View: 185|Reply: 0
|
Petani, pelajar universiti merusuh
[Copy link]
|
|
Tuntut kerajaan atasi isu pengambilan tanah\rJAKARTA: Beribu-ribu petani dan pelajar universiti mengadakan tunjuk perasaan di luar bangunan Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) di Jalan Subroto menuntut kerajaan menyelesaikan masalah pengambilan tanah secara haram yang semakin berleluasa dan tindakan keganasan terhadap petani semalam.\r\n\n\n\n\rPolis cuba mengusir penunjuk perasaan dengan menyembur air tetapi mereka membalas dengan melempar batu dan kayu sambil merempuh pagar bangunan itu.\rSaksi berkata, akibat rempuhan kuat, sebahagian pagar bangunan setinggi tiga meter itu runtuh.\r\n\n\n\n\n\r“Pagar di sebelah kanan pintu utama bangunan DPR runtuh sepanjang lima meter.\r“Penunjuk perasaan cuba merempuh masuk ke dalam bangunan, bagaimanapun tindakan itu berjaya dihalang polis dan pengawal keselamatan DPR,” katanya yang enggan mendedahkan nama.\rSeorang pegawai kanan polis berkata, pihaknya menempatkan kira-kira 3,675 anggota untuk mengawal keadaan di sekitar ibu negara Indonesia itu. \rTunjuk perasaan turut diadakan di beberapa tempat lain, termasuk di hadapan Istana Merdeka, Mahkamah Agung, Majlis Permesyuaratan Rakyat dan Kementerian Dalam Negeri.\rKejadian sama berlaku di Surabaya apabila penunjuk perasaan yang marah bertindak merobohkan pagar di balai kota yang menempatkan pejabat kerajaan.\rSelain itu, 10 wakil pelajar dan petani mencari anggota DPR untuk mendapatkan tandatangan mereka.\rSetiausaha Agung Konsesi Pembaharuan Agraria (KPA) Idham Arsyad berkata, beliau berjaya mendapatkan tandatangan 11 anggota dewan daripada beberapa parti termasuk Parti Demokratik Indonesia Perjuangan (PDIP) dan Parti Hati Nurani Rakyat (Hanura). – Agensi
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|