CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 12440|Reply: 36

Petak kuning, kereta berhenti, aku langgar aku disaman

[Copy link]
Post time 9-2-2012 02:20 AM | Show all posts |Read mode
SalaamMemula aku nak pendapat korang.
Apakah aku harus aku bayar kompaun dulu atau aku pertikaikan di mahkamah.?

Ceritanya gini :
Minggu lepas aku gi JPJ nak hidupkan cukai jalan motorsikal aku.
Kemudian pihak JPJ bagi satu surat putih, aku di blacklist kerana ta bayar saman.
Setelah setengah hari aku dok mengingati maka barulah aku teringat berdasarkan nombor kenderaan yang tertera.

Tahun 2003 yang lalu....
Aku bekerja sebagai seorang pemandu ambulance.
Mendapat panggilan kecemasan dari HQ untuk mengambil pesakit dari Hospital Kajang untuk di bawa ke Hospital Kuala Lumpur
( keadaan kritikal jugaklah ).
Siren di bunyi dan lampu kecemasan dipasang.
Memandulah aku menuju jalan ke Hospital Kajang.
Di satu jalan di Sg. Chua , jalan agak sesak, aku memperlahankan Ambulan kerana di hadapan, aku lihat ada selekoh.
Agak perlahan aku memandu dan berhati hati, lain lain kenderaan telah berhenti memberi laluan.
Sampai di satu simpang tiga aku mengambil sedikit arah kanan dan apabila aku rasa boleh meneruskan maka aku pun menekan minyak.
Lebihkurang dalam 100 kaki di hadapanku muncul satu kereta proton masuk ke petak kuning dan berhenti kerana menantikan kenderaan laluan sebelah kanan clear.
Alamak...aku tak boleh buat apa apa dah sebab dekat sangat dan Ambulan yang berat tu pun masih meluncur walaupun brek dah aku tekan kuat.

Maka kenalah belakang proton saga tu...Apabila Ambulan berhenti dan aku lihat tiada apa apa kecederaan pada pemandunya lantas aku meneruskan perjalanan ke hospital dengan lampu hadapan sebelah kanan pecah.

Esoknya aku ke balai polis Kajang membuat lapuran dengan perincian seperti di atas.
Dan aku pastikan bahawa lapuran yang aku buat adalah bahawa aku memandu Ambulan,.
Setelah sudah dan di pastikan tak ada apa apa lagi dari pegawai penyiasat yang bertugas maka aku pun pulang ke pejabat.

Hari berganti hari, bulan berganti bulan dan tahun berganti tahun sehinggalah minggu lepas , rupanya aku bersalah kerana melanggar sebuah kereta yang berhenti di petak kuning dan adalah menjadi kesalahan juga walaupun yang melanggar adalah sebuah kenderaan kecemasan iaitu Ambulan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-2-2012 02:24 AM | Show all posts
Cuma aku nak tahu apakah saman tersebut laku pakai seandainya aku tak dimaklumkan berkenannya ketika aku membuat lapuran kepada pegawai penyiasat.
Tidak dimaklumkan dalam erti kata tidak menandatangani apa apa dokumen berkenaan kompaun atau saman.
Aku tidak menerima apa apa notis dari pihak polis berkenaan senaraihitam atau pun waran tangkapan memandangkan bahawa ianya telah berlalu sehingga 8 tahun.
Atau ianya di keluarkan hanya kini saja dengan tarikh yang di belakangkan?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-2-2012 02:26 AM | Show all posts
Apa pun aku perlu menggunakan kenderaan sekarang yaitu motor kapcai aku untuk bekerja.
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2012 02:49 AM | Show all posts
kesiannya awak..saya ni bukan polis..jadik, lepas baca cerita awak ni,mulalah rasa nak ngutuk, nak cakap polis tu tak buat kerja..
hmm, apa kata awak pi balik balai tu, dapatkan balik salinan report yang pernah awak buat dulu..ceritalah masalah awak pada polis tu (cerita dengan bahasa yang manis ye,muka yang sayu walau dalam hati rasa meluat)..
kalau diorang takde simpan atau taknak bagi, awak pergi jumpa ADUN, atau lebih baik jumpa org BN (idea ni datang tiba2 jek..almaklum dah nak dekat2 pilihanraya ni, masa ni lah nak dahulukan rakyat)
cer cuba..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-2-2012 02:58 AM | Show all posts
Terima kasih akan saya adukan tetapi...
Tetapi pekerjaan saya sebagai pemandu dan tanpa cukai jalan motorsikal bermakna saya terpaksa berhati hati di jalanraya bukan mengelak bahaya tapi mengelak dari kena saman....pulak...Pastu kena tunggu hari ujan sebab bila ujan tak der road block.
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2012 08:17 AM | Show all posts
dah lapan tahun peram surat saman baru skrg nak muncul..
kalau hang bawa kes ni ke makamah rasanya boleh menang.
masa aku blajar dulu.. apa jua kenderaan yg menghalang kenderaan kecemasan, boleh dikenakan kompaun.


AKTA PENGANGKUTAN JALAN 1987 (AKTA 333) DAN PERATURAN LALULINTAS 1958 -
Tidak memberi laluan kepada kenderaan ambulan/polis/ kastam/JPJ
Kesalahan Seksyen/Peraturan = K.9 RTR
Hukuman  Seksyen/ Peraturan = Seksyen 119(2)
Kadar Kompaun = RM 300.00


Masuk atau berhenti di petak kuning
Kesalahan Seksyen/Peraturan = K.8A RTR
Hukuman  Seksyen/ Peraturan = Seksyen 119(2)
Kadar Kompaun = RM 300.00



Gagal membuat laporan polis dalam masa 24 jam semasa semasa kemalangan
Kesalahan Seksyen/Peraturan = Seksyen 52(1)
Hukuman  Seksyen/ Peraturan = Seksyen 119(2)
Kadar Kompaun = RM 100.00


sumber informasi : http://jpjweb.tripod.com/malay/kuatkuasa04.htm
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-2-2012 08:46 AM | Show all posts
dah lapan tahun peram surat saman baru skrg nak muncul..
kalau hang bawa kes ni ke maka ...
neory Post at 9-2-2012 08:17


yg ni betul... tapi sekiranya berlaku kemalangan ia juga diatas tanggungjawap pemandu walaupun kenderaan yang dipandu itu kenderaan kecemasan / kenderaan milik kerajaan...
Kenderaan kecemasan (dlm kes ni ambulan) tersebut bukanlah sewenang2nya boleh dipandu sesuka hati, ia tetap tertakluk pada akta yg telah digubal.. bermaksud kalau bawa laju melebihi had, pemandu juga boleh disaman...

dlm cerita ni... aku beranggapan kedua2 pihak boleh dikenakan tindakan saman...
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2012 08:59 AM | Show all posts
kenapa x report kereta yang dilanggar telah menghalang tugas2 rasmi kerajaan dan tidak memberi laluan kepada ambulan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-2-2012 09:12 AM | Show all posts
bayar jer lah kompoun tu... kerajaan tgh kutip duit nie nk wk pilihanraya.... heheheh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-2-2012 11:00 PM | Show all posts
Dalam lapuran pada masa tu saya dah tulis. " Kereta tersebut telah menghalang kenderaan yang saya pandu "....

Ini dok kena ingat balik peristiwa tersebut nih...hissh...

Sebulan lepas tu saya kena lak slip disc...takleh kerja ...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-2-2012 11:24 PM | Show all posts
Lepas tu dalam 6 bulan kemudian kena sakit buah pinggang lak...
Habis duit simpanan....

Masa buat lapuran dalam forum nih pulak , sehari sebelum tu ( dua hari lepas lah ) dompet pulak tak tahu ke mana hilangnya...
Duit pulak secukupnya ajer...samada ada nak bayar kompaun tu atau bayar cukai jalan...
Nih dah kena pulak bayar denda buat IC ....Rm 60.00 ( selepas rayuan dari RM 110.00 )
Pastu buat lesen memandu lak ( RM 45.00 ).
Nak buat lesen GDL lagi nanti kena RM 60.00
Nak buat ATM kad baru nanti kena lak RM 60.00 ( BSN, Bank Islam & CIMB )
Nak bayar duit SUWA pulak nanti RM 613.00 ~ asrama dan duit makan anak( hutang ngan MCKK)
Pendapatan hanya RM 1500.00 tak der OT.
Minta Pusat Zakat tak dapat, mintak biasiswa tak dapat, minta ADUN, tak der peruntukkan kata mereka..Satu ketika dulu ada mereka beri pakaian sekolah tapi seluarnya warna hijau , anak aku guna warna putih...aaahhhh...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-2-2012 11:38 PM | Show all posts
dah lapan tahun peram surat saman baru skrg nak muncul..
kalau hang bawa kes ni ke maka ...
neory Post at 9-2-2012 08:17


Terima kasih...Memanglah begitu...Tapi serasa aku dalam notis yang aku baca ( dalam surat saman tu, ada tertulis perkataan yang boleh dipertikaikan, maaf tak dapat nak tulis kerana termasuk yang ini hanya 2 kali jer kena saman trafik nih.Yang pertama masa bujang dulu, bawa lori, overtook back hoe dan jalan masa tu tak der kenderaan, di lebuhraya lak~ Sg. Buloh nak gi Rawang. Ditulisnya memandu perlahan sebelah kanan jalan)

Kalau kes macam ni , aku bawa ke mahkamah sudah tentu bayar fee peguam dan dari poket sendiri untuk kehadiran, bayar parking, cuti tanpa gaji , makan biskut, minum kopi sedangkan pegawai tu selain percuma dapat pulak elaun pergi mahkamah.
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2012 09:19 AM | Show all posts
Reply 12# rdzaccess

gi kat mahkamah kerajaan, mintak bantuan pada biro bantuan guaman.. bayaran fee free
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2012 10:46 AM | Show all posts
Post Last Edit by budakgraphic at 10-2-2012 10:47
Terima kasih akan saya adukan tetapi...
Tetapi pekerjaan saya sebagai pemandu dan tanpa cukai jalan ...
rdzaccess Post at 9-2-2012 02:58



Nape motor takde roadtax? Tak kan motor curi kot? Skang ni masih keje pemandu ambulan lagi ke? Ko pakai motor besar (superbike) ke?
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2012 10:48 AM | Show all posts
Lepas tu dalam 6 bulan kemudian kena sakit buah pinggang lak...
Habis duit simpanan....

Masa bua ...
rdzaccess Post at 9-2-2012 23:24



Owh, skang baru aku paham... Dok area mana ni? org rumah bekerja tak bro?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-2-2012 07:33 PM | Show all posts
Motor aku baru beli, kira 2nd handlah...tapi budak Universiti pakai ...dah 2 tahun masih elok..Aku rasa dia guna pergi dan balik kampus ajer...Tapi kedai tu bubuh roadtax 6 bulan jer...tulah bila nak sambung roadtax dah tak boleh dah...

Aku tak der orang rumah ....sorry...single father...

Tinggal area Semenyih yang mempunyai pusat penanaman orang mati dan juga pusat tempat pembuangan sampah dan juga tempat berhimpunnya besi besi buruk....

Tadi aku gi CIMB. Permohonan SARA1 Malaysia yang aku pohon telah ditolak ( rejected )
Itu voucher rm500 pun reject jugak...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-2-2012 07:35 PM | Show all posts
Terima kasih...Memanglah begitu...Tapi serasa aku dalam notis yang aku baca ( dalam surat saman  ...
rdzaccess Post at 9-2-2012 23:38


Mahkamah kerajaan yang paling dekat adalah di Putrajaya, lalu 2 tol dan di Putrajaya harus lalu jalan motor.

Dok terpikir lah pulak , berapa collection saman nanti yang dapat...
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2012 09:06 PM | Show all posts
Motor aku baru beli, kira 2nd handlah...tapi budak Universiti pakai ...dah 2 tahun masih elok..Aku r ...
rdzaccess Post at 10-2-2012 19:33



   adehh......sedey plak aku baca kisah ko nehh  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-2-2012 12:12 AM | Show all posts
Duit yang aku simpan semenjak 5 bulan lalu untuk bayar insuran motor ( simpan sikit sikit )dah gi kat bayaran buat kad pengenalan dan lesen. Sekarang ni tinggal baki Rm 150 ajer. Kalau merayu mungkin dapat kurang sehingga Rm 150 dari RM 300.
Roadtax dah tentu tak boleh diperbaharui.
Golek kiri pun salah , golek kanan pun salah.
Tak aperlah agaknya....Buah fikiran yang aku ada mungkin lebih besar dari dunia nih...
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2012 08:56 AM | Show all posts
Tanya je berapa jumlah kompaun yang kena n TT p bayaq la...

Kalu xsilap aku ambulan pon xder pengecualian dari peraturan. Memang kita wajib bagi laluan kat ambulan, tp xleh ler sampai kita kena langgar lampu merah utk bagi dia jalan. Kita tetap kena saman.

N kalau TT still keja kat situ, wat surat rayuan n minta sokongan dari bos. Cita skit pasal apa y jadi dlm surat tue.Moga2 dapat kurang skit.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 02:06 PM GMT+8 , Processed in 0.085967 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list