CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14995|Reply: 93

Tomok Terkilan Dgn Laporan Wartawan Utusan

[Copy link]
Post time 19-12-2011 06:10 PM | Show all posts |Read mode
Tomok Terkilan Dengan Laporan Akhbar

Tersiar di muka tengah sisipan Pancaindera, Mingguan Malaysia hari ini yang mengulas tentang Konsert Semangat Inspirasi yang  berlangsung di empat lokasi minggu lalu. Dalam ruangan tersebut, penulis telah mengulas tentang rasional pemilihan Tomok untuk terlibat dalam konsert tersebut.

Menerusi laman sosial Twitter milik Tomok, juara program realiti One In A Million itu meluahkan kekecewaannya terhadap penulis dan artikel tersebut.

“Saya agak terkilan dengan laporan akhbar tersebut yang mengatakan “Di mana inspirasi untuk golongan muda dari konsert ini? Kejayaan Tomok? Apa kejayaan luar biasa Tomok? Adakah Tomok layak untuk menjadi inspirasi untuk membangunkan golongan muda?” ulas Tomok.

Tambahnya lagi, “Saya rasa penulis tersebut merupakan seorang wartawan yang baru berjinak-jinak dalam dunia seni. Dari awal kempen sebenarnya kerap kali pihak Coca-Cola dan Media Prima memberitahu tentang mengapa mereka memilih saya. Jangan menilai dari hari konsert itu sahaja. Bagi saya konsert itu berjaya dan banyak maklumat yang diberikan tentang semangat dan bukan hiburan semata-mata. Adakah penulis itu melihat perjalanan “Buka Semangat” saya di siding media yang telah berlangsung, program Quickie 8TV, Chop!, Melodi, stesen radio Hot FM dan media-media lain? Saya rasa tidak!” ulas Tomok panjang lebar.

Tambah Tomok lagi, “Penulis tersebut jelas tidak mengetahui sejarah perjalanan kerjaya saya, perjalanan seni saya. Saya sedar tidak ada anugerah yang pernah saya terima, saya semenangnya tidak hebat mana tetapi cinta saya kepada muzik lebih dari segalanya.”

Harapan Tomok cuma satu, “Saya berharap di masa akan datang, setiap penulis lebih-lebih lagi wartawan menulislah sesuatu yang biarlah pasti, bukan sekadar memberi ulasan yang bersifat peribadi.” ujar Tomok mengakhiri kenyataannya di laman sosial Twitter di @tomok_nb_oiam.



*********************************



Ni artikel kt pancaindera tuh...


Mana inspirasi di konsert semangat inspirasi?

KONSERT Semangat Inspirasi adalah konsert gergasi yang diadakan di empat lokasi iaitu Bukit Kiara Equestrian Indoor Arena, Kuala Lumpur, Times Square (Pulau Pinang), Kompleks Pasir Gudang, Johor Bharu (Johor) dan Padang Merdeka, Kota Kinabalu (Sabah) secara serentak Ahad lalu.

Konsert yang diadakan di Bukit Kiara Kuala Lumpur diberi keutamaan dan disiarkan secara langsung di TV3 sementara konsert di tiga tempat lagi diselitkan dalam siaran langsung ini.

Konsep di empat lokasi serentak itu kelihatan unik. Konsert yang sama pernah diadakan tahun 2008 tetapi pada tahun ini diadakan dalam skala yang lebih besar dan hebat.

Ini juga buat pertama kali TV3 dan Coca Cola menganjurkan kempen Buka Coca-Cola, Buka Semangat. Kempen ini untuk memberi inspirasi dan membangkitkan semangat golongan muda mencapai kecemerlangan melalui bahasa muzik yang sejagat. Ia juga bertujuan meniupkan semangat baru terutama di kalangan muda untuk melakar kehidupan mereka dengan mengangkat Tomok, vokalis kumpulan New Boyz sebagai contoh terbaik belia lantaran tak pernah mengenal erti putus asa untuk bergelar anak seni. Masa silam juara One In A Million musim ketiga (OIAM3) ini juga dijadikan sumber inspirasi kepada belia untuk terus berusaha menggapai cita-cita.

Matlamat konsert

Walaupun konsert ini menonjolkan tema untuk memberi inspirasi kepada golongan muda, tetapi hasilnya adalah konsert hiburan biasa. Tidak ada yang boleh dijadikan inspirasi dan judul Semangat Inspirasi itu tidak lebih sebagai slogan.

Di mana inspirasi untuk golongan muda dari konsert ini? Kejayaan Tomok? Apa kejayaan luar biasa Tomok? Adakah Tomok layak menjadi inspirasi untuk membangunkan golongan muda? Keempat-empat konsert ini sebenarnya adalah konsert hiburan biasa tetapi diadakan serentak di tempat berbeza. Memang benar muzik adalah bahasa sejagat tetapi muzik yang bagaimana pula yang boleh membangkitkan inspirasi? Pengisian konsert ini hanya dengan lagu dan penonton juga hanya mendapat hiburan, tidak lebih daripada itu.

Tiada pengisian yang membolehkan penonton mendapat inspirasi.

Semua yang datang t hanya sekadar berhibur atau berterima kasih kepada penaja yang memberikan mereka hadiah berupa baju T, belon atau sebagainya.

Sedangkan, apa yang jelas kedengaran adalah pekikan penonton setiap kali pengacara meminta untuk berbuat sedemikian. Ini untuk menjadikan rakaman konsert ini mampu memberi kehangatan kepada penonton televisyen. Penonton pun terkinja-kinja kerana terlampau seronok apabila melihat artis kegemaran mereka membuat persembahan di atas pentas.

Konsert Semangat Inspirasi secara percuma kali ini agak lembab kerana di Bukit Kiara Equestrian Indoor Arena misalnya hanya ditonton oleh kira-kira 1,000 orang sahaja. Mengapa tidak ramai yang datang ke konsert Semangat Inspirasi di situ?

Penerbit Eksekutif Primeworks Studios, Muhamad Sufian Che Isa berkata, ini mungkin disebabkan ini adalah kali pertama TV3 menganjurkan konsert di situ kerana mahu tempat tertutup di atas faktor cuaca tidak menentu.

“ Selalunya kami memilih ruang terbuka seperti di Stadium Bukit Jalil. ungkin tempat itu ramai yang tak biasa menyebabkan pengunjung tak ramai,” katanya ketika dihubungi Rabu lalu.

Ditanya adakah dia berpuas hati dengan penganjuran konsert tersebut, Muhamad Sufian berkata dia berpuas hati.

“Secara keseluruhan konsert ini berjaya mengumpulkan kira-kira 30,000 pengunjung empat lokasi apabila persembahan dan di Sabah paling meriah.

“Konsert Semangat Inspirasi adalah titik permulaan bagi kami untuk meneruskan kempen Buka Coca-Cola, Buka Semangat’,” jelasnya lagi.

Jadi, di mana terletaknya semangat buat golongan muda selepas kempen itu terlaksana?

Kata Muhamad Sufian, ia terletak pada matlamat utama program yang disalurkan menerusi semangat lagu Buka Semangat oleh Tomok dan kumpulan indie dari Britain, One Night Only.

“Ia adalah satu peringatan kepada golongan belia bahawa apa juga boleh dicapai jika mereka meletakkan semangat dan tumpuan menjadi satu kenyataan,” tegas Muhamad Sufian.

Pada masa yang sama, pihaknya juga merasakan bahawa konsert yang bersifat serampang dua mata itu adalah sebagai permulaan buat TV3 terus memperbaiki mutu siaran dan kandungan rancangan agar sentiasa menjadi saluran pilihan pada tahun 2012.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-12-2011 06:12 PM | Show all posts
Meraung - New Boyz
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2011 06:12 PM | Show all posts
tomok xnak update status  gak ke
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2011 06:17 PM | Show all posts
sape peknen sekarang neh?? tomok ker minik die??
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2011 06:52 PM | Show all posts
sape name reporter tu?
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2011 07:08 PM | Show all posts
'inspirasi' ni nk bagi sedap dgr je.... mana nk dpt inspirasi dgn p konsert dah la tempat setan dok berpesta...inspirasi la sgt.... wartawan pun sama nak 'gali' maksud inspirasi tu buat apa.... just enjoy the show dah la... bukan x tau konsert utk promosi product je pun.... business je semua ni...

Walaupun konsert ini menonjolkan tema untuk memberi inspirasi kepada golongan muda, tetapi hasilnya adalah konsert hiburan biasa. Tidak ada yang boleh dijadikan inspirasi dan judul Semangat Inspirasi itu tidak lebih sebagai slogan.



pelik gak wartawan ni takkan gi konsert tu dgn harapan ada pengisian? nk expect apa dari pesta hiburan ni....
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 19-12-2011 07:21 PM | Show all posts
Reply 5# Parit.Hilton

Nama wartwan tu Amirah..
Wartwan sama yg Abby Abadi bengang tuh..
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2011 08:35 PM | Show all posts
sian plak tomok..klu tak bg inspirasi pun ce tgk gak la..die ni mana ada sgt kontrobesi...kira bg inspirasi gak tue....sempit betul akal wartawan ni...asal inspirasi je yg menang award besar2..hebat2...otai2...boleh tak klu aku cakap wartawan ni mmg ngok.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-12-2011 08:36 PM | Show all posts
biasa la bila wartawan tahap pelacur jalanan wat story...otak letak kt celah kangkang...jdla story mcm tu...
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2011 08:48 PM | Show all posts
wartawan utusan mmg cmtu. hampas!
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2011 08:48 PM | Show all posts
wartawan utusan mmg cmtu. hampas!
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2011 08:51 PM | Show all posts
alooo cedeyhnye tomok....
heeee~
#troll

Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2011 08:53 PM | Show all posts
ramai retis skrg ni yang dah bersuara

tahniah....

ingat, wartawan bukan punca rezeki retis.... lagi2 reporter bangang mcm ju.bor tu
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2011 09:06 PM | Show all posts
wartawan bangang tu lagi..anak didiik jubir la kot
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2011 09:51 PM | Show all posts
Ok apa  Si  tomok ni jd salah satu sumber inspirasi? Artis lain belum tentu LG 'sebersih' tomok nih...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-12-2011 10:01 PM | Show all posts
Wartawan ni sebenarnya nak condemn konsert ni yg tak capai matlamat..
Tapi silapnya dia pergi condemn Tomok sekali..
Haruslah Tomok sentap. Bukan dia yg lantik diri dia sendiri pun..
Patutnya wartwn tu fokus kritik pasal tujuan konsert ni jah..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-12-2011 10:02 PM | Show all posts
Marah bukan sifatku
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2011 10:13 PM | Show all posts
...bagus jawapan tomok....layan gak tomok nyanyi time oiam dulu...hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2011 10:15 PM | Show all posts
Reply  Parit.Hilton

Nama wartwan tu Amirah..
Wartwan sama yg Abby Abadi bengang tuh..
Orion Post at 19-12-2011 19:21


wartawan tu mmg tgh carik populariti
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2011 10:16 PM | Show all posts
tomok {:4_181:}
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 01:17 PM GMT+8 , Processed in 0.070422 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list