CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 247|Reply: 0

AIM sasar salur bantuan RM2.1 bilion

[Copy link]
Post time 3-1-2012 11:05 AM | Show all posts |Read mode
Langkah agresif dilaksana bagi melahirkan lebih ramai usahawan PKS menjelang 2015AMANAH Ikhtiar Malaysia (AIM) menyasar menyalurkan pembiayaan berjumlah RM2.1 bilion pada 2012 ini sejajar usahanya melahirkan kira-kira 100,000 usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) menjelang 2015.\rPengarah Urusannya, Datuk Zabidah Ismail, berkata sejak penubuhannya 25 tahun lalu, sekitar 20 peratus atau 49,000 daripada 294,426 peminjam AIM telah mencapai status usahawan mikro dengan menjana pendapatan lebih RM3,500 sebulan.\r\n\n\n\n\r  Katanya, pada 2012 ini, tumpuan adalah bagi membantu usahawan mikro ini untuk mengembangkan perniagaan mereka.\r\r\n\n\n\n\n  “AIM bukan saja bermatlamat mengeluarkan kalangan peminjam daripada kepompong kemiskinan, tetapi kami juga berhasrat melahirkan lebih ramai usahawan yang berjaya sehingga mencapai tahap PKS. \r“Inisiatif ini akan kami laksanakan secara agresif pada 2012 menerusi pelbagai program dan aktiviti keusahawanan yang berasaskan pengetahuan, kemahiran tinggi, inovasi dan pemasaran,” katanya kepada Berita Harian di Kuala Lumpur.\rBeliau berkata, AIM turut merancang untuk meningkatkan had pinjaman yang ditawarkannya susulan kejayaan program latihan keusahawanan serta pembiayaan yang diberikan kepada peminjam.\rPada masa ini, AIM menawarkan pembiayaan dari RM3,000 hingga RM50,000 dengan tempoh bayaran balik antara setahun hingga lima tahun, menerusi kaedah bayaran balik secara mingguan.\r\n\n\n\rZabidah berkata, setakat ini, AIM telah menyalurkan pembiayaan  berjumlah RM6.2 bilion kepada 294,426 peminjam.\rPada 2011 saja, sekitar RM1.4 bilion disalurkan bagi pelbagai aktiviti perniagaan kecil-kecilan.\r“Ketika ini, lebih 60 peratus pembiayaan disalurkan bagi sektor peruncitan, manakala 40 peratus lagi membabitkan pengeluaran produk berasaskan pertanian dan perikanan selain perkhidmatan merangkumi perniagaan seperti spa dan salun, perkhidmatan komputer, serta menjahit baju yang dijalankan secara kecil-kecilan,” katanya.\rBeliau juga berkata, sudah ada di kalangan peminjam AIM yang berjaya menembusi pasaran antarabangsa seperti Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Brunei menerusi produk ikan pekasam walaupun mereka hanya bermula dengan perniagaan secara kecil-kecilan.\rDalam pada itu, katanya AIM kini dalam perancangan menubuhkan akademi usahawan bagi melatih lebih ramai golongan miskin menceburi bidang perniagaan dan keusahawanan, seterusnya mewujudkan usahawan berdaya saing.\rKatanya, akademi berkenaan akan menyediakan latihan serta memberikan bimbingan bukan saja untuk usahawan tempatan tetapi juga dari negara di rantau Asia.\r“Kami kini masih mengenalpasti lokasi sesuai bagi akademi usahawan itu kerana memerlukan kawasan yang besar bagi menjalankan pelbagai program latihan keusahawanan ini,” katanya.\rBeliau juga berkata, AIM yang ketika ini beroperasi menerusi 106 cawangan di seluruh negara, merancang memperluaskan capaiannya dengan membuka tujuh cawangan baru tahun depan khususnya di lokasi luar bandar di Sabah, Sarawak, Johor dan Negeri Sembilan.\rKatanya, AIM menyasarkan memiliki 132 cawangan menjelang 2015.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 06:31 PM GMT+8 , Processed in 0.527366 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list