View: 287|Reply: 0
|
‘Sikap positif punca menang’
[Copy link]
|
|
Kim Swee bangga perwatakan pemain benam Tanjong Pagar United 3-0SIKAP positif ditakrif sebagai punca utama yang membutirkan kemenangan kedua berturut-turut untuk skuad Harimau Muda yang membenam Tanjong Pagar United 3-0 dalam saingan Liga Singapura di Stadium Yishuni, malam tadi.Ia disuarakan oleh ketua jurulatih, Ong Kim Swee yang gembira anak didiknya berjaya mencipta kemenangan kedua berturut selepas menewaskan Gombak United 2-0 dalam perlawanan pembukaan pada 9 Februari lalu.\n\n\n\n “Pemain mempamerkan permainan cukup baik malam ini (malam tadi). Mereka jelas bangkit menebus kecewa selepas kalah kepada Jepun (kelayakan Olimpik) tempoh hari. \n\n\n\n\n “Setiap anak buah saya menunjukkan sikap positif walaupun diasak agak keras terutama pada separuh masa kedua tetapi pemain mengawal perasaan.“Ini petanda baik. Mereka harus belajar dari sekarang kerana apabila kita mendahului, tentunya kita akan diasak dengan begitu keras. Jadi saya harap ini menjadi pengajaran berguna untuk dibawa ke perlawanan akan datang,” kata Ong Kim Swee yang mengakui dia berpuas hati dengan kemenangan itu.Skuad muda negara menguasai sepenuhnya babak pertama dan berjaya memperoleh gol pertama pada minit ke-14 apabila Syahrul Azwari Ibrahim merembat kencang dalam kotak penalti selepas menerima hantaran Affize Faisal dari sebelah kanan.Situasi bertambah selesa apabila menambah jaringan kedua pada minit ke-44 menerusi sepakan Gary Steven Robbat gara-gara penjaga gol lawan, Fajar Sarib gagal mendakap kemas hantaran lintang Fandi Othman.\n\n\nSelepas rehat, Tanjong Pagar terpaksa beraksi dengan bekalan 10 pemain selepas Hafiz Osman dilayangkan kad merah pada minit ke-90 dan A Thamil Arasu menambah derita tuan rumah dengan gol ketiga menerusi sepakan penalti selepas Jonathan Xu mengasari Nazirul Naim.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|