|
Pembinaan lebuh raya dari Banting ke Taiping beri manfaat kontraktor kecil, sederhana\rKUMPULAN Europlus Bhd, pemilik projek Lebuhraya Pantai Barat (LPB) dari Banting, Selangor ke Taiping, Perak bernilai RM7.07 bilion, akan mula mengeluarkan tender bagi pembinaan lebuh raya itu menjelang pertengahan tahun ini.\r\n\n\n\n\rProsesnya akan bermula sebaik West Coast Expressway Sdn Bhd (WCE), iaitu anak syarikat 64.2 peratus milik Kumpulan Europlus yang dilantik kerajaan bagi melaksanakan pembinaan lebuh raya itu memuktamadkan semua terma pembiayaan dengan Kementerian Kewangan sekitar suku kedua ini.\r\r\n\n\n\n\n“Pembinaan projek LPB yang tertangguh sejak lebih sedekad itu dijangka mewujudkan kesan gandaan positif kepada sektor pembinaan tempatan, khususnya kepada kontraktor kecil dan sederhana.\r“Projek akan dilaksanakan dalam dua fasa dengan setiap fasa mengambil masa antara dua hingga tiga tahun untuk disiapkan itu sudah tentu bakal menyediakan aliran pendapatan bagi tempoh yang agak panjang bagi kontraktor yang dipilih nanti,” kata seorang penganalisis firma penyelidikan kepada Berita Harian semalam.\rBeliau berkata, fasa pertama projek itu akan membabitkan pembinaan laluan antara Tanjung Karang ke Banting dengan kerja pembinaannya dijangka bermula sama ada pada akhir suku ketiga atau awal suku keempat ini.\rFasa kedua yang akan bermula selepas selesai pembinaan fasa pertama pula, katanya akan membabitkan laluan antara Taiping ke Sabak Bernam.\r\n\n\n\r“Laluan antara Sabak Bernam ke Tanjung Karang pula akan membabitkan kerja menaik taraf jalan persekutuan sedia ada milik Jabatan Kerja Raya (JKR),” katanya sambil menambah lebuh raya baru itu akan turut memiliki sistem tol sama seperti yang terdapat di Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS).\rPenganalisis itu menjelaskan pelbagai kategori kerja akan ditawarkan projek itu meliputi kerja sivil; dan kerja infrastruktur yang merangkumi pembinaan plaza tol, jambatan, laluan tambahan dan pembinaan pusat rehat dan rawat (R&R).\r“Selain itu, peluang kerja lain yang dijangka menanti kontraktor kecil dan sederhana ialah kerja pemasangan sistem lebuh raya seperti kontrak untuk membekal, memasang, menguji dan melaksanakan sistem tol; sistem keselamatan seperti CCTV; sistem perhubungan menerusi rangkaian gentian optik dan lain lain sistem yang bersangkutan dengan pembinaan lebuh raya,” katanya.\rLPB yang bakal menjadi lebuh raya alternatif paling hampir dengan PLUS akan dibina meliputi jarak 316 kilometer (km) dengan 224km laluan bertol, manakala 92km lagi bebas tol.\rSementara itu, penganalisis berkenaan berkata, berdasarkan kepada pembentangan yang dibuat Kumpulan Europlus kepada kumpulan perbankan pelaburan sebelum ini, kadar tol yang akan dikenakan kepada pengguna LPB adalah sama dengan kadar tol PLUS, kecuali bagi tahun pertama operasinya.\rPembinaan LPB akan dilaksanakan Kumpulan Europlus menerusi konsep bina-kendali-pindah (BOT) dengan tempoh konsesi selama 60 tahun iaitu pendapatan kutipan tol akan dikongsi dengan kerajaan berdasarkan nisbah 70:30 (antara kerajaan dan WCE dalam tempoh pembayaran pinjaman) dan seterusnya dengan nisbah 30:70 (selepas pembayaran balik pinjaman dibuat sepenuhnya).\rIJM Corporation Bhd, firma yang terbabit dalam aktiviti pembinaan dan pengurusan tol, mempunyai kepentingan 20 peratus dalam Kumpulan Europlus.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|