan bahawa Raja Haji tetap tidak berhak dan Raja Haji berkeras Mahukan bahagiannya.AkhirnyaRaja Haji menjadi marah lalu memulangkan surat perjanjian kepada belanda danselepas itu beliau telah menjadi musuh utama belanda dengan menyerang kapal perdagangan di Selat Melaka untuk mengangu perdagangan Belanda.   

      

Belanda telah bertindak balas di mana Belanda telah menghantar satuangkatan perang menyerang Raiu dengan kekuatan 6 buah kapal dan 910 askar.Angkatan ini telah diketuai oleh Togar Aboe .Walaubagaimana pun amngkatan initelah gagal menawan Riau kerana tentangan yang hebat daripada Raja Haji. sept1782 Belanda telah menghantar bantuan dengan menghantar 7 buah kapal dengan 594anak kapal namun masih gagal menawan Riau. Akhir 1782 Belanda sekali lagimenghantar bantuan untuk menyerang Riau sebanyak 17 kapal kecil dan 600askar. Angkatan ini adalah diketuai oleh Kapal Malakka's Welvaran .Dengan penghantaran bantuan ini angkatan Belanda Ingin melancarkan serangan besar-besaran keatas Riau.   

   

Peperangan ini telah sampai kepengetahuan Sultan Ibrahim Selangor.Baginda  merasakan bahawa ia perlu membantu Raja Haji dengan melancarkan serangan keMelaka. Baginda dan adiknya Raja Nala telah bergerak ke Rembau untuk berundingdengan penghulu di sana. Akhirnya penghulu Rembau bersetuju untuk membantu baginda. Angkatan Selangor dan Rembau telah mara ke Melaka Hingga berjaya memusnahkan sepanjang kawasan dari Sungai Baru hingga ke Batang tiga. Bagindapun mendirikan kubu di Batang Tiga .Setelah berjaya mendirikan kubunya di Batang Tiga, Sultan Ibrahim berserta 30 hulubalang telah bertolak ke Riau untuk menemui Raja Haji pada Febuari 1784. Sewaktu di Riau baginda telah memujuk RajaHaji untuk Bersama-sama serang Melaka. Walaupun ada para pembesar tidak mahu Raja Haji tidak turut sama namun Raja Haji tetap berkeras untuk pergi atas alasan bahawa anak saudaranya sendiri yang datang menjemput, pihak Selangor dan Rembau sedang menyabung nyawa menentang Belanda di Melaka dan perjuangan ini adalah untuk menentang orang Kafir (fisabililah ).


      Akhirnya pada 13 Febuari 1784 Raja Haji telah bertolak ke Melaka untuk membantu pasukan Selangor danRembau. Beliau telah mendirikan kubu pertahanan di Tanjung Palas untuk menghadapi Belanda. 25 febuari 1784 angkatan Bugis mula menyerang dan menawan Punggur, duyung, Ujung pasir, Bunga raya, Bandar hilir, Bukit Cina dan Tanjung keling. Gabenor belanda di Melaka telah meminta bantuan daripada Betawi. Pada 1 Jun1784, bantuan daripada Betawu telah tiba yang di ketuai oleh Jacob PieterVan Braam yang terdiri daripada 6 buah kapal besar dan beberapa kapal kecil beserta 2130 tentera. Dengan kehadiran bantuan ini maka kubu Raja Haji dan Sultan Ibrahim telah di bedil dengan hebatnya.  Pada18 Jun 1784 seramai 734 askar Belanda telah mendarat di Teluk Ketapang menyebabkan terjadinya petempuran sengit antara pasukan Raja Haji dengan Belanda.Dalam keadaan begini Raja Haji telah berjuang dengan hebatnya namun akhirnya sebuah peluru telah berjaya mengenainya. Ekoran daripada peristiwa terbunuhnya Raja Haji ini maka pasukan Johor dan Selangor telah berundur ke tempat masing-masing.







Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-3-2012 10:10 AM | Show all posts

[D'CARI LA RACE] Sejarah pejuang- pejuang Melaka - Dol Said - D' Rempitz

Post Last Edit by zadzamusa at 13-3-2012 10:12













Nama sebenar Dol Said ialah Dato’ Naning Abdul Said. Beliau ialah Penghulu Naning ke-9 yang terletak antara Rembau dan Melaka. Perang Naning yang berlaku pada tahun 1831 menjadikan beliau seorang wira. Beliau berketurunan daripada suku kaum Semelenggang. Sejak kecil lagi, sifat keberaniannya mula diperlihatkan apabila beliau mula mempelajari ilmu mempertahankan diri atau seni silat sejak berusia enam tahun. Dol Said seorang yang tekun mengaji, cekap dalam seni mempertahankan diri dan sentiasa dihormati oleh orang ramai. Beliau juga seorang yang taat kepada kedua orang tuanya. Dol Said mewarisi Penghulu Anjak sebagai Penghulu Naning pada tahun 1799 ketika beliau berumur 26 tahun. Dol Said telah meninggal dunia pada tahun 1849 dan disemadikan di Tanah Perkuburan Taboh Naning.






British sebuah kuasa besar dunia pernah dikalahkan oleh pahlawan-pahlawan Melayu dalam perang Naning pertama pada tahun 1831. Kekalahan itu amat mengaibkan British kerana mereka adalah kuasa besar boleh dikalahkan oleh Naning sebuah daerah kecil. Pada mulanya, pihak British yakin Naning boleh ditewaskan dalam masa sehari sahaja. Tetapi mereka ditentang hebat oleh pahlawan-pahlawan Melayu yang hanya bersenjatakan parang panjang, lembing, anak panah dan pelbagai senjata tradisional yang lain. Setelah berlaku pertempuran selama 18 hari maka tentera British terpaksa berundur setelah ramai tenteranya yang terbunuh dan cedera. Kekalahan itu amat mengaibkan British sehingga mereka terpaksa menghantar ramai tentera termasuk meriam dalam usaha menundukkan Naning. Terdapat juga kejadian aneh yang berlaku semasa pertempuran di antara pasukan Dol Said dan British, kejadian aneh dan mistik yang diceritakan berlaku ketika tentera British cuba menjajah ibu kota Naning iaitu Taboh dengan menyerang pejuang Melayu, Dol Said serta pasukannya dalam Perang Naning Kedua 1832. Diceritakan apabila tentera penjajah cuba mendatangkan kerosakan di muka bumi Naning (kini kawasan Alor Gajah, Melaka), penduduk tempatan diketuai Penghulu Dol Said bangkit mempertahankan tanah air mereka bersama ribuan serangga Naning iaitu serangga yang seakan-akan penyengat besar.

Sebelum berlakunya Perang Naning kedua pada tahun 1832, British Berjaya memecahbelahkan perpaduan orang-orang Melayu dengan mengikat perjanjian dengan daerah-daerah yang bersempadan dengan Naning termasuk Rembau, Sungai Ujong, dan Seri Menanti. Dalam perang Naning pertama Dol Said mendapat bantuan daripada orang-orang Rembau yang diketuai oleh Syed Saaban. Setelah adanya perjanjian itu maka penghulu Rembau bukan sahaja menarik pahlawan-pahlawannya dari Naning malah mereka membantu British menakluk Naning. Walaupun tidak lagi mendapat bantuan dari Rembau dan daerah yang berjiran dengannya namun Dol Said dan orang-orangnya bertekad mempertahankan Naning. Pada April 1832, askar-askar British yang diketuai oleh Kolonel Herbert dibantu oleh pasukan Rembau yang diketuai oleh Syed Shaaban menyerang Naning bagi kali kedua. Pertempuran yang sengit itu berlangsung selama dua bulan dan akhirnya Dol Said dan para pengikutnya terpaksa berundur dari Naning. Tetapi kemenangan British ke atas Naning tidak menggembirakan mereka kerana terpaksa menanggung kerugian sebanyak 100, 000 paun sterling dan kehilangan ramai askar bagi menakluk sebuah daerah yang kecil.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2012 10:11 AM | Show all posts
Post Last Edit by zadzamusa at 13-3-2012 10:20




Semasa Belanda memerintah Melaka, Naning merupakan di bawah jajahan kuasa Belanda dan mereka menghantar satu persepuluh hasil Naning kepada Belanda. Tetapi, kemudiannya Belanda telah mengiktiraf Naning sebuah wilayah yang merdeka. Tetapi apabila British mengadakan perjanjian dengan Belanda pada tahun 1824, British menyerahkan Bangkahulu, Sumatera kepada Belanda dan Belanda menyerahkan Melaka kepada pemerintahan British. British menganggap Naning berada di bawah pemerintahan mereka. Sejak itu bermulalah penentangan Dol Said terhadap British di Naning yang mencetuskan perang Naning pertama 1831 dan Perang Naning kedua pada tahun 1832.


Dol Said ingin mempertahankan kemerdekaan Naning kerana British mendakwa bahawa Naning merupakan sebahagian daripada Melaka. Menurut perjanjian yang telah dipersetujui di antara British-Belanda, Melaka diserahkan kepada pihak British, Naning yang berdekatan dengan Melaka iaitu terletak di sempadan Negeri Sembilan. Tambahan lagi, segala peraturan dan arahan yang dikeluarkan oleh pihak British di Naning tidak diterima pakai oleh Penghulu Dol Said serta rakyatnya. Beliau juga menentang perlaksanaan Undang-undang British, peraturan yang melarang penghulu membicarakan kes jenayah telah menggugat kedudukan serta kuasa Dol Said, beliau juga pernah diberikan amaran oleh pihak British kerana menyelesaikan sendiri kes jenayah. British telah mengugut beliau bahawa jikalau masih tidak mematuhi arahan mereka, jawatan beliau sebagai penghulu akan dilucutkan.


Bayaran cukai yang tinggi juga merupakan faktor yang menyebabkan kebangkitan Dol Said untuk menentang British. Rakyat Naning telah dipaksa oleh pihak British untuk membayar cukai satu persepuluh daripada hasil keluaran pertanian melalui Undang-undang 1830. Di samping itu, pihak British juga mengambil kesempatan untuk menguasai Naning setelah mendapat tahu bahawa hasil pendapatan Naning berjumlah 4500 dolar sebulan.

sejarah Dol Said
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2012 10:11 AM | Show all posts
Post Last Edit by zadzamusa at 13-3-2012 10:25






British telah mengisytiharkan Dol Said sebagai penderhaka, maka British telah mengarahkan Kapten Wyllie memimpin seramai 150 orang sepoi untuk menyerangnya. Tetapi pihak British telah Berjaya ditewaskan oleh Dol Said kerana beliau mendapat bantuan daripada Seri Menanti, Sungai Ujong, Johol dan Muar serta menggungakan taktik gerila. Syed Shaaban iaitu menantu kepada Yamtuan Muda Raja Ali dari Rembau juga telah dihantar untuk member bantuan. Walau bagaimanapun, pihak British telah berunding dengan Yamtuan Muda Raja Ali dan akhirnya bersetuju untuk menghantar 600 orang hulubalang untuk membantu British mengalahkan pasukan Dol Said di Naning.


Pakatan British ini telah membuahkan hasil kerana pasukan tentera pimpinan Kolonel Herbert Berjaya mengalahkan Dol Said pada bulan Mac 1832. British telah berjaya menawan pusat pentadbiran Naning iaitu Taboh dan membakar rumah penduduk Naning. Dol Said telah mengambil keputusan untuk mengundurkan diri ke Seri Menanti dan akhirnya menyerah diri kepada pihak British. Beliau telah diberikan sebuah rumah di Melaka dan pencen oleh pihak British. Dalam pertempuran yang sangat sengit di Naning, British telah mengalami kerugian yang sangat banyak iaitu 100,000 paun sterling walaupun mereka berjaya mengalahkan pasukan Dol Said.


sejarah pejuang kemerdekaan
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2012 10:20 AM | Show all posts
Post Last Edit by zadzamusa at 13-3-2012 10:27

Kredit untuk

Ronald Harry
http://newpaces.com/forum/topic/680
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2012 10:44 AM | Show all posts
komen;

info yg bleh dikongsi...hehe..baru tahu pasal dol said ni

pemilihan font yg amat sesuai...sbb nak kena baca panjang n byk...so sedap mata memandang..tak pening baca

best..baca

good effort..good luck n all the best
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-3-2012 10:44 AM | Show all posts
wahhhh info yg bagoihhh satu perkara yg gen tak taw jadik taw

Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2012 10:45 AM | Show all posts
Sangat berinformatif
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-3-2012 10:46 AM | Show all posts
Reply 5# yeepi_33


   terima kasih yeepi.. atas komen yang diberikan...
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2012 10:47 AM | Show all posts
Reply 6# genchi


   terima kasih banyak2 genci.. sudi menjenguk..dan memberikan komen
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2012 10:47 AM | Show all posts
Reply 7# camrey


   
Terima kasih camrey...
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2012 10:47 AM | Show all posts
Post Last Edit by juju_amin84 at 13-3-2012 10:51

Good Job Zadza…………………………


Penuh dengan info – latar belakang sejarah yang patut

diketahui  oleh kita semua……………

Persembahan dan susunan yang menarik minat untuk dibaca &

dikongsi bersama…………….

Sememangnya sejarah pejuang-pejuang negeri Malaka

memang ramai………….

Thanks a lot for the info……………..

Thumbs up for you gal………………



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2012 10:48 AM | Show all posts
Reply 11# Fantagiro79



Terima kasih tata... sudi menjenguk dan memberikan komen
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2012 10:50 AM | Show all posts
Reply  camrey


   
Terima kasih camrey...
zadzamusa Post at 13-3-2012 10:47

Sama-sama..Cantiknya butterfly
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2012 10:51 AM | Show all posts
Sama-sama..Cantiknya butterfly
camrey Post at 13-3-2012 10:50



   Terima kasih...
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2012 10:51 AM | Show all posts
Post Last Edit by juju_amin84 at 13-3-2012 10:52

info yang menarik tentang perjuangan tanah air..
tahniah TT kerana artikel yang informatif..



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-3-2012 10:52 AM | Show all posts
good info dan presentation yg bagus

as usual, zadza x pernah mengecewakan, memandangkan ana mmg suka history so apa yg zadza share kat sini tersgtlah informative
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2012 10:54 AM | Show all posts
Reply 15# Hang



Terima kasih cegu...
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2012 10:55 AM | Show all posts
Reply 16# fatehana


   
Terima kasih Fatehana... sudi menjenguk...
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2012 11:06 AM | Show all posts
info yang padat, menarik dan bertambah unik bila disertakan dengan gambar2 yang bersejarah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 03:33 AM GMT+8 , Processed in 0.074354 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list