CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2169|Reply: 24

cemburu buta kesudahannya dalam longkang

[Copy link]
Post time 12-12-2011 09:01 AM | Show all posts |Read mode
KAJANG: Akibat cemburu buta, seorang peniaga  menerima lapan jahitan di kepala selain lebam dan bengkak di seluruh badan selepas dibelasah lebih 20 lelaki di gerai makan miliknya sebelum ditinggalkan dalam longkang beberapa meter dari tempat kejadian di Taman Kajang Mewah, di sini, Ahad minggu lalu.
  Dalam kejadian jam 10 malam itu,  Mohammad Hanapiah, 49,   sedang berniaga bersama anak lelakinya berusia 24 tahun sebelum didatangi kumpulan suspek terbabit.

    Mohammad ketika ditemui semalam berkata, dia tidak menyangka kumpulan lelaki   berlagak seperti pelanggan itu tiba-tiba bangun dan mengejarnya selepas menerima isyarat tertentu sebelum membelasahnya.
  “Ada antara penyerang itu membawa parang serta kapak dan menetak kepala saya tanpa belas kasihan walaupun sudah tersungkur atas tanah.

  “Lebih menyedihkan, mereka menengking dan menuduh saya meniduri isteri seorang daripada mereka di depan pelanggan dan orang ramai,” katanya.

  Menurutnya, salah faham itu berlaku selepas dia yang juga pengerusi Pertubuhan Pengusaha Kios Melayu (PPKM) Hulu Langat cuba membantu isteri lelaki berkenaan mengenai hal perniagaan  sebulan lalu.


    Bagaimanapun, katanya, dia hanya menjalankan tanggungjawabnya sebagai pengerusi pertubuhan itu dan tidak menjalin   hubungan sulit dengan wanita terbabit.

  “Saya tidak faham mengapa dia menuduh saya menjalin hubungan sulit dengan isterinya sedangkan dia tahu kami hanya berhubung atas dasar  perniagaan.

  “Sedangkan berjumpa berdua dengan isterinya   saya tidak pernah, inikan pula menjalin hubungan sulit,” katanya.

  Menurutnya, dia pernah menemui suspek   dan isterinya sebulan lalu bagi meleraikan salah faham itu dan menyangka  masalah itu sudah selesai selepas saling bermaafan ketika itu.

  Mohammad berkata, tindakan suspek menghantar samseng  memukul dan memalukannya di khalayak ramai seperti itu keterlaluan.

  “Kumpulan samseng itu bukan saja membelasah saya hingga separuh mati, malah  turut melarikan wang hasil perniagaan saya   RM1,600 serta dua telefon bimbit dan dompet  saya,” katanya.

  Sementara itu, isteri suspek dikenali sebagai Miza, 34, ketika dihubungi berkata, dia tidak pernah menjalin  hubungan terlarang dengan mangsa.

   “Hubungan antara kami  hanya atas dasar pengerusi dan ahli pertubuhan, tidak lebih daripada itu. Mungkin berlaku salah faham antara suami saya dan mangsa, namun saya sangka semuanya selesai sebulan lalu,” katanya.

  Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan berkata, siasatan lanjut masih dijalankan.


p/s: kesian kat pakcik nih...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-12-2011 10:38 AM | Show all posts
kesian....
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2011 10:40 AM | Show all posts
nak wat lagu mana...
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2011 10:43 AM | Show all posts
tak pasal2 ke dalam lak si pencemburu buta tu
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2011 10:43 AM | Show all posts
Dah lah kena pukul kena rompak pula.
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2011 10:47 AM | Show all posts
ni bukannya cemburu buta... ni namanya cemburu x bertempat.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-12-2011 10:49 AM | Show all posts
ini lah bukti kesyumulan agama islam yg suka kan keganasan.
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2011 11:01 AM | Show all posts
bingai nye suami...cemburu tak tentu pasal..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-12-2011 11:34 AM | Show all posts
susah kalau ada wabak cemburu nih....
apa yg dia tahu cemburu jea...hati  sentiasa x mempercayai ....
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2011 11:55 AM | Show all posts
motif utama rompakan ke cemburu? saje2 debik orang pastu buat2 konon member tu kacau bini org..
yang suke bawak geng ramai2 pukul org ni klik kelate...tu kalu yg dewasa la...
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2011 12:21 PM | Show all posts
kenapa bini dia sampai perlu orang lain untuk berbincang tentang hal2 perniagaan.... kenapa bini dia sampai perlu berniaga.... anya rasa laki dia nih jenis tak bekeja mengharapkan bini...
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2011 12:28 PM | Show all posts
kenapa bini dia sampai perlu orang lain untuk berbincang tentang hal2 perniagaan.... kenapa bini dia ...
~anya~ Post at 12-12-2011 12:21



    Yup....
Kenapa masa nak berbincang tak bawak suami?....
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2011 12:34 PM | Show all posts
Yup....
Kenapa masa nak berbincang tak bawak suami?....
jazaa Post at 12-12-2011 12:28



    kan... dah boleh agak laki jenis macam mana kalau siap ada geng2 kaki pukul gini....
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2011 01:40 PM | Show all posts
sesuka je tuduh2 org..
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2011 01:43 PM | Show all posts
kill kill die die...baru tony zachia
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2011 01:45 PM | Show all posts
antara orang yg xdapat menggunakan akal dgn sebaiknya...
cemburu xkira jantina....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-12-2011 01:47 PM | Show all posts
cemburu itu buta..buta itu tak nampak...tak nmpak itu buta la
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2011 01:48 PM | Show all posts
biase lelaki bawa geng pukul orang smpai 20 vs 1 tu jenis lelaki pengecut..
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2011 01:50 PM | Show all posts
ni musti geng2 PERKASA
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2011 02:15 PM | Show all posts
tolong org dia lak mkn diri....
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 10:14 AM GMT+8 , Processed in 0.143733 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list