|
HAJAT PKNS FC untuk merakam kemenangan sulung tidak kesampaian apabila sekadar seri 2-2 dengan Sabah pada aksi kelima Liga Super di Stadium MBPJ, Kelana Jaya, malam tadi.\rBiarpun selesa mendahului hasil dua jaringan penyerang import dari Perancis, Dawood Nicoise, PKNS FC terpaksa berputih mata apabila Sabah bangkit pada 20 minit terakhir menerusi jaringan Michael Baird dan gol sendiri Helmi Remeli.\r\n\n\n\n\r PKNS menguasai babak pertama tetapi gagal menghasilkan percubaan baik di depan pintu gol lawan manakala Sabah hanya sesekali mencipta gerakan menarik.\r\r\n\n\n\n\n Gol pertama PKNS FC terhasil pada minit ke-43 selepas sepakan percuma Nicoise dari jarak 25 meter gagal diselamatkan penjaga gol Sabah, Azizon Kadir.\rBersambung babak kedua, jurulatih Sabah, Justin Ganai memasukkan Bobby Gonzales bagi menambah sengat di barisan depan, sebaliknya PKNS menambah gol kedua hasil rembatan kencang Nicoise dari luar kotak penalti pada minit ke-52.\rSabah akhirnya memperoleh gol hasil tandukan Baird yang gagal diselamatkan penjaga gol PKNS, Razi Effendi Suhit pada minit ke-73 sebelum Helmi tertampan bola ke gawang sendiri selepas tandukan Shahrudin Yaakup terbias daripada palang gol pada minit ke-81 untuk jaringan penyamaan Sabahawks.\rLagi berita menarik sekitar Liga Super dan Liga Perdana 2012, dapatkan naskhah Berita Harian hari ini\r\n\n\n\r
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|