CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 353|Reply: 0

Vladimir Putin menang besar

[Copy link]
Post time 6-3-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Berdepan bantahan pembangkang  dakwa pengundian dicemari penipuanMOSCOW: Pemimpin Russia, Vladimir Putin, kembali semula ke Kremlin, selepas menang besar dalam pilihan raya Presiden, namun berdepan bantahan pembangkang yang  mendakwa pengundian dicemari penipuan.\n\n\n\nSuruhanya Pilihan Raya Pusat berkata Putin memperoleh 64 peratus daripada keseluruhan undi pada pilihan raya semalam untuk menduduki jawatan Presiden Russia yang disandangnya dari 2000 hingga 2008 sebelum menjadi perdana menteri.\n\n\n\n\nPesaing terdekat beliau, Gennady Zyuganov yang juga pemimpin Parti Komunis, ketinggalan jauh di belakang dengan memperoleh 17 peratus undi.Pemimpin pembangkang menjangka berpuluh ribu orang akan  berhimpun di Medan Pushkin bagi menyuarakan bantahan ke atas kemenangan Putin.Pihak berkuasa pada mulanya cuba menghalang tunjuk perasaan itu tetapi ia tetap diadakan dengan kawalan ketat.Sementara itu, dalam satu langkah yang tidak dijangka, Presiden Dmitry Medvedev mengarahkan penilaian semula dibuat membabitkan hukuman ke atas jutawan Russia Mikhail  Khodorkovsky yang dipenjarakan atas dakwaan rasuah.\n\n\nBeliau ditahan pada 2003 dan dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun atas dakwaan menipu, ketika Russia dibawah pimpinan Putin. Presiden itu  turut membekukan saham syarikat cari gali minyak Yukos milik Khodorkovsky, sehingga menyebabkan kejatuhannya. Pembangkang sebelum ini mendakwa hukuman penjara ke atas Khodorkovsky bermotif politik.Sementara itu Zyuganov menyifatkan pilihan raya itu dilaksanakan dengan cara yang ‘keji’ manakala kumpulan pemantau bebas menyatakan ia dicemari ribuan kes salah laku dan penipuan undi.“Putin mencapai kemenangan besar dalam pilihan raya kali ini, tetapi persoalan sama ada ia berlangsung secara adil belum selesai dan tetap dipertikaikan,” kata akhbar harian Vedomosti.Pembangkang melahirkan kebimbangan mengenai masalah pengundian bertindih yang didakwa begitu banyak berlaku. Ramai pengundi didapati membuang undi di beberapa tempat berlainan sebagai pengundi tanpa hadir.“Pengundian ini tidak boleh dianggap sah,” kata   seorang pemimpin tunjuk perasaan Vladimir  Ryzhkov kepada sebuah stesen televisyen tempatan selepas keputusan diumumkan.Putin yang akan menyandang jawatan untuk tempoh enam tahun, akan kembali ke Kremlin ketika Russian berdepan perubahan sosial drastik, peningkatan golongan pertengahan dan ledakan penggunaan internet.  – AFP

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 03:46 PM GMT+8 , Processed in 0.037642 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list