|
ROME: Zlatan Ibrahimovic menyumbat gol cantik sepakan percuma sekali gus membantu AC Milan merapatkan jurang satu mata ke atas Juventus di persada Serie A dengan kemenangan 3-0 ke atas Cagliari kelmarin.\rMiroslav Klose pula menjaring dua gol dalam dua minit bagi membantu Lazio memanjat ke tangga keempat dengan kemenangan 3-0 di Chievo Verona, manakala Inter Milan tewas mengejut 1-0 kepada pasukan yang bergelut dalam zon penyingkiran Lecce. \r\n\n\n\n\r Penyerang Sweden Ibrahimovic cemerlang di San Siro, apabila sepakan percuma dari jarak 25 meter melencong masuk menerjah jaring selepas 32 minit permainan sebelum Antonio Nocerino mengukuhkan kedudukan tuan rumah menerusi voli tujuh minit kemudian.\r\r\n\n\n\n\n Massimo Ambrosini melengkapkan kemenangan tuan rumah dengan gol ketiga ketika perlawanan berbaki 15 minit untuk membolehkan Milan menghimpun 43 mata. Juventus menundukkan pasukan di tangga ketiga Udinese 2-1 Sabtu lalu.\rKlose pula meledak pada minit ke-88 dan 89 untuk mengumpul jaringan ke-11 liga selepas pemain tengah Brazil Hernanes membuka tirai jaringan pada minit ke-21.\r“Kemenangan ini adalah penting untuk menyemarakkan semula semangat pasukan selepas tewas dua perlawanan di Milan,” kata jurulatih Lazio, Edy Reja selepas kemenangan itu mengakhiri tiga kekalahan berturut-turut termasuk tewas kepada AC Milan 3-1 Khamis lalu. \r“Ia sangat memuaskan apabila kami berjaya memintas Inter... adakah kami cukup baik untuk menduduki tempat ketiga? Kami percaya dan akan cuba melakukan yang terdaya mungkin.” – Reuters \r\n\n\n \r
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|