CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 41633|Reply: 51

Evolusi kad pengenalan di malaysia

[Copy link]
Post time 20-2-2012 12:14 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by halimi78 at 22-2-2012 10:29

Diam tak diam  umor i/c aka kad pengenalan da masok 64 tahun ,dari skeping kertas kad(kad beras) hingga la ke kad pinter bercip  aka Mykad dan Mykid dari policarbonat aka PC
evolution of i/c
  


1948 : Kad pengenalan kertas
aka kad beras
   
> Pengenalan : Oleh pemerintah Inggeris di Malaya melalui  Emergency [Registration Areas] Regulation 1948, bagi membendung ancaman  pengganas komunis. Ia juga dikenali sebagai ‘kad beras’ kerana sewaktu  catuan makanan pada zaman darurat bermula pada 1948 itu memerlukan bukti  pengenalan diri bagi mendapatkan beras.

> Pelaksanaan : Digunakan di Semenanjung Malaysia dari tahun 1948 sehingga 1960.

> Ciri-ciri : Tujuan untuk keselamatan, tidak bersalut, gambar  hitam putih, cap ibu jari kanan sahaja, maklumat asal penduduk, tiada  taraf kewarganegaraan.

1960 : Kad pengenalan plastik
aka blue identity card

> Pengenalan : Akta Pendaftaran Negara 1959 (Akta 78)  diperkenalkan bagi memperkemaskan lagi sistem pengeluaran kad  pengenalan.

> Pelaksanaan : Digunakan di Semenanjung dari 1 Ogos 1960  sehingga 31 Mac. Diperkenalkan di Sarawak pada 30 Mac 1966 dan Sabah  pada 1 Jun 1972.

> Ciri-ciri : Keselamatan yang baik, bersalut dan diproses secara  teragih, empat warna bagi menentukan taraf warganegara, maklumat  terperinci, gambar hitam putih, cap ibu jari kiri dan kanan

1990 : Kad pengenalan bermutu tinggi



> Pengenalan : Bagi menggantikan kad pengenalan plastik. Juga dikenali sebagai kad pengenalan bunga raya.

> Pelaksanaan : Diperkenalkan pada April 1990.

> Ciri-ciri : Keselamatan yang tinggi, gambar hitam putih (1990)  dan gambar warna (1999), cap ibu jari kiri dan kanan, maklumat  terperinci dan bersalut.

Kad pengenalan pintar

MyKad Baru diperbuat daripada bahan polikarbonat tahan lasak akan mula digunakan pada 1 Januari 2012
MyKad baru mempunyai "ghost image" menggunakan teknologi imej turisan laser pada permukaan kad serta dilengkapi perlindungan anti salinan

> Pengenalan : Kad pintar yang dikenali sebagai MyKad.

> Pelaksanaan : Mulai akhir 2000 di Semenanjung dan awal 2002 di  Sabah dan Sarawak . Penukaran kad pengenalan bermutu tinggi kepada Mykad  adalah secara sukarela dan percuma mulai tahun 2003 sehingga 2005.

> Ciri-ciri : Kad pengenalan mempunyai ciri keselamatan tinggi  dan berteknologi cip yang kini diperbuat daripada bahan polikarbonat.  Pada masa ini, ia memuatkan aplikasi lapan tambah satu (8+1) dalam satu  kad.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-2-2012 02:08 AM | Show all posts
kad beras....
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2012 02:12 AM | Show all posts
Post Last Edit by meritokrasi at 20-2-2012 02:13

Kah kah kah... Merdeka bin Gemilang!





Di satu tempat yang lain:

Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2012 02:13 AM | Show all posts
Nik Aziz tentera eh?
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2012 02:34 AM | Show all posts
antare part2 'mistik' yg kebanyakan org tak tau,

-pelapik plastik
sape tau apa fungsi sebenor pelapik plastik lutsinar kat mykad tuh?
ramai org tak cermat sampai terkopek plastik tuh, pastu siap sengaja dikoyakkan pulak lagi...

kalau nak tau ape kelebihang dia... try scan... akan kuar perkataan 'SALINAN' kat page belakang mykad korang tuh...
pastu, try pancarkan dibawah lampu ultraviolet (mcm kat supermarket tuh), akang kuar gambo rimau & keris...


-nombor
sume worang tau 6 digit pertama is tarikh lahir, 2 nombor seterusnya ialah kod negeri lahir, dan nombor paling last if ganjil = for male, if genap = for female
cuba try tgk extra 2 lagi nombor kat page belakang mykad...
ianya bermaksud kalau 01 = first card, kalau 02 = ialah kad kedua, and so on..........


- contactless
mykad jugak boleh diguna sbg kad touch n pelempang..
pun boleh diguna (kena internal setting dulu laa) sbg kad touch kat opis...;

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2012 12:44 PM | Show all posts
1990 : Kad pengenalan bermutu tinggi
Kad pengenalan pintar

dua ni aku merasa
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 20-2-2012 12:58 PM | Show all posts

i/c baru (MyKad )start 3 JAN 2012

Post Last Edit by bluezink at 22-2-2012 12:28




(pic atas)

ada beza sikt ttg imej sinar ultra lembayung atau UV yg timbul dari i/c yg baru (kanan) dengan i/c lama ketika dipancarkan dengan cahaya UV.  i/c baru bole oder mulai 3 Januari 2012

JPN , katanye urang ramai digalak menukarkan pada i/c baru tapi tak paksa.cawangan JPN di negeri2 lain seperti Kluang dan Ipoh akan mengeluarkan i/c baru pada 10 Januari, Johor Bahru (14 Januari), Kuantan (15 Januari), Melaka (17 Januari), Kuching dan Kota Bharu (20 Januari), Kuala Terengganu dan Pulau Pinang (29 Januari), Alor Setar ( 2 Februari), Miri (6 Februari), Kota Kinabalu dan cawangan-cawangan lain ( 7 Februari) serta cawangan di Wilayah Persekutuan pada 15 Februari. dikatakn mengambil tempoh masa sehari untuk mengeluarkan i/c struktur baru di cawangan-cawangan JPN tersebotn, lain2 cawangan JPN akan mengambil masa sapoloh hari keja di Semenanjung dan maksimum tigapoloh hari di Sabah dan Sarawak
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2012 01:00 PM | Show all posts
iols sempat dari kad pengenalan bermutu tinggi..........
time tu gambo itam putih...........
ble tgk muka sendri mcm anak org asli pn ade..
{:4_188:}
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-2-2012 01:06 PM | Show all posts

Ada Apa Dengan I/C Kita?




Nombor kad pengenalan Sejak 1990, setiap warganegara Malaysia diberikan satu set nombor 12-digit yang unik dalam format TTBBHH-NN-###J sebagai nombor kad pengenalan.
Kumpulan digit pertama (TTBBHH) merupakan tarikh lahir pemilik KP. Kumpulan kedua (NN) pula merupakan kod negeri lahir, iaitu 01-13 untuk negeri-negeri, 14-16 untuk Wilayah Persekutuan dan kod 71 jika lahir di luar Malaysia. Bagi anggota polis, kod yang digunakan ialah 88 manakala untuk anggota tentera, kod yang digunakan ialah 99. Namun begitu apabila seseorang anggota polis atau tentera menamatkan perkhidmatan mereka, nombor kad pengenalan mereka akan ditukar kepada kod nombor asal tempat kelahiran mereka. Kumpulan nombor terakhir (###J) merupakan nombor siri yang dijana secara rawak oleh sistem komputer Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia.
Sebagai pembezaan di antara pemegang MyKad lelaki dan perempuan, nombor terakhir dalam siri nombor kad pengenalan telah di sesuaikan mengikut jantina pemegang di mana sekiranya pemegang MyKad mempunyai siri nombor terakhir berangka genap, jantina pemegang adalah wanita. Manakala jika pemegang MyKad mempunyai siri nombor terakhir berangka ganjil, jantina pemegang adalah lelaki. Sebelum 1990, nombor kad pengenalan warganegara adalah dalam bentuk A####### di mana # merupakan nombor siri 7-digit yang mana nombor terakhir dalam siri nombor tersebut turut sama mempunyai peranan pembezaan jantina lelaki dan wanita seperti sini nombor baru MyKad.
SENARAI KOD BAGI NEGERI KELAHIRAN:-

    Johor 01,21,22,23,24
    Kedah 02, 25, 26, 27
    Kelantan 03, 28, 29
    Melaka 04, 30
    Negeri Sembilan 05, 31,59
    Pahang 06, 32, 33
    Pulau Pinang 07, 34, 35
    Perak 08, 36, 37, 38, 39
    Perlis 09, 40
    Selangor 10, 41, 42, 43, 44
    Terengganu 11, 45, 46
    Sabah 12, 47, 48, 49
    Sarawak 13, 50, 51, 52, 53
    Wilayah Persekutuan (KL) 14, 54, 55, 56, 57
    Wilayah Persekutuan (Labuan) 15, 58
    Wilayah Persekutuan (Putrajaya) 16
    Negeri Tidak Diketahui 82
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2012 01:10 PM | Show all posts
bluezink Post at 20-2-2012 13:06



   ad kwan aku, no negeri yg di tgh2 tu adalah kod 71..kod apa plak tu?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-2-2012 01:22 PM | Show all posts
Reply 10# leylapple


    brunei
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2012 01:27 PM | Show all posts
Reply  leylapple


    brunei
bluezink Post at 20-2-2012 13:22



   takla..dia lahir kat malaysia..tapi kalo ikutkan yg u tepek tu, yg lahir di luar negara..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-2-2012 01:46 PM | Show all posts
takla..dia lahir kat malaysia..tapi kalo ikutkan yg u tepek tu, yg lahir di luar negara..
leylapple Post at 20-2-2012 13:27


Kod Negara

sori, kod for ... brunei is 60 bukn 71 penah denga kesah  pasal "mismah gate" aka  punyai kod bernombor 71 btw..according to the wise people in JPN,...all of those Sarawakian or Sabahan born in Brunei uses the code 71 in their Mykad..
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2012 02:32 PM | Show all posts
dpt gune kad bunge raye dgn kad pintar je..klu still lg pkai ic bunge raye tu malu aku wei..gmbor budak2 yg xbape nk kiut..sbb time nk p amek gmbr utk buat ic aku bru lepas nangis..
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2012 02:39 PM | Show all posts
Reply 14# toet2meoww

nape nangis?
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2012 02:42 PM | Show all posts
Reply 15# zaharul_asriq94


    mak aku ckp klu da ade ic tu maknenye aku da besar..tu yg aku nangis sbb aku takot jd org besar..nnt kene keje mcm mak ayah aku..xbley tgk cite kartun kat tv bile petang2..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-2-2012 02:59 PM | Show all posts
Post Last Edit by shamsadis at 22-2-2012 22:16
sori, kod for ... brunei is 60 bukn 71 penah denga kesah  pasal "mismah gate" aka  punyai ko ...
bluezink Post at 20-2-2012 13:46


Wan Azizah 521203-71-5190



Mohamed Azmin Ali 640825-71-5269

Makcik Zuraida PKR 580314-71-5206

Saifuddin Nasution 631207-71-5005



http://din.huluselangor.net/?p=10159

yang camnie ker beb 71...orang asing ker diaorang nie...
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2012 03:13 PM | Show all posts
ade kwn sekelas dulu kad pengenalan dia tengah2 tu 71 dia lahir kt manchester time tu bapak dia belajar kt sane. 71 tu setahu aku lahir kt luar negara.
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2012 04:36 PM | Show all posts
holla! saye de satu soklan kat cni...

kenape yang lahir taun 1986, due digit yg kat tengah2 tu xsame cam taun2 yg lain??
contoh, cam aku yg lahir taun 1986 kat KL - 56 padahal kalau taun lain kan 10 kannnn...
same gak negeri2 lain pon xsame jugak cam taun2 lain. why why why??? ade sape2 tau x psl ni?
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2012 06:47 PM | Show all posts
Post Last Edit by boyagombak at 20-2-2012 18:50

cer teka, I/C siapakah ini
Sapa betul, dapat I/C Secara Percuma, boya banje

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 03:28 PM GMT+8 , Processed in 0.073825 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list