View: 26458|Reply: 27
|
Kesalahan Peribahasa: Harapkan PEGAR, Melepaskan batok, Mata Ke Ranjang dll
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by seribulan at 4-7-2012 07:08
Saya terbaca di blog ini [http://bedaduz2.blogspot.com/201 ... gar-makan-padi.html] tentang kesalahan penggunaan peribahasa bahasa melayu.
1. Antaranya ialah Harapkan PAGAR, PAGAR makan padi. Yang sebenarnya ialah Harapkan PEGAR, PEGAR makan padi. Kesilapan yang berlaku disebabkan terjemahan dari tulisan jawi (bahasa melayu yg dahulu) ke tulisan rumi.
PEGAR, adalah sejenis burung yg biasanya digunakan utk menghalau binatang perosak di sawah padi. Jadi peribahasa tersebut bertepatan dengan maksudnya yang disebenar, diharapkan burung pegar menjaga padi dari dimakan binatang perosak tetapi pegar pulak yang makan padi tuannya.
2. Yang kedua, Melepaskan BATUK ditangga. Peribahasa yang sebenar adalah Melepaskan BATOK ditangga. Kesilapan berlaku juga disebabkan penterjemahan dari ejaan jawi ke rumi.
BATOK, adalah alat yang digunakan untuk mencebok air ditepi tangga. Menurut komen di artikel tersebut, batok adalah bahasa jawa yang bermaksud TEMPURUNG. Memang batok ini diperbuat dari tempurung kelapa. Rumah kampung dulu-dulu biasa ada guri berisi air di sebelah tangga kerana mereka biasa tak pakai kasut/selipar. Jadi nak naik rumah kena basuh kaki. Jadi peribahasa Melepaskan batok ditangga bertepatan dengan kerja yang sambil lewa dan kerja hanya separuh jalan.
3. Ada komen dari pembaca membetulkan penggunaan MENJOLOK mata, yang sebenarnya MENCOLOK mata
Ayuh kita betulkan penggunaan bahasa yang betul dalam pertuturan harian demi generasi hadapan!!! |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
nice info..
cuma nak tanya utk diguna dalam penulisan, adakah peribahasa yg betul ini diterima pakai dlm DBP? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 2# bungasakura
Saya pun tak pasti, tapi bila membaca komen2 diblog tersebut ramai yang bertanya samada DBP mengambil cakna hal seperti ini atau tidak. Bagi saya ini satu kesalahan/kesilapan yang teramat serius terhadap keintelektualan bahasa Melayu. DBP seharusnya bertangungjawab untuk membetulkan kesalahan/kesilapan tersebut. Buku-buku rujukan dan teks bagi sekolah rendah dan menengah termasuk di peringkat universiti harus diperbetulkan. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 3# lowgil
oohh jika begitu peribahasa harapkan pegar, pegar makan padi itu sesuai utk DBP...(bergurau okeh)
maaf nak bertanya lagi, bagaimana penulis asal tahu kesalahan tersebut..ada rujukan ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Burung Pegar
Batok
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply 6# lowgil
oohh..saya dh baca blog tuh
tapi tak dinyatakan asal usulnya atau rujukan berpaut
di bahagian komentar ada tambahan maklumat lagi diberikan
n salah seorang dr mereka pon ada bagi link untk masuk satu blog lain ttg asal-usul bahasa
tapi sayang tak boleh access sbb utk selected readers sahaja..
newai thanks!! |
|
|
|
|
|
|
|
mencolok mata tuh mmg ada.. tp 2 peribahasa di atas baru dgr... pegar n batok... |
|
|
|
|
|
|
|
teringat dulu masa zaman sekolah...ada soalan peperiksaan pasal mencolok mata....Kalau org yang tak tau mungkin akan jawab menjolok mata..sebenarnya jawapanya mencolok mata... |
|
|
|
|
|
|
|
Dah bertahun-tahun tinggalkan sekolah, baru tahu pasal ni. Itupun ada kawan yang cerita. Padahal peribahasa 'pagar makan padi', peribahasa wajib semua orang tahu yet takde orang nak pertikaikan. |
|
|
|
|
|
|
|
kat skolah belajar yang salah la selama ini... harapkan pagar, pagar mkn padi, patut la rasa mcm x make sense peribahasa ni...dulu terpikir mcm mana pagar boleh mkn padi??... akhirnya baru ku tahu yg sebenarnya... harapkan burung pegar ni baru la boleh dicerna otak pemikiran logik ku |
|
|
|
|
|
|
|
rasanya isu ni ada masuk dalam paper kosmo ker sinar.. dbp dah jawab isu ni.. dbp xnk wat pembetulan dengan alasan kemungkinan peribahasa lama selalunya ada unsur kiasan.. nanti sy tuliskan jwapan dari pihak dbp tu..
kalau perkara ni benar seperti yg didakwa saudara rashid tu, pihak dbp kena la buat pembetulan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ayam Pegar adalah haiwan yang tergolong dalam golongan benda hidup, alam : haiwan, filum : kordata, sub-filum : bertulang belakang (vertebrata), kelas : burung. Ayam Pegar adalah haiwan berdarah panas, mempunyai sayap dan tubuh yang diselubungi bulu pelepah. Paruh Ayam Pegar tidak bergigi.
Ia makan padi, buah dan haiwan kecil.
kalaulah burung pegar ni yg dimaksudkan dalam peribahsa tersebut, baru la logik.. ingat lg masa kecik, dlam buku peribahsa bergambar, ada lukisan pagar yg bermata dan bermulut sedang makan padi |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
good info. saya pon baru tahu ni |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 13# hanasensei
sensei, bila nak bg jawapan dari dbp tu... tak terbaca pulak yg diorg dah tahu sebenarnya... kenapa taknak ubah padahal ini satu kesalahan yg serius juga utk perkembangan bahasa melayu...mmm.......... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 16# lowgil
sori2... dh lama x log in
nasib baik x buang paper kosmo tu lagi.,
ni kenyataan dbp (kosmo, 15 januari 2012)
"kontroversi kesalahan dua peribahasa lama yang didakwa disalah tafsir gara-gara kesilapan terjemahan tulisan Jawi kepada bahasa Rumi dinafikan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).
Ketua Pengarahnya, Datuk Termuzi Abdul Aziz berkata, ejaan kedua-dua peribahasa itu tidak perlu diubah seperti pendapat yang disebarkan menerusi Internet.
menurut Termuzi, ejaan bagi setiap perkataan tidak boleh diubah sewenang-wenangnya.
ejaan bahasa Melayu menggunakan sisitem pelarasan vokal antara abjad A dan U. Jadi perkataan 'batok' salah dari segi pelarasan vokal. maka kita perlu menggunakan ayat itu dengan ejaan batuk',jelasnya ketika dihubungi semalam.
.....................................
memang pegar itu bermaksud burung. secara logik, kita tidak boleh mengharapkan burung menjaga padi kerana sudah tentu burung akan makan padi.
peribahasa atau pantun di dalam bahasa Melayu kebanyakannya menggunakan kiasan. ia tidak akan menjelaskan secara terus kerana peribahasa melambangkan budaya, pandangan dan kehidupan masyarakat Melayu.
bagaimanapun, beliau bersetuju dengan makna batok iaitu alat penceduk air basuh kaki tetapi bertegas ia tetap perlu dieja batuk. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply lowgil
bagaimanapun, beliau bersetuju dengan makna batok iaitu alat penceduk air basuh kaki tetapi bertegas ia tetap perlu dieja batuk.
hanasensei Post at 13-1-2012 21:10
la dah bersetuju makna perkataan tersebut , TAPI EGO tak nak ubah... diorang ada kuasa tapi tu la... benda ni akan berlarutan mengelirukan dari generasi ke generasi,
batuk
batok
2 perkataan yg mempunyai erti yg sangat berlainan walaupun sebutannya sama. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 18# lowgil
tu lah..kalau mcm tu buang jer huruf 'o' kalau nak wat pelarasan vokal... abes tu perkataan lompat jd lumpat, dbp sepatutnya berbincang n perbetulkan, bukannya kita nk kondem pun kat dbp, lg salute ader la, sebab sentiasa perbaiki kesalahan.. kalau dah salah tu kena la perbetulkan |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 19# hanasensei
tu la org2 besar dia lebih rela pertahan EGO, padahal kalau dibetulkan mmg kita lg hormat kpd DBP
Sesuailah peribahasa Harapkan Pegar, Pegar makan padi ditujukan kepada DBP, harapkan DBP menjaga keintelektualan bahasa melayu, DBP sendiri ego untuk tidak membetulkan kesalahan.
Isu ini kalau dijadikan kajian ilmiah/thesis doctorate pun bagus ni.. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|