CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 16226|Reply: 66

nama anak anak kita....

[Copy link]
Post time 20-12-2011 02:59 PM | Show all posts |Read mode
salam semua....
nk tnya...td ada dgr ceramah ustaz sharhan berkenaan nama2 anak ni..nama anak2 yg digemari oleh jin...salah satu nama ada nama anak aku.....wa.....

so apa pendapat korang yg dh terbubuh nama anak korang dgn nama yg ustaz tu sebut..antaranya nama balqis..qistina, najwa, zakuan, batrisya, erisya....

kalu korang ada terbuh nama ni ke anak korang then korang slalu panggil anak korang dgn nama tu..cmner ek perangai2 mereka....

ni link ceramah tu..http://www.youtube.com/watch?v=-xlBtu2OCYM&feature=youtu.be



mod: taktau nk buh kat mana..kalu dh ada topik ni..minta link plis...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-12-2011 04:09 PM | Show all posts
tebace komen kt youtube tu

Sya baru sahaja menghubungi Dato' Dr Haron Din berkenaan nama-nama yang dikatakan anak JIN, beliau MENOLAKNYA dan juga menggunakan ayat 65 surah an-Naml menolak pengalaman tertentu sesiapa jua yg mengatakan nama2 tertntu boleh membawa penyakit misteri. Cuma hanya ada nama JIN yg disebut di dalam hadis shj yag elok tidak digunakan spt Azazil, Wiswas, Khannas, Murrah, Harb, Soba & brbp yg lain disebut dlm hadis, Itupun tidak sohih jika guna maka akan kena sakit misteri. Ia bercanggah dgn Al-quran.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2011 04:16 PM | Show all posts
Oooo... ye ke
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2011 04:19 PM | Show all posts
Ust Zaharuddin da komen tentang ni suruh jangan percaya benda ni. Bleh gugur akidah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-12-2011 04:21 PM | Show all posts
tebace komen kt youtube tu

Sya baru sahaja menghubungi Dato' Dr Haron Din berkenaan nama-nama yan ...
Loloq89 Post at 20-12-2011 16:09



   komen dr haron din tu sy baca gk..tp bila dgr bideo tu jd confuis..pdhal nama tu ada makna....
tp nama tu ikut kajian yg ustaz tu buatla....

tu yg nk tnya ni....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-12-2011 04:23 PM | Show all posts
Ust Zaharuddin da komen tentang ni suruh jangan percaya benda ni. Bleh gugur akidah.
aLieNzDaToR Post at 20-12-2011 16:19



   bkn pecaya..cuma konpius....nk panggil pon jd konpius..seb bek anak ada dua nama...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-12-2011 06:12 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2011 07:00 PM | Show all posts
i tengok pagi tu rancangan  tu - ada kan seorang wanita bernama Balqis yg call ustraz tu cakap : saya nama balqis dan dah ada PhD pun sekarang

so macam ni lah

kalau quran dan hadith tak make it an issue , dan kita tahu nama  itu suatu doa, kan?
so...what is the fuss? atau halnya

dan saya percaya  dan amat percaya yg ALLAH itu MAHA ADIL dan BIJAKSANA....

ujian dia bagi  tu bukan berasional asbab yg  ntah ape ape .. kalau nama je kena uji memacam  well...kita kan percaya Ar Rahman dan Ar Rahim...


so apa pulal dengab ber tan tan umat Muhammad yg  nama saja cantik perangai ya rabbi , dok kat serenti pulak tu ?


Nama saja elok but then  well...berkecimpung dalam  hal hal yg menimbulkan fitnah , dosa etc etc
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-12-2011 07:01 PM | Show all posts
bagila nama yg baik , simple, mudah dipanggil dengan nama penuh terus ...
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2011 08:43 PM | Show all posts
Post Last Edit by permisi at 20-12-2011 20:46

ALLAH ada wali dari kalangan manusia

iblis pun ada wali dari kalangan manusia

ALLAH Maha Adil

tapi antara wali ALLAH dgn wali syaitan mana lebih ramai?
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2011 08:50 PM | Show all posts
Elok tubuh persatuan Ostaz Ostaz...Supaya bila menyampai sesuatu Biarlah Shohih ...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2011 02:16 AM | Show all posts
Menamakan nama anak dengan nama yang baik merupakan satu sunnah Nabi . Sebagai contoh, cucu-cucu Nabi diberi nama Hasan dan Husein. Termasuklah nama  ‘Abdu’ yang digabungkan dengan nama-nama Allah seperti Abdullah, Abdul Rahman Abdul Hadi, Abdul Ghani dsb. Begitu juga nama-nama para Nabi; Adam, Daud, Ibrahim dan juga nama-nama para sahabat. Sunnahnya adalah memberi nama anak dengan nama yang baik. Di dalam sebuah hadith ada menyebut bahawa Nabi bersabda : “Sesungguhnya kamu dipanggil pada Hari Kiamat dengan nama kamu dan nama bapa kamu, dari itu elokkanlah nama-nama kamu.” (Hadith riwayat Abu Daud dan Ahmad).

Sebagai Muslim kita percaya kepada hari kebangkitan atau hari akhirat. Sesungguhnya nama diberikan kepada anak di dunia kekal digunakan di akhirat. Setiap anak Adam dibangkitkan dan dipanggil dengan nama seperti nama di dunia.

Pemilihan nama anak secara tidak langsung melambangkan identiti ibu bapa. Ibu bapa bertanggungjawab memilih nama anak mereka dengan penuh teliti dan berhemah. Nama yang baik adalah doa dan harapan ibu bapa kepada anak mereka. Dengan memberikan nama yang baik, ia  mencerminkan niat suci ibu bapa supaya anaknya menjadi manusia yang baik seperti tersirat di sebalik namanya. Sebaliknya, nama yang bermaksud buruk diumpamakan seperti sumpahan. Nama buruk mencemarkan taraf kedudukan manusia sebagai makhluk paling mulia di muka bumi. Setiap ibu bapa ingin melihat permata hati mereka membesar dan hidup dalam baik, berjaya dan selamat. Permulaan hasrat itu perlu dilakukan dengan memilih nama yang baik. Nama dapat memberi pengaruh terhadap orang yang diberi nama. Memilih nama baik untuk diberikan kepada anak adalah kewajipan ibu bapa.

Rasulullah pernah ditanya oleh seorang sahabat mengenai kewajipannya sebagai ayah. Lalu Rasulullah menjawab dengan sabda bermaksud: ‘Hendaklah kamu memperelokkan namanya, didik dan asuhlah dia serta letakkan dia di tempat sebaik-baiknya.’ (Hadis riwayat at-Tausi).

Proses memberi nama anak perlu dilakukan sebaik mungkin mengikut garis panduan yang diberikan Islam. Jangan pakai ikut suka hati meniru pengaruh Barat. Kini semakin ramai ibu bapa tertarik dengan nama berbau kebaratan yang didakwa lebih moden dan sedap. Pada zaman Rasulullah, ramai sahabat mempunyai nama yang tidak elok maknanya. Nama buruk itu dipilih oleh ibu bapa ketika zaman jahiliah lagi yang tidak peduli soal pemilihan nama untuk anak. Justeru, Rasulullah mencadangkan nama baru untuk menggantikannya. Diceritakan oleh Aisyah seperti diriwayatkan Tarmizi, bahawa Rasulullah biasa mengubah nama yang tidak baik kepada nama yang baik.

Malah nama baik juga diberikan Rasulullah kepada nama tempat atau bandar. Rasulullah pernah menukarkan nama anak perempuan Umar al-Khattab daripada Ashiyah yang bermaksud penderhaka kepada Jamilah bererti cantik.

Diriwayatkan juga pernah Rasulullah menukar seorang bernama Hazan (duka cita) kepada nama Sahel yang bermaksud mudah. Namun pemuda itu tidak mahu menukarkan nama diberikan bapanya itu. Akibatnya, dia sendiri mengakui perasaan duka cita tidak pernah lekang daripada dirinya.

Ketika Rasulullah tiba di Madinah, nama tempat itu ialah Yathrib yang bermakna ‘keburukan’. Lantas, Rasulullah menyatakan kepada penduduknya agar ditukar kepada nama baru iaitu Madinah yang membawa makna ‘yang indah’. Jika nama tempat pun tidak boleh di namakan dengan nama buruk, tentulah lebih lagi kepada manusia. Maruah manusia banyak bergantung kepada namanya. Penggunaan nama baik lambang betapa Islam amat mementingkan kepada imej baik. Nama baik diharapkan memberikan kesan jiwa atau rohani kepada pemilik nama untuk berkelakuan baik seperti namanya.
Pendapat lain mengatakan nama bayi perlu diberikan pada hari ketujuh selepas kelahirannya. Hujah ini berdasarkan kepada hadis yang menyebut setiap anak bergantung kepada akikahnya, disembelihkan untuknya pada hari ketujuh kelahirannya dan dinamakan serta dicukur kepalanya.

Pemilihan nama anak mestilah indah disebut dan membawa makna yang baik. Maksud indah ialah senang disebut, mudah diingati dan ringkas. Nama itu hendaklah melambangkan nama yang biasa digunakan orang Islam. Nama yang biasa digunakan orang kafir sebagai melambangkan agama mereka hendaklah dielakkan. Sesetengah ulama mengharamkan penggunaan nama yang jelas melambangkan penganut agama lain. Namun, nama orang Islam tidak semestinya dalam bahasa Arab seperti yang difahami sesetengah orang. Bagaimanapun, lebih elok jika nama yang dipilih untuk anak dirujuk maknanya mengikut bahasa Arab. Ia penting bagi mengelak makna buruk dalam bahasa Arab. Didapati banyak nama Melayu apabila diterjemahkan ke dalam bahasa Arab mempunyai makna buruk dan mengaibkan, biarpun amat baik bunyinya dalam sebutan Melayu.

Nama binatang, perbuatan buruk, maksud buruk dan nama berhala banyak dinamakan kepada anak tanpa diketahui maksudnya oleh ibu bapa ketika menamakan anak mereka. Nama dalam bahasa Arab hendaklah dieja dan disebut betul-betul. Tambahan atau tertinggal satu huruf membawa makna berbeza. Justeru, elok jika dirujuk dahulu kepada pakar bahasa Arab bagi mendapatkan ejaan dan sebutan tepat nama untuk mengelak salah makna. Sekarang ini ramai ibu bapa yang sengaja menambah huruf kepada ejaan nama anak supaya kelihatan agak pelik dan panjang. Penambahan huruf q, e, y, f dan z banyak dilakukan kepada nama kerana dikatakan menarik. Banyak masalah timbul akibatnya.

Pemilihan nama anak juga perlu menunjukkan perbezaan jantina. Pemilihan nama anak lelaki dengan nama melambangkan anak perempuan adalah tindakan mengaibkan anak. Anak akan berdepan dengan masalah pengenalan identiti jantina. Biarpun dalam masyarakat Islam di Malaysia penggunaan bin dan binti untuk membezakan lelaki dan perempuan, penggunaannya hanya digunakan dalam urusan rasmi atau ketika nama ditulis, sedangkan ketika panggilan harian tidak disebut bin atau binti.
Islam menegah sama sekali ibu bapa melakukan sesuatu yang mengaibkan anak. Hanya ibu bapa tidak senonoh memilih nama tidak baik untuk anaknya.

Nama Allah berjumlah 99 juga perlu dihindari daripada diberikan kepada anak. Nama itu hanya tertentu untuk Allah. Dijelaskan bahawa Rasulullah pernah menukarkan nama seorang sahabat yang digelarkan Abul Hakam kepada Abu Syuraih. Nama Abul Hakam seperti nama Allah al-Hakam yang bermaksud terserah kepada-Nya segala hukum. Nama yang boleh menimbulkan rasa sombong juga ditegah diberikan kepada anak. Ini berdasarkan kepada kisah Rasulullah yang bertemu seorang wanita bernama ‘Barrah’ bererti ‘Yang selalu berbuat baik’. Lantas Rasulullah memanggil nama wanita itu Juwairiyah.
Ibu bapa juga dinasihatkan mengelak daripada menggunakan nama panjang yang mengandungi gabungan beberapa nama. Ia biasanya berlaku apabila ibu dan bapa tidak sepakat memilih nama terbaik. Ibu dan bapa perlu bertolak ansur untuk menentukan nama bagi anak yang baru dilahirkan. Bersabarlah, nama pilihan masing-masing boleh digunakan kepada anak seterusnya.

Islam tidak membenarkan penggunaan nama yang mendatangkan masalah untuk disebut dan diingati. Pemilihan nama panjang membuktikan kecelaruan fikiran ibu bapa dalam memilih nama anak. Soal memilih nama anak bukan perkara mudah. Berilah nama yang terbaik dan menggembirakan anak apabila dewasa nanti. Ada anak berusaha menukar nama selepas menyedari masalah timbul akibat nama yang diberikan oleh ibu bapa.


INGAT
1.   Nama diberikan kepada anak di dunia kekal digunakan di akhirat.

2.    Ibu bapa bertanggungjawab memilih nama anak dengan penuh teliti dan berhemah.

3.     Islam menegah sama sekali ibu bapa melakukan sesuatu yang mengaibkan anak.

4.     Ada nama Melayu diterjemahkan ke bahasa Arab mempunyai makna buruk dan memalukan.

5.     Nama baik boleh memberikan kesan jiwa atau rohani kepada pemilik nama untuk berkelakuan baik seperti namanya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-12-2011 11:12 AM | Show all posts
so..keputusannya xpe kan nama tu..agpon ada makna...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-12-2011 11:14 AM | Show all posts
i tengok pagi tu rancangan  tu - ada kan seorang wanita bernama Balqis yg call ustraz tu cakap : say ...
mbhcsf Post at 20-12-2011 19:00



   er..apa jawapan ustaz tu? nama balqis kan nama isteri nabi sulaiman....rasa mcm elok je nama tu....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-12-2011 11:15 AM | Show all posts
bagila nama yg baik , simple, mudah dipanggil dengan nama penuh terus ...
mbhcsf Post at 20-12-2011 19:01



   nama anak sy nur aisyah qistina..sy panggil dia nur aisyah....
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2011 11:30 AM | Show all posts
nama anak sy nur aisyah qistina..sy panggil dia nur aisyah....
kurmasafia Post at 21-12-2011 11:15



    well...anak saye kan esok name safiyyah  dan tariq je...cewahhh nama je bukan ada anak pun ,.

i ade anak mata , tekak,  etc ...anak manusia tarak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-12-2011 11:33 AM | Show all posts
nama possum tak comel , ke?
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2011 12:22 PM | Show all posts
kat ujung tu dia promo compilation buku nama2 yg dia tulis....dah sort kot, takde nama anak jin dah...so npk intention dia kt situ..
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2011 12:26 PM | Show all posts
Jins samsudin...

Ooi Eow JIn...

Jeanne bini pak lah...( disebut jin kan, bukan jane kan?)
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2011 01:24 PM | Show all posts
nama mak bapak jin sape...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 12:19 PM GMT+8 , Processed in 0.076882 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list