CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 224|Reply: 0

Fasa baru Misha Omar

[Copy link]
Post time 22-2-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Majlis pertunangan tamatkan spekulasi pernah berkahwin dengan usahawan\rSEKIAN lama dihambat spekulasi, termasuk dikatakan mendirikan rumah tangga dengan usahawan bergelar Datuk, Misha Omar meleraikan segala kekeliruan apabila menjalin pertunangan dengan juruterbang, Firos Ezzwan Rossly, petang semalam.\r\n\n\n\n\rMajlis pertunangan itu berlangsung secara tertutup di kediaman keluarga Misha di Kampung Guchil Bayam, Kota Bharu, jam 1 tengah hari. \r\r\n\n\n\n\nMisha yang anggun dalam persalinan kurung klasik biru rekaan Syaiful Baharim tidak dapat melindungi perasaan sebaik acara menyarung cincin disempurnakan ibu Firos, Asmah Kenin.\rPada majlis itu, penyanyi berkenaan menerima lima dulang hantaran berbalas lima.\rPasangan sebaya usia 30 tahun itu bagaimanapun belum menetapkan tarikh pernikahan, namun menjelaskan, mereka bakal diijabkabulkan selewat-lewatnya hujung tahun ini.\rMisha ketika ditemui mengakui keanehan perasaannya selepas bergelar tunangan kepada Firos, namun bersyukur kerana ia menamatkan segala spekulasi dan tohmahan yang terpaksa ditelannya, lebih setahun lalu.\rPenyanyi ini berharap fasa baru dalam kehidupannya menerima keberkatan Ilahi dan memohon semua pihak mendoakan kebahagiaannya.\r\"Tiada lain saya harapkan kecuali doa semua supaya impian saya untuk bergelar isteri terlaksana. Bukan niat saya mahu menyembunyikan berita pertunangan ini.\r\"Saya mohon maaf jika ada pihak tersinggung kerana saya cuma memenuhi permintaan kedua-dua keluarga yang mahu pertunangan ini dilakukan secara sederhana dan tertutup,\" kata Misha.\rAcara penuh sederhana itu menyaksikan Misha menerima dua bentuk cincin, merisik dan bertunang, yang disarungkan bakal ibu mentuanya.\rIbu bapa Misha, Zainan Mohd Noor dan Omar Ismail, bersyukur apabila anak keempat daripada tujuh beradik itu selamat bertunang dengan jejaka pilihan, sekali gus melenyapkan pelbagai cerita kurang enak selama ini.\rPasangan itu bertemu lima tahun lalu selepas diperkenalkan teman masing-masing dalam satu majlis. Biarpun pernah menempuh detik perpisahan, jodoh yang tertulis akhirnya menemukan mereka sebagai pasangan bertunang.\r\"Pertunangan ini juga menjawab segala teka-teki mengenai status saya sebelum ini. Saya berdepan detik paling menyulitkan sepanjang tahun lalu apabila diuji Tuhan dengan pelbagai dugaan.\r\"Ketika saya bergelut mencari kekuatan, Firos datang menawarkan sesuatu yang saya dambakan daripada seorang lelaki. Selain cinta yang tulus, Firos juga mempamerkan ciri-ciri kepimpinan yang akhirnya membuka pintu hati saya menerimanya sebagai bakal suami.\r\"Firos rapat dengan anak angkat saya, Muhammad Adam Emir, 6, malah sentiasa di sisi ketika diperlukan. Alhamdulillah, saya dipertemukan dengan lelaki yang begitu memahami,\" katanya.\rSementara itu, Firos berkata, dia memahami perjalanan hidup Misha yang penuh dugaan, malah mengerti segala kontroversi yang pernah dilalui bakal isterinya itu sebagai lumrah kehidupan selebriti.\rEnggan menoleh laluan silam yang pernah ditempuhi penyanyi itu, Firos melihat kehadiran Misha bakal melengkapi hidupnya yang mempunyai kerjaya tidak menentu masa.\r\"Saya tidak melihat dirinya sebagai Misha Omar kerana sepanjang bersama, dia seperti gadis biasa lain. Dia tidak pernah hipokrit, malah kesederhanaannya buat saya terpaut hati.\r\"Kami berkenalan ketika saya masih belajar. Tetapi Misha mempamerkan sifat rendah diri dengan menjemput saya di Hentian Putra, Kuala Lumpur, ketika kami sedang cuba mengenali hati masing-masing.\r\"Lima tahun mengenalinya, saya yakin dia ialah wanita terbaik yang layak mendampingi saya. Percintaan kami juga tidak sentiasa indah, namun alhamdulillah, jodoh kami kuat,\" kata Firos.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 09:58 AM GMT+8 , Processed in 0.192959 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list