CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 71|Reply: 0

'Singa buat kecoh'

[Copy link]
Post time 7-12-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
FAM baik hati benar Young Lions selit pemain seniorMOTIF asal pertukaran skuad Harimau Muda A beraksi di Liga Singapura dan skuad Young Lions ke Liga Super untuk pembangunan skuad pelapis Malaysia dan Singapura tampak sudah ‘dicemari’ negara jiran itu yang bertindak menyenaraikan sehingga 10 pemain lebih umur dalam skuad mereka.\n\n\n\n  Tidak menggunakan nama Young Lions, sebaliknya wakil Singapura itu yang bakal beraksi pada Liga Super bermula 10 Januari depan memilih nama Lions X11 dengan barisan 28 pemain yang diumum, kelmarin, terdiri daripada hanya 18 pemain berusia 23 tahun dan ke bawah.\n\n\n\n\n  Selebihnya, skuad V Sundramoorthy itu menampilkan empat pemain berusia 27 tahun - Shahril Ishak, Agu Casmir, Jumaat Jantan dan Sevki Shaban; Khairul Amri (26), Shaiful Esah, Isa Halim, Hyrulnizam Jumaat (25), Taufiq Rahmat dan Suffian Anuar (24).Biarpun terpesong daripada niat asal pertukaran selama empat musim (2012-2015) yang sepatutnya membabitkan skuad B-23 kedua-dua negara, Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin Ahmad berkata, pengecualian itu hanya untuk musim pertama.“Ini satu kompromi diberi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) FAM untuk musim 2012 sahaja. Ini disebabkan FAS (Persatuan Bola Sepak Singapura) pada awalnya tidak sedar kerajaan mereka tidak membenarkan pemain muda yang perlu mengikuti Khidmat Negara dikecualikan untuk kejohanan bola sepak,” katanya.“Memang tujuan asal kerjasama ini adalah pembangunan skuad pelapis. Sebab itu kita tetap akan hantar skuad Harimau Muda A dengan pemain B-23 untuk fokus kepada pembangunan dalam Liga Singapura,” tambah Azzuddin.\n\n\nBeliau berkata demikian pada sidang media selepas menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) di antara FAM dengan syarikat pembekal vaksin kesihatan, Sanofi Pasteur yang diwakili ketuanya bagi Malaysia, Singapura dan Brunei, Stanley Ho di Wisma FAM, Kelana Jaya, pagi semalam.Alasan Singapura menggunakan khidmat 10 pemain senior itu bagaimanapun dilihat lebih sebagai taktik memperkasakan Lions X11 dan adalah tidak logik mereka tidak mempunyai kelompok pemain B-23 lain yang tidak terbabit dengan Khidmat Negara.Jurulatih Harimau Muda A, Ong Kim Swee yang turut hadir pada majlis itu pula berkata, dia akan memuktamadkan senarai 30 pemain untuk didaftarkan bagi saingan Liga Singapura 2012 tanpa seorang pun pemain lebih usia 23 tahun.“Selain 30 pemain itu, kita juga meletakkan senarai tambahan 20 hingga 30 pemain Harimau Muda B, jika ada masalah tertentu (seperti pertindihan jadual liga dan aksi Kelayakan Olimpik),” ujar Kim Swee.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 09:24 AM GMT+8 , Processed in 0.053346 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list