CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 344|Reply: 0

Filipina ikat Harimau Malaya

[Copy link]
Post time 1-3-2012 11:05 AM | Show all posts |Read mode
PENYERANG Negeri Sembilan, Ahmad Shakir Md Ali muncul penyelamat apabila jaringannya pada masa kecederaan membolehkan skuad Harimau Malaya mengikat Filipina 1-1 pada aksi bola sepak persahabatan antarabangsa pertama, tahun ini di Stadium Memorial Rizal, Manila, malam tadi.Dengan keputusan seri itu, kemarau kemenangan di tempat lawan buat skuad kebangsaan berterusan dengan kali terakhir ia berjaya dilakukan ialah ketika menewaskan Sri Lanka 4-1 di Colombo pada 24 Mac 2007 sewaktu dikendalikan Norizan Bakar.\n\n\n\n Tuan rumah yang tampil garang seawal permainan bermula berjaya menghasilkan jaringan pendahuluan pada minit ke-34 menerusi penyerang kelahiran Jerman, Denis Wolf yang beraksi untuk kelab Divisyen 4 Jerman, FC Magdeburg.\n\n\n\n\n  Jurulatih kebangsaan, Datuk K Rajagobal mempertaruhkan kesebelasan utama - Farizal Marlias, Bunyamin Umar, S Subramaniam, Fadhli Shas, Asraruddin Putra Omar, Wan Zack Haikal Wan Nor, Amar Rohidan, Safiq Rahim, S Kunanlan, Abd Manaf Mamat dan Safee Sali.Sepanjang perlawanan, Rajagobal melakukan enam pertukaran dengan memasukkan Amiridzwan Taj Tajuddin, Zaquan Adha Radzak, Khairul Fahmi Che Mat, G Mahathevan, Ashari Samsudin serta Ahmad Shakir yang masuk menggantikan Wan Zack Haikal pada minit ke-80.Hasilnya, Ahmad Shakir memperlihatkan ketenangan menyudahkan hantaran Safee ketika permainan memasuki masa kecederaan untuk menewaskan penjaga gol Filipina, Neil Etheridge yang adalah penjaga gol simpanan Fulham.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 02:51 PM GMT+8 , Processed in 0.098297 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list