|
DUBAI: Pemain tenis nombor satu dunia, Novak Djokovic mungkin berdepan pengalaman baru apabila beraksi pada Terbuka Dubai - kejohanan pertamanya sejak kejayaan menjulang Grand Slam Terbuka Australia bulan lalu.\rSekalipun Djokovic sudah dua kali menjulang kejuaraan di Australia, pemain kelahiran Serbia itu tidak pernah menerima layanan tahap selebriti seperti sebelum ini selepas menerima anugerah tertinggi negaranya, ‘Bintang Darjah Pertama Order of the Karadjordje’ daripada Presiden, Boris Tadic. \r\n\n\n\n\r Selain itu, Djokovic juga berada di bandar Serbia, Jagodina untuk menyaksikan patung lilin dirinya dan menerima anugerah Laureus World Sportsman di London dan sehari selepas itu di Belgrade, bintang tenis itu dilaporkan dia gembira untuk mewakili Serbia “dalam cara yang amat cantik”, selepas “diberikan publisiti negatif yang tidak sepatut diterimanya beberapa tahun sebelum ini.”\r\r\n\n\n\n\n Semua itu petunjuk yang mengatakan Djokovic sedang berdepan cabaran baru, di luar gelanggang - sama seperti yang dihadapi Roger Federer pemenang rekod kemenangan Grand Slam selama beberapa tahun malah mengelak daripada beraksi dalam kejohanan kompetitif sejak empat minggu lalu termasuk pertemuan Piala Davis Serbia bertemu Sweden di Nis. \r“Saya ada bersama rakan sepasukan saya dengan sepenuh hati namun saya tidak akan pergi ke Nis kerana saya sudah merancang untuk melakukan sesuatu yang tidak pernah saya habiskan dalam masa tujuh tahun, bermain ski bersama kawan-kawan di Kopaonik,” kata Djokovic merujuk kepada resort ski terkemuka Serbia.\rSelain itu, Djokovic juga mengakui dia masih mempelajari teknik terbaik untuk menguruskan dirinya, mengawal emosi di dalam dan luar gelanggang serta bagaimana untuk mempamerkan ekspresi dirinya untuk menjadi pemain yang lebih lengkap. - AFP
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|