CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 269|Reply: 0

Menanti jodoh

[Copy link]
Post time 21-1-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
MERAIH pencapaian selesa dalam bidang muzik dan perniagaan belum menggerakkan hati vokalis Samsons, Bams untuk segera melepaskan status solonya.\rSelama menggeluti industri hiburan, Bams jarang dihinggapi gosip keterlaluan. \r\n\n\n\nPernah hangat dikaitkan dengan pemain sinetron, Nia Ramadhani sebelum menjalin cinta dengan Tyas Mirasih namun hubungan itu tidak menoktahkan kegembiraan seperti yang direncana Bams. \r\rJejaka berusia 28 tahun itu ini berkata, dia tidak pernah meletakkan sasaran tertentu untuk menamatkan zaman bujangnya sebaliknya menyerahkan kepada Yang Maha Esa.\r\n\n\n\n\n\rPemilik nama lengkap, Bambang Reguna Bukit ini percaya, Tuhan belum menemukannya dengan seorang wanita terbaik untuk menjadi suri hidupnya.\r“Belum ada perancangan untuk menamatkan zaman solo, malah saya tidak pernah meletakkan sasaran umur tertentu. Bukankah semua itu urusan Tuhan?\r“Saya cuma perlu percaya, jika sudah tertulis jodoh saya pasti akan bergelar suami nanti,” kata pemuda yang mencipta populariti lewat album pertama Samsons, Naluri Lelaki pada 2005.\rEnggan mengulas panjang mengenai ciri wanita yang diimpikan, cukup kata Bams, jika bakal isterinya itu seorang yang memahami dan menerima dirinya seadanya.\rSeperti lelaki lain, Bams juga meletak harapan tinggi terhadap gadis yang bakal mendampinginya kelak namun dia akur kepada ketentuan Tuhan.\r“Tidak perlu saya menggariskan kriteria wanita bagaimana yang mahu saya dampingi kerana yang memutuskan semua urusan ini adalah Tuhan.\r“Cukup saya jalani kehidupan ini seadanya kerana saya percaya, Tuhan akan menghadirkan seorang yang terbaik untuk saya panggil isteri,” katanya.\rDilihat semakin selesa menyusun langkahnya sebagai ahli perniagaan, Bams yang baru melancarkan LIO Gallery (Bistro, Bar dan Lounge) di Jalan Kemang Timur Raya, Jakarta Selatan menafikan sudah mengundur diri daripada Samsons.\rKumpulan itu kata Bams, masih wujud malah mereka sedang menyiapkan proses awal produksi album terbaru selepas kali terakhir menghadiahkan peminat dengan Penantian Hidup - Platinum Edition pada 2008.\r“Saya masih menyanyi, malah akan terus menghasilkan album baru. Cuma kami tidak mahu melakukannya separuh hati. Memang Samsons mampu menghasilkan album setiap tahun tetapi untuk apa jika hasilnya mengecewakan.\r“Saya sendiri sudah rindu untuk bekerja dengan anggota Samsons yang lain. Perancangan merakamkan album baru itu ada, cuma bila belum pasti kerana masih dalam tahap produksi,” katanya.\rBams tidak menafikan, tumpuannya dalam dunia perniagaan yang baru diceburi membuatkan fokusnya terbahagi hingga terpaksa memperlahankan sedikit aktiviti seni.\rSebagai manusia yang mementingkan kesempurnaan, Bams selesa memberikan seluruh komitmen untuk memastikan segala urusan berjalan lancar.\r“Jika mahu maju, kita harus fokus dan memberikan komitmen padu dalam setiap keputusan yang diambil. Baik ketika bersama Samsons atau menguruskan perniagaan, saya akan memberikan komitmen jita.\r“Andai nanti kesibukan bersama Samsons membataskan tumpuan saya kepada LIO, saya tidak perlu gusar kerana adik akan mengambil alih tanggungjawab itu,” katanya.\rMenolak tanggapan dia memperlahankan aktiviti seni kerana sudah bosan, Bams berkata, ruang itu dimanfaatkan untuk mencari semula kehidupan yang pernah diabaikan gara-gara kesibukan membina nama.\r“Setiap keputusan yang diambil pasti ada untung dan rugi. Mempertahankan kehadiran adalah pilihan dan kami memilih untuk memperlahankan aktiviti Samsons kerana mahu berehat serta mencari idea segar.\r“Saya tidak pernah bosan cuma ketika ini, saya ingin melakukan aktiviti yang tidak pernah berkesempatan dilakukan dulu,” katanya.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 01:34 PM GMT+8 , Processed in 0.057283 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list