|
Man City kukuh dahului liga atasi Bolton 2-0, Chelsea derita tewas 0-1 kepada West BromLONDON: Dua gol daripada Robin van Persie, yang kedua dijaringkan pada masa kecederaan membolehkan Arsenal meraih kemenangan berharga 2-1 dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Liverpool malam tadi bagi mengukuhkan usaha mereka untuk menamatkan saingan musim ini di kelompok empat teratas.\n\n\n\n Penyerang berbahaya Belanda itu meledakkan voli untuk gol kemenangan ketika tambahan masa kecederaan selama lapan minit selepas dia sebelum itu menanduk masuk gol penyamaan pada babak pertama permainan selepas Liverpool di depan hasil jaringan gol sendiri oleh bek tengah Arsenal, Laurent Koscielny. \n\n\n\n\n Van Persie kini sudah menjaringkan 31 gol untuk Arsenal musim ini dan dua gol terbarunya itu membantu Arsenal melonjak tiga mata di atas pasukan tangga kelima, Chelsea yang bertandang ke West Bromwich Albion untuk perlawanan yang dilangsungkan lebih lewat semalam.Liverpool yang tidak sampai seminggu lalu memenangi Piala Liga di Wembley, menguasai perlawanan, namun kebanyakan percubaan mereka digagalkan oleh penjaga gol, Wojciech Sczesny termasuk sepakan penalti oleh Dirt Kuyt selain dua percubaan Liverpool terkena tiang gol.Van Persie mengakui Liverpool tidak bernasib baik kalah perlawanan itu.“Secara jujur, saya tidak rasakan kami berhak ke atasnya (kemenangan) kerana Liverpool bermain lebih baik tetapi gagal menjaringkan gol, tidak seperti kami - kami berasa lega,” kata penyerang itu.\n\n\n“Kami kini 10 mata mengatasi Liverpool dan esok Spurs akan menentang Manchester United. Kita perlu tunggu dan lihat. Ini satu kemenangan besar, satu kemenangan yang penting.” Dalam perlawanan lain, Manchester City terus menerajui liga untuk memberi tekanan kepada Manchester United dengan kemenangan 2-0 ke atas Bolton manakala Chelsea terus derita selepas tewas mengejut 0-1 kepada West Brom di gelanggang lawan. - Agensi
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|