CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 223|Reply: 0

Aizat pilih muzik retro untuk album ketiga

[Copy link]
Post time 18-1-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
TERTARIK dengan melodi dan susunan muzik era 60-an dan 70-an, Aizat Amdan terdetik menghasilkan album berentak sedemikian bagi percubaan ketiganya nanti.\rBerasakan muzik terbabit kembali mendapat tempat dan diterima peminat, album itu bagaimanapun bakal diperkuatkan lirik terkini.\rIdea menampilkan kembali muzik retro tercetus selepas penyanyi yang dicalonkan dalam kategori Penyanyi Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-25 itu mendengar lagu nyanyian Allahyarham Tan Sri P Ramlee dan Datuk A Rahman Hassan. \r\r“Album ketiga nanti akan fokus kepada susunan muzik dan bunyi, malah saya akan masukkan irama lama ke dalam lagu moden kerana banyak maklum balas yang saya terima menyatakan mereka minat dengan lagu sedemikian.\r\n\n\n\n\n\r“Walaupun iramanya sederhana, tetapi saya akan hasilkan sesuatu yang menarik terutama dari segi lirik supaya ia senang diingati. Lagu sebegini tidak terlalu kompleks dan berkonsepkan light and easy,” katanya pada majlis memperkenalkan artis baru di bawah syarikatnya, Kasi Gegar Entertainment (KGE), Amir Jahari.\rAlbum yang memuatkan lebih 10 lagu terbaru itu hanya akan menjalani proses rakaman pertengahan Februari kerana studio rakamannya sedang diubahsuai. \rAizat, 23, juga merancang penerbitan album Inggeris pertamanya sebelum berangkat menyambung pengajian di United Kingdom, tahun ini. \r“Sekarang saya sibuk menulis lagu dan setakat ini sudah 16 lagu disiapkan. Tetapi tidak semua lagu itu akan dimuatkan dalam album terbaru nanti,\" katanya. Tidak hanya menumpukan kepada bidang nyanyian, KGE turut menerbitkan program televisyen berbentuk travelog, Aizat Gegar New Zealand, siaran TV9, di samping terbabit dalam filem animasi, Bola Kampung.\r\n\n\n\r“Insya-Allah lepas ini KGE akan terbabit dalam penghasilan lagu tema untuk filem atau drama, selepas filem Istanbul Aku Datang,\" ujarnya.\rSementara itu, Aizat berkata dia tertarik untuk mengambil bekas peserta Akademi Fantasia 9 dari Sarawak itu sebagai artisnya kerana bakat dimiliki penyanyi berkenaan.\r“Dia boleh bermain muzik dan mencipta lagu. Insya-Allah dia juga akan muncul bersama albumnya sendiri, di samping menghasilkan lagu untuk artis lain,” jelasnya.\rTidak berasakan Amir menumpang popularitinya, sebaliknya Aizat menegaskan, bakat baru itu mempunyai aura tersendiri dalam memperkenalkan muziknya, malah kekuatan melodi dan lagunya mampu menarik minat pendengar.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 02:05 PM GMT+8 , Processed in 0.233363 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list