View: 210|Reply: 0
|
Pupuk akhlak terpuji dengan kepemimpinan melalui teladan
[Copy link]
|
|
SESI persekolahan bermula semalam dan hari ini mencetuskan semula semangat baru dalam diri guru untuk memberikan bimbingan serta didikan terbaik kepada pelajar. Gagasan dan tugasan membangun akhlak umat khasnya pelajar adalah tanggungjawab besar terpikul di bahu guru.\rIa tidak dapat dilakukan dengan jayanya kecuali oleh manusia berjiwa besar dan mempunyai kualiti kemanusiaan yang tinggi. Ia harus bermula dengan melahirkan seorang insan yang dihimpunkan di dalam sebuah kelas dan dibimbing dengan sebaiknya. \r\n\n\n\n\r Pelbagai ragam dihadapi guru adalah rencam kehidupan dalam membentuk jiwa seorang manusia menjadi umat berakhlak, beriman dan bertakwa. Generasi yang ditarbiah inilah pelapis bagi pemimpin masa depan.\r\r\n\n\n\n\n Pemimpin yang mempunyai iltizam tidak berbelah bagi, semangat juang tinggi bercirikan nilai akhlak Islami, mempunyai kerohanian yang pasti serta mewarisi ciri perjuangan berteraskan petunjuk sunnah Rasulullah yang suci. \rGenerasi sebeginilah yang diharap dapat melaksanakan syariat Allah yang sebenarnya dan mampu melindungi nilai dan norma akhlak dalam masyarakat.\rGuru mempunyai fungsi mendidik generasi baru dengan akhlak Islami. Guru juga berupaya memperbaiki suasana persekolahan, mendidik dalam suasana yang lebih kondusif, mengeratkan hubungan antara ibu bapa dan guru dalam satu pasukan terpimpin serta terancang.\rBahkan guru juga perlu sentiasa memantau prestasi persekolahan pelajarnya selain mempersiapkan mereka supaya dapat memikul beban tugas bakal dihadapi, di samping melatih menilai diri sebagai seorang yang berfikiran matang serta mampu berfikir secara realistik.\r\n\n\n\rPelajar juga harus dilatih menghargai tugas dan tanggungjawab dengan cara yang bijak, lemah-lembut tanpa bersikap terburu-buru. Kepatuhan yang lahir dari rasa keinsafan dan penuh kesedaran bersandarkan didikan agama ini biasanya lebih berkesan dan mantap.\rBimbingan dan nasihat yang lemah lembut tetapi tegas lebih meninggalkan kesan dalam hati pelajar dan ia lebih mudah untuk diikuti serta dipatuhi berbanding hukuman.\rRasulullah SAW pernah menunjukkan cara terbaik dalam memberikan didikan menerusi sabda yang bermaksud: “Suruhlah anak kamu menunaikan solat ketika mereka berumur tujuh tahun dan pukullah mereka jika tetap enggan bersolat apabila umur mereka sepuluh tahun.” (Hadis riwayat Abu Daud) \rDemikianlah contoh dianjurkan Rasulullah SAW bahawa pembelajaran itu tidak dimulai dengan rotan atau hukuman. Malah ia perlu didahului dengan pelbagai cara dan pendekatan yang mampu menarik minta seseorang itu melaksanakannya.\rNasihat, perkataan baik, teguran lembut tetapi tegas adalah tindakan terbaik mentarbiah pelajar di sekolah. Jika cara itu gagal barulah dikenakan hukuman berbentuk kekerasan bertujuan semata-mata untuk mendidik, bukan mencederakan hingga menyebabkan kecacatan fizikal atau mental.\rIni sesuai firman Allah ditujukan kepada nabi dan rasul yang ditugaskan mendidik umat, yang bermaksud: “Dengan rahmat Allah kepada diri kamu itu, maka engkau hendaklah berlemah lembut menghadapi sikap mereka. Seandainya kamu berkeras hati dan (sikapmu pula) kasar, nescaya mereka akan berpaling dari sekelilingmu.” (Surah Ali-Imran, ayat 159)\rUsaha memupuk kebiasaan dan akhlak terpuji seperti melatih bersolat dan melakukan akhlak baik perlu menggunakan cara kepemimpinan melalui teladan kerana kanak-kanak dan remaja, cenderung untuk meniru idola mereka.\rSatu hakikat daripada aspek tarbiah yang menjadi lumrah di sekolah ialah murid kerap dipengaruhi oleh sifat, kebiasaan dan akhlak guru. Jika guru mempunyai akhlak yang baik, murid pasti terikut-ikut dan terpengaruh dengan akhlak itu, demikianlah juga sebaliknya.\rJika perasaan ini timbul dengan pandangan negatif, murid bukan saja memusuhi gurunya, tetapi mungkin menjangkau kepada pelajaran dan seterusnya kepada seluruh sistem persekolahan yang berkaitan dengannya.\rPermasalahan disiplin yang timbul di penghujungnya pula hendaklah dilaksanakan dengan semangat kerjasama. Guru besar, guru, murid malah ibu bapa hendaklah bersama berperanan dalam menyelesaikannya. \rIni bermakna semua peringkat harus ada permuafakatan dalam melindungi dan mempertahankan peraturan yang sudah ditetapkan bagi mewujudkan keharmonian dalam usaha membentuk generasi pelapis mampu berdaya saing dan penuh berdisiplin.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|