|
Post Last Edit by tudung_bawal at 4-3-2012 00:37
Kuiz Berbalas Pantun di Hujung Minggu
Arahan:
1. Sila sediakan pantun 4 kerat untuk di jual kepada rakan sekelas anda ( sekurang2nya 10 orang rakan)
2. Maksima pantun untuk di jual kepada rakan anda ialah 2 buah sahaja.
3. Tema : BEBAS
4. Tarikh akhir untuk menjual pantun ialah: Ahad, 4hb Mac 2012 Jam 11.59 malam
5. Tarikh akhir untuk membeli/menjawab pantun ialah: Isnin, 5hb Mac 2012 Jam 12.00 tengahari
6. Setiap pantun mestilah di jawab/dibeli dengan menggunakan pantun 4 kerat juga.
7. Markah untuk jualan & belian pantun, bergantung sepenuhnya kepada cegu-cegu yang bertugas.
1. adalia
Kaki berdarah terpijak kaca,
Api marak kian menyala,
Ulat buku suka membaca,
Ulat bulu macammana pula?
2.ungu_merah
Kain pelikat dibeli di pekan,
dari pekan singgah ke kuala.
Sayangkan suami tinggal-tinggalkan,
Sayangkan teman bagaimana pula?
3.ain0345
Potong bawang terhiris jari,
Jari tersarung cincin suasa,
Bersolek berhias setiap hari,
Bukankah ia membuang masa?
4.moyas
Loket tersimpan di dalam peti,
Peti dihasilkan dari lidi,
Berpantun seloka menghibur hati
Mengapa resah semakin menjadi?
5.bulanpurple
Masak gulai terasa tawar,
Rendang ayam dihias cantik,
Cantik sungguh si bunga mawar,
Mengapa sukar untuk dipetik?
6.aikee04
Pakai baju berpetak-petak,
Masuk bertanding bergelar johan,
Banyak lagu beraneka rentak,
Mana satu jadi pilihan?
7.satusembilan
Sudah lama hamba mencari,
Mencari resipi membuat donat,
Sudah lama kanda berlari,
Tidakkah kaki terasa penat?{:4_502:}
8.mertua
Asyik bekerja sehingga rebah,
Ralit melihat orang berkelahi,
Gaji naik elaun bertambah,
Kenapa kerut masih di dahi?
9.fatehana
Ingin mencubit pipi yang gebu,
Sayangnya dia jauh berbatu,
Hati sudah patah seribu,
Apakah mungkin kembali bersatu?
10.zadzamusa
Hati resah rasa berdebar,
Ibu memandang semakin hairan,
Kerjaya guru semakin mencabar,
Apa tekad teruskan cabaran?
11.rafflesia76
Siang malam terbayang wajah,
Malam kelam gelap gelita,
Bijak bercakap petah berhujah,
Mengapa kelu melafaz cinta?
12.ciksurie
Sudah lama menjadi pendidik,
Bermacam ragam setiap hari,
Hati terdetik ingin selidik,
Siapakah si dia di hati suri?
13. lavender_aqua
Suara dialun semakin mendatar,
Waktu latihan selalu malas,
Berpucuk surat sudah dihantar,
Kenapa langsung tidak berbalas?
14. cleef
Semasa berlari jatuh bergolek,
Segera bangun selamatkan diri,
Rupa cantik perangai molek,
Kenapa diri masih sendiri?
15. Wwwannurr
Tidak kupinta jadi begini,
Padi kutanam dimakan sapi,
Sungguh hairan di hati ini,
Mengapa kanda diam menyepi?
16. Carly_lah
Ingin mengail di laut dalam,
Sayangnya kapal hilang kemudi,
Mimpi ngeri setiap malam,
Apa petanda mengapa terjadi?
17. Sfhzuraz
Bina reban di Bukit Jelutung,
Untuk menternak itik dan ayam,
Salah orang sentiasa di hitung,
Salah sendiri mengapa berdiam?
Pantun khas untuk cegu-cegu
Cegu Hang
Ada gaya dan juga rupa,
Tapi sayang tidak berharta,
Melayu kini semakin lupa,
Kenapa terjadi, apakah punca?
Cegu Cinta
Jangan kita mudah alpa,
Satu dua tiga dan empat,
Indah khabar dari rupa,
Apa pandangan apa pendapat?
Cegu Anisss
Sedang makan sebungkus kuaci,
Makan pula bersama nyonya,
Marah bukan tanda benci,
Kalau benci apa tandanya?
** bukan senang rupanya untuk berpantun |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|