CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7530|Reply: 100

Tiada tapisan filem mulai 2012

[Copy link]
Post time 22-12-2011 08:32 AM | Show all posts |Read mode

utusanputrajaya@utusan.com.my

PUTRAJAYA 21 Dis. - Berkuatkuasa tahun hadapan, Lembaga Penapis Filem (LPF) tidak lagi menapis sesebuah filem sebelum ditayangkan, sebaliknya peranan tersebut akan diserahkan kepada pengarah dan penerbit filem itu sendiri.

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Mahmood Adam berkata, langkah terbaru itu diambil selepas mengambil kira pandangan daripada semua pihak yang menjayakan industri perfileman negara.

Bagaimanapun katanya, jika terdapat masalah berbangkit mengenai sesebuah filem yang ditayangkan, maka penerbit dan pengarah filem berkenaan perlu bertanggungjawab.

"Dengan kelulusan cadangan tersebut, saya harap semua pihak mengambil iktibar dan tidak mengunakan kelonggaran tersebut sebagai batu loncatan untuk memasukkan adegan-adegan yang melampau dalam sesebuah filem demi untuk mengaut keuntungan semata-mata.

"Suka saya tegaskan, mereka perlu bertanggungjawab dengan segala masalah yang timbul ekoran penerbitan filem mereka. Oleh itu mereka sendiri perlu menilai cita rasa penonton di negara ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Hala Tuju Kawalan dan Penapisan Filem di Malaysia anjuran Bahagian Kawalan Penapisan Filem dan Penguatkuasaan Kementerian Dalam Negeri di sini, hari ini.

Terdahulu Mahmood turut menyampaikan Anugerah Penggiat Filem kepada Penerbit Skop Production, Datuk Yusof Haslam, Penerbit Metrowealth (MIG), David Teo dan seorang penggiat filem dan penulis, Dr. Asiah Sarji

Menurut Mahmood, kementerian juga akan memainkan peranan untuk memberikan penerangan kepada penonton terhadap sesebuah filem mengikut genre masing-masing.

"Antara langkah yang akan diambil kementerian ialah meletakkan keterangan mengenai sesebuah filem di skrin pawagam sebelum ia ditayangkan.

"Langkah ini juga diambil demi memenuhi kehendak rakyat yang mahukan kebebasan dalam industri perfileman, tetapi rakyat jangan lupa jika ada filem barat yang ditayangkan mengandungi unsur-unsur bertentangan dengan akidah atau agama mereka perlu menilai sendiri untuk menonton atau tidak," katanya.

Sementara itu katanya, mana-mana filem yang telah menjalani proses penapisan LPF sebelum ini boleh memohon semula untuk mendapatkan kelulusan bagi ditayangkan tanpa sebarang tapisan.

"Ini bagi memastikan keadilan kepada semua pihak termasuk penerbit filem terdahulu yang terpaksa menjalani proses tapisan filem ketat sebelum ia dibenarkan untuk tayangan," katanya.

Dalam pada itu katanya, jika terdapat masalah berbangkit mengenai sesebuah filem luar negara yang dibawa untuk ditayangkan di negara ini, kementerian akan memanggil syarikat yang bertanggungjawab membawa masuk filem terbabit untuk mendapat penjelasan.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-12-2011 08:34 AM | Show all posts
masak lah lepas ni, kat malaysia ramai benor pengarah ala-ala prono. blh lah dorang praktis atas alasan tuntutan lakonan. retis pompuan blh lah syok dedah sana sini, juga atas alasan tuntutan skrip {:4_182:}
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2011 08:41 AM | Show all posts
Suka saya tegaskan, mereka perlu bertanggungjawab dengan segala masalah yang timbul ekoran penerbitan filem mereka. Oleh itu mereka sendiri perlu menilai cita rasa penonton di negara ini,"


kalau mslh timbul apa ko nak buat

klu ada penonton terjun bangunan lps tgk filem tu jd produser pn kena terjun bangunan ka

bodoh punya KSU harap jwtn dan gelaran je tinggi tp otak thp lembu kak jat.

LPF nk buat keje apa lps ni pula. ngangkang sambil layan porn ka
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2011 08:43 AM | Show all posts
ni utk filem tempatan saje or termasuk filem dr luar negara?
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2011 08:46 AM | Show all posts
"Langkah ini juga diambil demi memenuhi kehendak rakyat yang mahukan kebebasan dalam industri perfileman, tetapi rakyat jangan lupa jika ada filem barat yang ditayangkan mengandungi unsur-unsur bertentangan dengan akidah atau agama mereka perlu menilai sendiri untuk menonton atau tidak," katanya.


lps ni tgk softporn di panggung wygla
minat citer fair game lakonan cindy crawford
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2011 08:47 AM | Show all posts
habis lah lepas nie.. anak2 kecik.. adoii...  
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-12-2011 08:47 AM | Show all posts
Wah, semakin maju Malaysia. Tak caya lah.
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2011 08:50 AM | Show all posts
Baguslah. Sbb LPF selalu saja dikambinghitamkan sekiranya terdapat masalah dalam pemotongan sesebuah filem. Ada yg kata LPF terlalu strict, ada yg kata LPF terlalu longgar. Akhirnya kerajaan juga dipersalahkan. Bagi aku, ada baiknya persatuan karyawan itu sendiri yg membentuk mekanisma tertentu utk membuat penapisan filem.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-12-2011 08:55 AM | Show all posts
Ada   baiknya      gak       tak  tapis  ni...     
pengarah  bebas  berkarya    ....
masyarakat  pun   mula    risau   .....selama  ni   mengharapkan   kerajaan    ...
sekat   tu       sekat   ini   .....  pastu     tuduh    sekat  kebebasan  ler   .....
sekarang    terpulang    pada  masyarakat  ...kita   semua   ..pilih   mana      baik   dan  buruk
kita  ada   akal        fikiran      boleh  menilai    sesuatu    ......
tengok      di  negara2  barat   ...bebas   berkarya   ...   tak   jatuh  pun  nilai2  murni  ...
masyarakat   masih    tolak  sesuatu  yg   buruk   ...mcm  rasuah  ...  masih  berdisplin   ...
menghormati      org  lain.....  

madey:   sendiri  mau   ingat  ler...
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2011 08:56 AM | Show all posts
habis lah lepas nie.. anak2 kecik.. adoii...
mrsT Post at 22-12-2011 07:47

U  takleh    control   ker?

madey:  internet    sekarang    ni   pun   ...lagi  bebas   .....
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2011 08:58 AM | Show all posts
U  takleh    control   ker?

madey:  internet    sekarang    ni   pun   ...lagi  bebas   .....
mahathirGX Post at 22-12-2011 08:56


betul tuh. Kalau setakat seks, keganasan dsbnya, internet byk.
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2011 09:03 AM | Show all posts
Sebenarnya unsur2 yg tak baik dah banyak dah dalam filem kartun pun...

1)Tarzan hidup separuh bogel..

2) Cinderella balik lewat malam..

3)Pinocchio menipu memanjang..

4)Aladdin suka mencuri..

5) Batman memandu 320 km/j..

6)Superman pakai underwear kat luar..

7)Sleeping Beauty pemalas asyik tidur.. 8)

8)Snow White tinggal serumah dgn 7 lelaki..

Jadi mcm mana budak2 sekarang tak terpengaruh dgn perbuatan2 tak bermoral macam ni...Salah siapa..
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2011 09:07 AM | Show all posts
Lebih banyak lah adegan2 bogel & ranjang pas ni
Penting utk jalan cerita filem, kata pengarah
Kalau di potong terjejas jalan cerita katanya
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2011 09:07 AM | Show all posts
adakah ini bermakna, bole la buat cite isu sensitif
cth psl umno, pas, raja , sultan, agong  , melayu, islam, hindu  , komunis ?
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2011 09:10 AM | Show all posts
ada namawee heran?
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2011 09:10 AM | Show all posts
Sebenarnya unsur2 yg tak baik dah banyak dah dalam filem kartun pun...

1)Tarzan hidup separuh bog ...
highcastle Post at 22-12-2011 08:03

Semua    ko   senaraikan  tu    semua    filem  barat   .....
nak   didik     anak   dgn   filem    barat  ker?   alahai  .....   bengongnya   ...
jgn  ler     bagi  budak2   tu   tonton    filem  ker?      kartun   ker?
baik   suruh    tengok    national    geografi      ker?   history    ker  ?   tu   baru  mendidik  ....
mak  bapak     melayu     isle  ...   benggong  lagi   tolol   ....
yg  berfaedah    ada  ... bagi  tengok  yg  tadak    faedah   gak ...

madey: pilihan  di  tangan   anda  ....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-12-2011 09:13 AM | Show all posts
Semua    ko   senaraikan  tu    semua    filem  barat   .....
nak   didik     anak   dgn   filem  ...
mahathirGX Post at 22-12-2011 09:10


Perghhh... apa ke bengap kau nie.. aku nak gurau ngan member2 kat C.I. xleh ke??? Yg kau nak bawak citer nie serius apa kejadahnya......
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2011 09:15 AM | Show all posts
Lepas ni banyak la filem macam filem seram indon.Boleh import pelakon porn jepun.
Yeahhhh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-12-2011 09:15 AM | Show all posts
lepas ni kalu nak tgk citer melayu kat wayang kena selektif lah ye ( macam lah aku gi sokmo tgk citer melayu kat wayang nun {:4_500:})
anak aku curi2 tgk citer maharaja lawak bo*** tu pun aku dah angin sbb dia ikut lawak kurang ajar tu!
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2011 09:17 AM | Show all posts
Post Last Edit by Muntz at 22-12-2011 09:19
lps ni tgk softporn di panggung wygla
minat citer fair game lakonan cindy crawford :lol ...
alzan Post at 22-12-2011 08:46



    Aku nak tengok cerita Deep Throat lakonan Linda Lovelace.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 01:38 PM GMT+8 , Processed in 0.090577 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list