CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 128|Reply: 0

EKUINAS tingkat ekuiti Bumiputera

[Copy link]
Post time 2-2-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
EKUITI Nasional Bhd (EKUINAS), syarikat ekuiti persendirian milik kerajaan menyasar untuk melabur  RM500 juta sejajar dengan matlamatnya menggalakkan pegangan ekuiti dan pembabitan Bumiputera dalam sektor ekonomi yang berdaya saing.\rKetua Eksekutifnya, Datuk Abdul Rahman Ahmad, berkata bagi tahun ini, EKUINAS dijangka memulakan pelaburannya selewat-lewatnya pada pertengahan tahun ini dengan tumpuan kepada syarikat dalam sektor pendidikan, minyak dan gas serta barangan pengguna laris (FMCG).\r\n\n\n\n\r  Beliau tidak menolak sebarang kemungkinan membeli kepentingan dalam dua hingga tiga syarikat tahun ini, namun begitu sentiasa berwaspada supaya sebarang keputusan pelaburan yang dibuat itu adalah tepat bagi memastikan sasaran pulangan kewangan 12 peratus serta sasaran aspirasi 20 peratus setahun tercapai.\r\r\n\n\n\n\n  “Kami bercadang membuat pelaburan lebih tinggi tahun ini, sama seperti EkUINAS dalam tahun pertama operasi yang membabitkan pelaburan kira-kira RM500 juta.\r“EKUINAS telah mencatatkan keuntungan portfolio sebanyak RM55 juta dan kadar pulangan kewangan sebanyak 24 peratus berbanding sasaran minimum 12 peratus pada tahun pertama operasi dan kami mahu mengulangi kejayaan yang sama,” katanya dalam satu temubual di Petaling Jaya, baru-baru ini.\rBeliau berkata, tahun lalu pelaburan adalah lebih rendah memandangkan EKUINAS lebih berhati-hati dalam mengenalpasti syarikat dan industri yang tepat dan \rpelaburan berkenaan dijangka dilaksanakan sepenuhnya pada tahun ini.\rKatanya, setakat ini EKUINAS sudah membuat lapan pelaburan dengan jumlah komitmen pelaburannya adalah sebanyak RM659.64 juta selain membantu kemasukan modal menerusi rakan pelaburnya yang berjumlah RM779.28 juta ke dalam ekonomi \rMalaysia.\rAbdul Rahman berkata, EKUINAS setakat ini sudah melabur dalam lima daripada enam sektor tumpuan, iaitu pendidikan, FMCG, minyak dan gas; peruncitan dan perkhidmatan profesional.\r“Namun begitu pelaburan masih belum dibuat dalam sektor penjagaan kesihatan walaupun ia mempunyai potensi yang cukup besar, tetapi saingan industri ini adalah sangat hebat. \r“Dalam pada itu, kami juga meninjau untuk memperluaskan pelaburan dalam sektor  seperti pendidikan serta minyak dan gas tahun ini,” katanya.\rAbdul Rahman juga tidak menolak kemungkinan untuk melabur dalam sektor lain seperti perkhidmatan asalkan ia tidak bercanggah dengan matlamat EKUINAS. \rBeliau berkata, setakat ini EKUINAS telah menerima peruntukan dana berjumlah RM1.1 bilion daripada kerajaan dan RM659.64 juta daripadanya telah dilaburkan. \rMengenai prestasi lapan syarikat pelaburannya, beliau berkata setakat ini syarikat berkenaan menunjukkan prestasi membanggakan dan EKUINAS mempunyai tempoh pelaburan antara tiga hingga lima tahun sebelum mengambil langkah menyenaraikan atau melupuskan saham dalam syarikat berkenaan.  \rDitanya mengenai keadaan ekonomi global tidak menentu memberi kesan kepada syarikat pelaburannya, beliau berkata, “Kami masih positif dengan ekonomi Malaysia yang dirangsang oleh pelbagai inisiatif kerajaan, yang mungkin sedikit terjejas ialah eksport kerana kebergantungan kepada pasaran Amerika Syarikat dan Eropah.\r“Dalam aspek ini, kami akan secara aktif menggabungkan syarikat pelaburan kami bagi mencatat perkembangan lebih pantas. Sebagai contoh, EKUINAS kini mempunyai lima jenama makanan dan minuman yang akan digabungkan bagi membentuk kumpulan F&B terkemuka di negara ini,” katanya.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 07:40 PM GMT+8 , Processed in 0.088224 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list