CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 138|Reply: 0

Teh paling mahal dibajai najis panda

[Copy link]
Post time 15-1-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
CHENGDU: Seorang pengusaha ladang teh di China mendakwa berjaya menemui rahsia menghasilkan serbuk teh paling mahal di dunia, iaitu baja asli daripada najis beruang panda.\rAn Yanshi, 41, yang juga bekas seorang guru kaligrafi, sebelum ini membeli najis panda dari sebuah pusat pembiakan panda untuk dijadikan baja di ladang tehnya.\r\n\n\n\n\rDia berkata, daun teh pertama yang menggunakan baja najis haiwan itu yang akan dipetik awal musim panas ini, bakal menjadi serbuk teh paling mahal di dunia apabila dijual dengan harga hampir 220,000 yuan (RM109,293) bagi setiap 500 gram (g).\r\r\n\n\n\n\nPenggemar minuman teh di China menyifatkan tuaian pertama daun teh berkenaan sebagai yang terbaik manakala daun teh tuaian berikutnya akan dijual pada harga 20,000 yuan (RM9,935).\rBagaimanapun, An yang begitu teruja dengan projek barunya hingga memakai pakaian berbentuk panda ketika ditemuramah sebuah agensi berita antarabangsa, dicemuh pengkritik di negaranya kerana mendakwa ‘teh panda’ ada kelebihan yang mereka anggap keterlaluan.\rNamun, An bertegas bahawa dia benar-benar serius dengan apa yang didakwanya dan sanggup meletakkan jawatan sebagai tenaga pengajar di Universiti Sichuan untuk bergiat sepenuh masa dengan syarikat yang ditubuhkannya, Panda Tea.\r“Najis beruang panda amat kaya dengan zat galian. Ia jauh lebih baik berbanding baja kimia,” katanya.\r\n\n\n\rAn berkata, walaupun penanaman ‘teh istimewa’ di ladang seluas satu hektar mempunyai tujuan komersial, misi utamanya ialah bagi meyakinkan dunia melindungi alam sekitar dan menggantikan baja kimia dengan baja asli daripada najis haiwan sebelum terlambat.\r“Manusia perlu menjalin hubungan harmoni dengan bumi dan alam sekitar. Semua orang bertanggungjawab melindungi alam dan kehidupan mereka,” katanya.\rAn mendapat idea untuk menggunakan baja najis beruang panda selepas menghadiri satu seminar tahun lalu, apabila dimaklumkan bahawa haiwan itu hanya menyerap 30 peratus khasiat daun buluh yang dimakannya, manakala 70 peratus lagi dikeluarkan dalam bentuk najis berwarna kehijauan.\rDia juga yakin teh Panda akan mendapat sambutan hebat dan sudah mempatenkan idea itu bagi mengelak persaingan.\rDakwaan An bahawa teh Panda membantu mengurangkan berat badan dan melindungi penggemarnya daripada radiasi, bagaimanapun diperlekah beberapa laman web yang ragu mengenai dakwaannya dan harga teh itu yang terlalu mahal.\r“Jika najis beruang adalah baja yang amat baik untuk pokok teh, saya mahu bertanya kepada guru ini.\r“Mengapa anda tidak makan saja najis beruang itu. Anda boleh dapat sisa 70 peratus daripada khasiat yang dikeluarkannya,” kata seorang pelayar internet yang menggelarkan dirinya Baihuashu.\rSeorang lagi pelayar internet yang menamakan dirinya 24-0 berkata: “Harga 200,000 yuan untuk 500 gram teh yang dibaja dengan najis panda? Adakah itu untuk minum teh atau minum darah panda?”\rDi sebalik kritikan dan cemuhan itu An terus berazam untuk membesarkan perniagaannya.\r“Selepas tuaian pertama, jika mutunya benar-benar hebat, saya akan berusaha membesarkan ladang dan menanam lebih banyak pokok teh,” katanya. – Agensi\r

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 10:44 AM GMT+8 , Processed in 0.303656 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list