CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5466|Reply: 32

Volvo V60 – Meneruskan legasi wagon

[Copy link]
Post time 18-2-2012 08:06 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by six_points at 18-2-2012 08:10

Oleh SHAWKATH AZDE






SELEPAS pengenalan model sedan S60 dan kompak kenderaan utiliti sukan (SUV) XC60, Volvo menampilkan model terbaharu dalam rangkaian siri 60. Jentera kali ini dikatakan menjadi model paling dinamik pernah dihasilkan oleh pengeluar jenama Sweden itu. Percaya atau tidak, ia sebuah station wagon!

Bukan seperti model station wagon era 70-an atau 80-an, model baharu ini disaluti elemen kemodenan. Apa yang pasti, ini bukannya lagi kereta pakcik atau kereta orang tua. Malah istilah station wagon pun ditukar menjadi sports wagon.

Istilah sport wagon dibuat seiring dengan justifikasi yang dilakukan pada V60. Kali ini, jentera station wagon keluaran Volvo dicipta seperti sebuah kereta coupe. Dengan penambahan ciri-ciri yang lebih menarik berbanding model sedan S60, Volvo menyifatkan inilah model paling dinamik dihasilkan.

Ketua Pereka Luaran untuk Volvo V60, Orjan Sterner berkata, daripada aspek reka bentuk, fokusnya untuk membangunkan sebuah kereta yang hampir menyamai sebuah coupe. Pada masa yang sama memberi ruang kargo luas di  bahagian belakang. Sports wagon itu bagaimanapun bukan untuk menyaingi kenderaan wagon tradisional.

Sebenarnya, model V60 ialah jentera wagon model S60. Ia dipertontonkan kepada umum sewaktu Paris Motor Show pada Oktober 2010. Pesaing terdekat bagi jentera buatan Sweden itu ialah BMW 3 Series Touring, Audi A4 Avant dan Mercedes-Benz CL Class Estate.

Jika pelanggan Volvo masih memerlukan ruang yang lebih luas, Naib Presiden Jualan dan Pemasaran Volvo Cars Serantau Asia, Peter Johnson memberitahu, pilihannya tetap ada iaitu model XC60 dan XC90.  

Harus diakui bahawa saiz pasaran untuk kenderaan station wagon atau sports wagon di Malaysia amat kecil. Lihat sahaja pendekatan pengeluar-pengeluar kenderaan lain yang memilih untuk tidak memperkenalkan model sedemikian ke dalam pasaran tempatan.

Pemasaran tempatan


REKA bentuk bahagian sisi menampilkan gaya kenderaan coupe.




Berbeza dengan Amerika Syarikat (AS) dan Eropah, sambutan terhadap model-model station wagon mendapat tempat dalam hati golongan muda. Maka tidak hairanlah, rata-rata pengeluar kenderaan wagon lebih suka memasarkan produk mereka di sana.

Senarionya berbeza untuk Volvo Car Malaysia Sdn. Bhd. (Volvo Malaysia). Model V60 dipasang dan dikeluarkan menerusi kilang Volvo di Shah Alam, Selangor. Walaupun volum pengeluarannya tidaklah sebesar mana, pemasangan tempatan membolehkan harganya lebih rendah jika dibandingkan dengan model diimport sepenuhnya (CBU).

Setakat ini, hanya Volvo Malaysia yang memasang model wagon di negara ini walaupun sudah mengetahui kek pasaran model itu kurang digemari. Apa rasional berbuat demikian?

“Pengeluar kenderaan lain secara tradisional keberatan untuk membawa station wagon ke dalam pasaran tempatan kerana ia kurang popular. V60 akan menguji pasaran memandangkan hanya Volvo yang menawarkan produk dalam segmen sports wagon.

“Model baharu ini akan menjadi pemacu pertumbuhan kami. Apa yang baharu itulah yang hangat. Tanpa tawaran baharu, kami tidak mungkin berjaya dalam pasaran,” jelas  Pengurus Produk Serantau Volvo Car Asia Pasific, Akhtar Sulaiman.

Sports wagon V60 dijangka menyumbang sebanyak 10 peratus atau jualan sebanyak 120 unit setahun. Tahun ini, Akhtar berkata, unjuran jualan semua varian diletakkan  pada paras 1,300 unit berbanding 800 unit tahun lalu.

Bahagian hadapan V60 menyerupai sedan S60. Belakangnya pula memiliki iras-iras model C30. Ruang dalaman berbeza dengan model sebelumnya. Bahagian kokpit V60 mempunyai alur reka bentuk dinamik dan sporty.

Butang fungsi dan kawalan diperkemaskan. Konsol tengah pula dicondongkan ke arah pemandu. Tujuannya untuk memudahkan fokus dan kawalan sewaktu pemanduan. Pereka Volvo sebenarnya mengadun inspirasi litar lumba ke dalam jentera tersebut.

Teknologi terkini


BAHAGIAN hadapan menyamai model S60.



Apa yang dimaksudkan dengan model paling dinamik ialah kandungan teknologi tinggi di dalamnya. Antaranya ialah Adaptive Cruise Control (ACC) dengan Queue Assist dan Distance Alert. ACC membantu pemandu mengekalkan jarak selamat dengan jentera di hadapan. Ciri itu akan beroperasi pada kelajuan di bawah 30 kilometer sejam (km/j) sehingga kenderaan itu berhenti.

Tidak ketinggalan juga amaran pelanggaran dengan keupayaan membrek penuh dan Pedestrian Detection, Blind Spot Information System (BLIS), Dynamic Stability dan Traction Control (DSTC).

Tidak ketinggalan aspek keselamatan seperti ABS, EBD, RAB, FBS, IDIS, ABL, beg udara barisan hadapan dan sisi jentera, selain ISOFIX kerusi kanak-kanak dengan dua tahap booster tempat duduk.

Hanya dua varian diperkenalkan iaitu T4 dan T5. Kedua-dua varian itu menggunakan enjin petrol Gasoline Turbocharged Direst Injection (GTDi). Ia merupakan sistem suntikan terus bahan api terkini Volvo yang membenarkan penggunaan petrol rendah tanpa mengurangkan prestasi dan keseronokan pemanduan.

T5 menggunakan khidmat enjin 2.0 liter manakala T4 dengan enjin 1.6 liter. Enjin T4 ialah enjin petrol baharu Volvo. Ia mampu meledakkan kuasa maksimum 180hp dengan transmisi Powershift klac berkembar.

Mungkin kelesuan segmen station wagon atau sports wagon akan beransur pulih dengan keberanian pengeluar seperti Volvo memperkenalkan lebih banyak produk. Mungkin juga ia memakan diri. Sama-samalah kita saksikan perjalanannya.

Credit: http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=0128&pub=Kosmo&sec=Pemotoran&pg=pe_01.htm

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-7-2012 08:16 AM | Show all posts
berkenan tul aku kat keta ni, jap lagi lepas makan roti canai banjir dengan teh tarik kurang manis kat Kayu, terus nak ke Volvo...gi ketuk2 dashboard, hempas2 pintu, tendang2 tayar, pas tu test drive seround
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2012 09:25 AM | Show all posts
Masih buatan sweden ke cina punya nih?
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2012 11:44 AM | Show all posts
Masih buatan sweden ke cina punya nih?
jenglut Post at 14-7-2012 10:25 AM



HONG KONG (MarketWatch) -- Volvo Cars, owned by Zhejiang Geely Holding Group, will set up its first Chinese assembly plant in the mainland city of Chengdu, according to a report Wednesday by Bloomberg News, which cited a person with knowledge of the plan. The decision was reportedly approved by the Swedish carmaker's supervisory board on Tuesday and an official announcement is expect on Friday, the report said. The factory is likely to be operational by 2013 and have an annual capacity of 100,000 cars, the report said. Geely's (HK:175)(US:gelyy) shares ended 0.6% lower at the midday trading break Wednesday in Hong Kong.




Teman agak lah, kes Volvo ni lebih kurang sama aje dgn kes Lotus, tapi ada lebih sikit sebab Geely nak buka assembly  plant (assembly aje maa, buaknnya nak buat pun) kat China, tapi dalam kes lotus, kilang buat skru pun dia tak nak buka kat Mesia.
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2012 10:30 AM | Show all posts
dapat sms dari volvo semalam...ada massive discount sby 40k utk V60 T5....peh menarik ni, RM269k less RM40k...lebih kurang RM230k aje
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2012 08:12 PM | Show all posts
saya pun berkenan kat model ni tapi RM230K is quite expensive..tak mampu teman hehe
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-10-2012 11:25 PM | Show all posts
nampak gayo kono pkai model 244 lagi lah cmni kalau volvo price xtrun
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2012 10:05 AM | Show all posts
AHMADVW posted on 13-10-2012 11:25 PM
nampak gayo kono pkai model 244 lagi lah cmni kalau volvo price xtrun

244???  tua nya mat.  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-10-2012 10:21 AM | Show all posts
zorrro_03 posted on 15-10-2012 10:05 AM
244???  tua nya mat.

hahaha.model volvo i avoid sebenarnya,,
lebih selasa jga merc dan vw,, always german car

244/240 ni body dia boleh thn sampi owner dia mati
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2012 10:29 AM | Show all posts
AHMADVW posted on 15-10-2012 10:21 AM
hahaha.model volvo i avoid sebenarnya,,
lebih selasa jga merc dan vw,, always german car

oner mati anak cucu dia masih boleh pakai.  giler tahan karat...  mcm best sgt tgk kereta kotak nih... merc n bm ramai sgt org pakai.  
Last edited by zorrro_03 on 15-10-2012 11:20 AM

Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2012 10:31 AM | Show all posts
zorrro_03 posted on 15-10-2012 10:29 AM
oner mati anak cucu dia masih boleh pakai.  giler tahan karat...  tapi target saya sebelum umor 40 ...

ramai lah bgs,, spare part murah,, jg cr yg sedan, cri yg coupe/wagon kira rare for merc,,,
volvo second hand value murah, part agak pricey,,, keta bwk comfort gak

Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2012 10:39 AM | Show all posts
AHMADVW posted on 15-10-2012 10:31 AM
ramai lah bgs,, spare part murah,, jg cr yg sedan, cri yg coupe/wagon kira rare for merc,,,
volvo ...

part mmg mahal dan susah sket. ciri  safety yg best.  bapak saya dulu bawak 240gl.  mmg togok minyak kalau compare dgn nissan sunny dia.  tapi rasa aman damai sgt duduk dalam tu.  mcm dlm cabin jah.    tapi kereta2  konti mmg gitu. mad lebih tahu, tgk saja vw merc bmw dan lain2.  semua beratkan ciri2 keselamatan / aksesori dan terkini.

Last edited by zorrro_03 on 15-10-2012 11:19 AM

Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2012 11:04 AM | Show all posts
zorrro_03 posted on 14-10-2012 08:29 PM
oner mati anak cucu dia masih boleh pakai.  giler tahan karat...  tapi target saya sebelum umor 40 ...

me baru test drive vc 90,
so me tanya kenapa volvo teknology dia kureng bandingkan kereta lain,
ok sebelum me test drive volvo ni, me test jugak grand cherokee,
teknology cherokee ni memang best, semua teknology baru,
tapi volvo tidak...

so me tanya dekat salesperson tu, kenapa teknology tidak macam keta lain,
dia jawab camtu lah, volvo ni boleh pakai berpuluh tahun,
memang semua kereta nak guna teknology tetapi teknology ni boleh out to date or rosak..

ok me ada keta nissan jugak, mpv Quest tu ada bib bib sound kalau undur,
ni dah tak berbunyi,
so me bawak pegi kedai, kedai nissan kata tak boleh nak repair
sebab teknology tu dah out date, boleh gitu...

tapi best pandu volvo, me da merc jugak, tapi volvo best betul



Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2012 11:18 AM | Show all posts
faraway1 posted on 15-10-2012 11:04 AM
me baru test drive vc 90,
so me tanya kenapa volvo teknology dia kureng bandingkan kereta lain,
...

volvo kureng?  bukan antara yg ke depan?  cuba awak cek balik cik. rasanya kalau nak banding dgn kereta2 jepun atau kebanyakan konti lain,  volvo antara yg advance rasa saya.
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2012 05:14 PM | Show all posts
zorrro_03 posted on 15-10-2012 11:18 AM
volvo kureng?  bukan antara yg ke depan?  cuba awak cek balik cik. rasanya kalau nak banding dgn k ...

hehe itulah, mcm tak betul jer statement. Kalo tgk rating NCAP  selalu volvo mesti top rate
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2012 06:40 PM | Show all posts
zorrro_03 posted on 14-10-2012 09:18 PM
volvo kureng?  bukan antara yg ke depan?  cuba awak cek balik cik. rasanya kalau nak banding dgn k ...

bukan kureng dari segi pemanduan lah, ianya top pada me,
lagi best dari merc... kuat jugak sebab tujuan beli tuk tarik our caravan...


maksud me dari teknology hiasan buat orang kata cam wow masa tekan punat itu dan ini...
dari orang suka gadget camtu..
anyway saleperson tu dah bagitau kenapa volvo tak macam keta
lain yang teknology  ''hiasan'' adalah kureng..
atleast saleperson tu faham apa me cuba sampaikan..
mungkin sbb dia keja di volvo

Last edited by faraway1 on 15-10-2012 05:08 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-10-2012 07:48 PM | Show all posts
kena gi ngangkung dua tiga kali baru dapat V60 T5 ni

dari pengalamanan teman test drive s60 T5 & s60 T6 (naughty volvo)...memang antara keta yang masuk dalam list kena beli. Kalu kuar V40 T5, ni dah masuk dalam kategori wajib beli....agak2 kalau teman trade-in kancil 660 tahun 1985 dengan V60 ni okay tak
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2012 07:50 PM | Show all posts
teknologi hiasan tu apa benda...flip flop tu kira macam teknologi hiasan juga ke
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2012 09:01 AM | Show all posts
zzcbr posted on 15-10-2012 07:48 PM
kena gi ngangkung dua tiga kali baru dapat V60 T5 ni

dari pengalamanan teman test drive s ...

fuhhh... musti keta rare ni... kancil 660 tahun 1985  
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2012 09:29 AM | Show all posts
faraway1 posted on 15-10-2012 06:40 PM
bukan kureng dari segi pemanduan lah, ianya top pada me,
lagi best dari merc... kuat jugak sebab  ...

ooo gitu.  mmg dari segi hiasan dalaman dan design luaran,  brand ni tak memenuhi harapan semua org.  tapi aspek tu lah yg buat org2 'keras' spt saya tertarik.  hehehe... tapi kalau tgk model baru lani, depa pun dah mula nak ikut2 trend semasa. bulat2 gitu...

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 03:23 AM GMT+8 , Processed in 0.072671 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list