CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 248|Reply: 0

Yahya Sulong koma terjatuh di bilik air

[Copy link]
Post time 22-2-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
PELAKON dan pelawak veteran, Datuk Yahya Sulong, 85, atau mesra dengan panggilan Pak Ya kini berada dalam keadaan koma akibat terjatuh di bilik air di kediamannya di Bandar Baru Sentul, petang kelmarin.\rKejadian berlaku kira-kira jam 4 petang selepas isterinya, Datin Alisah Ali, 65, mengesyaki sesuatu tidak kena apabila panggilan kepada suaminya yang sudah lama memasuki bilik air tidak bersahut. \r\n\n\n\n\rAlisah yang juga kurang sihat meminta bantuan jirannya, Maimunah Ahmad, 51, sebaik saja menemui suaminya yang terbaring tidak sedarkan diri.\r\r\n\n\n\n\nDaripada jirannya difahamkan, sejak jam 11 malam hari kejadian hingga petang semalam, Pak Ya masih tidak sedarkan diri dan kini ditempatkan di wad Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Ampang.\r“Pada mulanya Pak Ya dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dengan ambulans, tetapi kini dia ditempatkan di Hospital Ampang. Ketika kejadian, anaknya baru saja mahu keluar bekerja.\r“Kebetulan ketika itu saya di luar rumah dan mendapati Pak Ya tidak sedarkan diri. Sebelum ini, saya kerap menolong menghantarnya berjumpa doktor malah tiga hari lepas saya baru membawanya ke klinik.\r“Sehingga lawatan saya malam tadi, keadaannya masih tidak berubah dan kami meminta jasa baik orang ramai untuk mendoakan semoga dia cepat sembuh,” katanya ketika dihubungi.\r\n\n\n\rWakil Berita Harian yang melawatnya di hospital dimaklumkan, bapa kepada 11 cahaya mata itu semakin uzur selepas menghidapi pelbagai penyakit seperti asma, masalah jantung serta kesukaran bernafas yang membuatkannya terpaksa berulang alik ke hospital.\rSepanjang terbabit dalam dunia seni, aktor veteran ini cukup dikenali dengan keletah lawaknya malah hingga kini sudah membintangi lebih 20 filem termasuk Gila Gila, Putus Sudah Kasih Sayang, Da Di Du, Toyol, Prebet Lapok dan Senario The Movie.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 05:50 PM GMT+8 , Processed in 0.041393 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list