|
“JIKA tanya perasaan saya... saya nak Arivalagan.”\rItulah luahan hati pemenang pingat emas Sukan SEA acara karate, K Theagarajan mengenai kontrak ketua jurulatih karate negara, P Arivalagan dengan Persekutuan Karate Malaysia (MAKAF) yang bakal berakhir, esok.\r\n\n\n\n\r “Dia seorang yang bermakna dalam skuad kita kerana dia orang pertama yang menang dalam Sukan SEA iaitu pada 1987. Selepas dia keluar daripada skuad Malaysia, dia mula melahirkan anak-anak didik seperti R Puvaneswaran dan sampai sekarang Shaharudin (Jamaludin).\r\r\n\n\n\n\n “Harapan saya kalau boleh bagi dia (Arivalagan) peluang supaya terus berada dalam skuad, dia tidak patut keluarkan dan saya minta MAKAF terus kekalkan dia,” katanya, semalam.\rTheagarajan ditemui selepas menerima ganjaran penghargaan daripada Universiti Putra Malaysia (UPM) bersama tiga lagi atlit negara yang cemerlang di Sukan SEA lalu termasuk Koo Chee Zhong (wushu), S Kannathasan (4x400m) Liong Ming Chang (lawan pedang).\rPada awal tahun ini, MAKAF bersetuju menyambung semula kontrak Arivalagan selama setahun iaitu sehingga hujung tahun ini selepas menerima desakan barisan atlit senior yang tidak mahu berlatih di bawah mana-mana jurulatih selain daripada Arivalagan.\rBagaimanapun, Arivalagan dalam satu laporan akhbar sebelum ini menjelaskan dia sedia berundur dan tidak akan mengemukakan rayuan kepada pengurusan MAKAF jika khidmatnya sudah tidak diperlukan.\r\n\n\n\rTheagarajan yang mula berlatih bersama Arivalagan seawal usia 10 tahun menjelaskan walaupun masih mengharapkan kontrak Arivalagan disambung, namun dia tetap menerima apa jua keputusan yang diambil oleh MAKAF.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|