View: 132|Reply: 0
|
Firma Korea mahu buka pusat operasi
[Copy link]
|
|
POSCO E&C intai peluang bidang pembinaan di Malaysia\rPOSCO Engineering & Construction Co Ltd (POSCO E&C), salah sebuah firma pembinaan terbesar Korea akan membuka pusat operasinya di Malaysia bagi meraih peluang daripada pertumbuhan ekonomi negara ini, khususnya dalam bidang kejuruteraan pembinaan dan pengangkutan awam.\r\n\n\n\n\r Anak syarikat POSCO Group yang juga antara lima konglomerat terbesar di Korea itu mempunyai kepakaran dalam bidang teknologi kejuruteraan pembinaan, dan ia berminat untuk memindahkan kelebihan itu ke negara ini.\r\r\n\n\n\n\n POSCO E&C sebelum ini membentuk konsortium bersama Daewoo Engineering dan Asiakom untuk membida kontrak bagi melaksanakan kerja sistem projek sambungan aliran transit massa (LRT) laluan Ampang yang dianggarkan bernilai RM1.1 bilion.\rNaib Presidennya, Woo-Young Min, berkata syarikat itu kagum dengan pertumbuhan pesat ekonomi Malaysia dan melihat begitu banyak peluang yang berpotensi diraihnya di negara ini.\r“Kami bukan sekadar mahu berkembang di Malaysia, malah matlamat utama menubuhkan pusat operasi di negara ini adalah untuk memaksimumkan tenaga kerja tempatan dan memindahkan kepakaran kami kepada kontraktor di sini. Ia adalah situasi menang menang,” katanya pada taklimat media berhubung rancangan penubuhan pusat operasi syarikat itu di Kuala Lumpur, semalam.\rDifahamkan, konsortium yang disertai oleh POSCO E&C itu muncul sebagai antara calon pilihan untuk meraih kontrak kerja sistem projek sambungan LRT itu kerana ia mempunyai kelebihan dari segi pengalaman serta menawarkan untuk menggunakan Sistem Isyarat Kawalan Tren Komunikasi (CTBC) yang dibekalkan oleh syarikat Perancis, Thales Group.\r\n\n\n\rBagi kerja sistem projek sambungan LRT Kelana Jaya, kontraknya telah diberikan kepada Thales, berpandukan kepada sistemnya yang digunakan 53 projek lain di seluruh dunia.\rPada awalnya, Thales sekali lagi menjadi pilihan untuk dianugerahkan kontrak serupa bagi aliran LRT Ampang, namun bagi tujuan ketelusan, syarikat Perancis itu membuat keputusan menawarkan teknologinya kepada tiga konsortium disenaraikan pendek, termasuk yang disertai oleh POSCO E&C.\rKonsortium lain yang disenarai pendek bagi kontrak berkenaan ialah Colas/CMC Engineering dan George Kent Bhd/China Railway Samsung/LG.\rWoo berkata, meskipun kemasukan POSCO E&C ke Malaysia didorong oleh penyertaannya dalam bidaan projek sambungan LRT Ampang, ia tetap meninjau peluang dalam sektor kejuruteraan lain terutama bidang seni bina berikutan pertumbuhan pesat projek pembangunan di negara ini.\r“Jika gagal meraih kontrak LRT itu, syarikat akan tetap meneruskan rancangan (mengembangkan operasi di Malaysia),” katanya sambil menambah buat permulaan POSCO E&C akan membuka pusat operasinya di Sri Petaling, berikutan kedudukan projek LRT Ampang yang berhampiran dengan kawasan itu.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|