CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 332|Reply: 0

Pekerja Islam perlu tutup aurat di Gorontalo

[Copy link]
Post time 5-3-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
JAKARTA: Gabenor Gorontalo, Rusli Habibie, melaksanakan secara rasmi dasar memakai tudung kepada semua pekerja wanita beragama Islam yang bertugas di pejabat pentadbiran wilayah berkenaan mulai Khamis lalu.\rPeraturan baru itu mewajibkan mereka menutup aurat menurut Syariah selain menunjukkan peri laku mengikut ajaran Islam sepanjang waktu kerja.\r\n\n\n\n\rBerpuluh-puluh kakitangan wanita dilihat sudah pun memakai tudung di pejabat pentadbiran Gorontalo berikutan pelaksanaan dasar itu.\r\r\n\n\n\n\n“Bukan hanya tudung tetapi semua pekerja Islam perlu meninggalkan kerja sebaik mendengar azan. Semua orang, kecuali pekerja wanita yang uzur, perlu ke masjid untuk bersolat,” Rusli dipetik sebagai berkata oleh agensi berita di sini.\rDasar itu adalah yang kedua dilaksanakan Rusli sejak memenangi pilihan raya tempatan Gorontalo Disember tahun lalu, yang disokong oleh Parti Golkar.\rBaru-baru ini Rusli melaksanakan dasar yang mewajibkan gaji kakitangan lelaki dipindahkan ke akaun bank isteri masing-masing, yang dikatakan penting untuk mempromosikan sikap keterbukaan antara pegawai dan isteri mereka serta mengelakkan rasuah di kalangan kakitangan awam.\rGorontalo terletak di utara Sulawesi. Ia membentuk pentadbiran sendiri mulai Disember 200 selepas berpecah dengan wilayah Sumatera Utara. – Agensi

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 03:39 PM GMT+8 , Processed in 0.150081 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list