CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 261|Reply: 0

Sistem pendidikan terus diperkasa

[Copy link]
Post time 8-3-2012 10:05 AM | Show all posts |Read mode
Kerajaan pastikan rakyat mendapat pendidikan berkualiti, cemerlang\rKUALA LUMPUR: Kerajaan akan terus melaksanakan penambahbaikan kepada sistem pendidikan negara bagi memastikan rakyat mendapat pendidikan berkualiti, seterusnya cemerlang pada peringkat pengajian tinggi.\r\n\n\n\n\r  Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata negara tidak boleh berpuas hati dengan pencapaian hebat masa lalu kerana generasi muda hari ini perlu dipersiapkan untuk menghadapi cabaran baru pada masa depan.\r\r\n\n\n\n\n  “Asas kuat kita dalam menyediakan pendidikan rendah dan menengah memberi kelebihan kepada kita menyediakan belia yang cemerlang pada peringkat pengajian tinggi tempatan dan luar negara. Kita adalah kita pada hari ini hasil sistem pendidikan yang diterima ketika muda.\r“Inilah sebabnya baru-baru ini saya mengumumkan kajian komprehensif kepada sistem pendidikan. Kita perlu melihat semula pelbagai aspek dan menambah baik sistem ini kerana kita mahu ia menghasilkan sumber manusia yang berkemahiran dan berpengetahuan tinggi serta mampu menggerakkan negara ke fasa pembangunan ekonomi seterusnya.\r“Menyedari matlamat ini, kita perlu memanfaatkan kekuatan sedia ada dan belajar daripada sistem pendidikan terbaik di dunia bagi memastikan kita memberikan yang terbaik,” katanya pada Majlis Makan Malam Sambutan Ulang Tahun Alumni Universiti Amerika Malaysia (AUAM) Ke-35 di sini, malam tadi.\rPada majlis itu, Muhyiddin menerima pengiktirafan Anugerah Penghormatan Khas atas sumbangan beliau dalam bidang pendidikan negara. \r\n\n\n\rMuhyiddin turut menyampaikan Anugerah Kecemerlangan AUAM kepada lima tokoh korporat termasuk bekas Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Kamaruzzaman Shariff; Pengerusi Top Glove Berhad, Tan Sri Lim Wee Chai; Pengarah Urusan Kumpulan Proton Holdings, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir; Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Building Society Berhad (MBSB), Datuk Ahmad Zaini Othman dan Pengarah Eksekutif Kumpulan Tomei Consolidated Berhad, Ng Yih Chen.\rTurut hadir Presiden AUAM, Tan Sri Dr Abdul Aziz Abdul Rahman.\rMuhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, Amerika Syarikat adalah antara negara yang sentiasa menyediakan pendidikan terbaik kepada rakyat Malaysia dan graduan yang pulang berjaya dalam bidang profesional, seterusnya memberikan impak besar kepada negara.\r“Kita percaya transformasi negara di bawah kepemimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan membuahkan hasil pada masa depan daripada semua usaha yang sedang rancak dilaksanakan pada masa ini,” katanya.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 02:42 PM GMT+8 , Processed in 0.068203 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list