CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 235|Reply: 0

‘Servis penghantar susu ibu’

[Copy link]
Post time 19-1-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Syarikat sedia khidmat penghantaran pastikan bayi dapat khasiat terbaikJAKARTA: Febby Kemala Dewi kembali bekerja di firma perakaunan Jakarta selepas tiga bulan menghabiskan cuti bersalin tetapi seperti ramai ibu baru, dia terpaksa mengimbangi kehidupan bekerja dan rumah terutama memastikan bayinya terus menyusu badan. \n\n\n\nEnggan menghentikan penyusuan badan selain tidak mampu mengepam secukupnya untuk sepanjang hari dari pagi sebelum ke tempat kerja dan sangsi memberikan bayinya selain susu segar, beliau mendapatkan perkhidmatan yang unik di Jakarta, penghantaran susu ibu menggunakan motosikal. \n\n\n\n\n“Saya perlu bekerja tetapi pada masa sama saya perlu menyusukan anak,” kata Dewi ibu kepada Ashalina Putri, lapan bulan. Perunding teknologi maklumat berusia 29 tahun itu mengepam susu badannya di pejabat di tengah Jakarta dan penghantar mengambil botol susu ketika waktu makan tengahari. Susu dimasukkan ke dalam beg tahan kedap udara dan diletakkan di dalam beg sandang sebelum penghantar menghantar susu itu dalam tempoh 45 minit hingga sejam melalui kesesakan Jakarta untuk menghantar susu kepada ibu Dewi yang mengasuh bayinya.Ekonomi Indonesia berkembang pesat di Asia selain China dan India, dengan jumlah wanita bekerja mencecah 40 juta orang pada 2009, menurut Kementerian Pembangunan Wanita. \n\n\nIni turut meningkatkan jumlah ibu bekerja. Perkhidmatan itu dilancarkan pada 2010 oleh Fikri Nauval.Pemilik perniagaan dokumen perkapalan dan kargo yang mendapat ilham daripada isterinya selepas menggunakan khidmat penghantar untuk menghantar susu badan ke rumah selepas kembali bekerja. Dia mengenakan 30,000 hingga 40,000 rupiah (RM10.25 hingga RM13.70) satu penghantaran, sambil mengesan keadaan kesesakan lalu lintas dan laluan terbaik untuk pemandu motosikal mengguna peta GPS dalam komputer. “Saya mahu membantu negara ini membina generasi lebih baik dengan membantu ibu bekerja menghantar susu badan untuk bayi di rumah,” kata Nauval, 40, yang percaya khasiat susu ibu tidak dapat digantikan dengan susu tepung. Jumlah wanita yang berbuat demikian jatuh kepada 38 peratus pada 2007, kata pakar kanak-kanak yang juga perunding susu ibu, Yulianto Santoso Kuniawan.Kebanyakan ibu menerima maklumat mempromosikan susu formula atau sampel ketika masih berada di hospital selepas bersalin tetapi Kurniawan berkata, hospital perlu mempromosi susu badan terutama bagi meningkatkan daya tahan badan bayi secara semula jadi. – Reuters

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 10:56 AM GMT+8 , Processed in 0.069246 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list