CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 232|Reply: 0

Ustaz kena penjara 18 tahun

[Copy link]
Post time 8-3-2012 08:05 AM | Show all posts |Read mode
Mengaku salah tuduhan pindaan menyebabkan kematian murid\rALOR SETAR: Ustaz yang menyebabkan kematian pelajar Tahun Satu, Saiful Syazani Saiful Sopfidee, menangis teresak-esak apabila Mahkamah Tinggi di sini, semalam, menjatuhkan hukuman penjara 18 tahun selepas dia mengaku salah.\r\n\n\n\n\r  Suasana sedih menyelubungi ruang mahkamah apabila kira-kira 10 rakannya, dipercayai guru dari sekolah agama persendirian sama yang turut mengikuti prosiding itu memeluknya sambil menangis.\r\r\n\n\n\n\n  Pesuruhjaya Kehakiman, Mohd Zaki Abdul Wahab, menjatuhkan hukuman itu ke atas Hanif Mohd Ali, 28, selepas meneliti hujah pihak pembelaan dan pendakwaan serta membuat pertimbangan dengan mengambil kira kepentingan awam.\rPada mulanya, tertuduh yang berasal dari Teluk Intan, Perak kelihatan tenang ketika hukuman dibacakan, bagaimanapun tidak dapat menahan dirinya dan beberapa kali mengelap air mata menggunakan tuala kecil yang dibawanya.\rMohd Zaki berkata, beliau menjatuhkan hukuman itu sebagai pengajaran dan ingatan kepada sesiapa saja khususnya warga pendidik supaya bertindak rasional dalam mendisiplinkan pelajar.  \r“Dalam kes ini biarlah hukuman dijatuhkan ini menjadi pengajaran dan ingatan kepada sesiapa yang mempunyai kuasa untuk mendisiplinkan pelajar supaya berhati-hati dalam melaksanakan kuasa itu.\r\n\n\n\r“Kuasa disiplin bukanlah kuasa untuk bertindak berlebihan sehingga menjadi satu jenayah. Seseorang pendidik yang mempunyai kuasa dan peranan mengenakan hukuman disiplin seharusnya banyak bersabar dalam melaksanakan tugas mereka,” katanya.\rPada mulanya, Hanif didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan namun pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie, sebaliknya berjaya membuktikan mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian yang tidak terjumlah kepada membunuh.\rHanif didakwa kerana menyebabkan kematian Saiful Syazani di Sekolah Rendah Agama Al Furqan, Jejawi, Perlis. \rDia dituduh melakukan kesalahan itu di bilik warden asrama putera sekolah berkenaan antara jam 6 petang dan 12 tengah malam pada 31 Mac 2011.\rPendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Noorin Badaruddin dan Nadia Hanim Mohd Tajuddin, manakala tertuduh diwakili Ariff Azami Hussien, Azizul Shariman Mat Yusoff, Zulmi Sabri dan Mohd Fikri Abdul Rahman.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 02:40 PM GMT+8 , Processed in 0.055475 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list