View: 138|Reply: 0
|
'Woods juara, tabung penuh'
[Copy link]
|
|
Saya harap Tiger menang, hasil kemenangan bantu Yayasan Tiger Woods: McLaughlin\rTHOUSAND OAKS (California, Amerika Syarikat): Greg McLaughlin, pengarah kejohanan Cabaran Dunia Chevron, berdiri berhampiran kotak tee pertama sebelum pusingan akhir bermula apabila ditanya apa yang bermain di fikirannya ketika itu.\r\n\n\n\n\r “Saya harap Tiger Woods menang hari ini,” katanya sambil tersenyum. “Hasil kemenangan akan membantu Yayasan Tiger Woods.”\r\r\n\n\n\n\n McLaughlin bertemu Woods buat pertama kali 20 tahun lalu dan memberikannya pengecualian penaja Jelajah PGA Amerika Syarikat pertama kepada pemain yang baru berusia 16 itu untuk menyertai Terbuka Nissan di Kelab Country Riviera. McLaughlin kini presiden yayasan berkenaan.\rWoods mula menyumbang perolehannya di Cabaran Dunia Chevron kepada yayasan sejak acara amal itu bermula pada 1999. McLaughlin mendedahkan, Woods turut melakukan perkara sama dengan wang kemenangannya di dua kejohanan lain – Kejuaraan Bank Deutsche dan AT&T National.\rSetakat ini sudah lima kali Woods menjuarai Cabaran Dunia Chevron, dan sekali di Bank Deutsche serta AT&T National. Selepas kemenangannya di Kelab Country Sherwood Ahad lalu, pendapatan Woods daripada tiga kejohanan itu mencecah AS$12.5 juta (RM39.12 juta).\rJumlah itu sudah cukup untuk meletakkan Woods di tangga ke-87 senarai wang kemenangan Jelajah PGA, di depan Briny Baird, Billy Andrade dan Bubba Watson. Itu belum termasuk sumbangan AS$1 juta (RM3.12 juta) yang dijanjikan Woods Mei lalu.\r\n\n\n\r“Dia adalah penyumbang terbesar setakat yayasan ini ditubuhkan,” kata McLaughlin. “Ia cukup besar. Jika kami mendapat AS$1.2 juta (RM3.75 juta) menjelang hujung tahun, ini akan membantu aktiviti kutipan dana kami.”\rWoods melakukan birdie di dua lubang terakhir untuk menjuarai Cabaran Dunia Chevron dengan kelebihan satu pukulan dan melonjakkan kedudukannya dari tangga ke-52 ke tangga 21 dunia.\r“Saya rasa tahun ini cukup baik buat saya,” kata Woods. “Jika ada undian untuk pulangan terbaik tahun ini, saya patut berada dalam senarai itu. Saya cukup gembira dengan kemenangan ini.” – Agensi
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|