CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 147|Reply: 0

Jepun cadang tingkat import komponen automotif tempatan

[Copy link]
Post time 30-11-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
RANCANGAN pengeluar kereta Jepun untuk meningkatkan import bagi komponen automotif bertujuan mengurangkan kos, menyediakan peluang perniagaan besar bagi pengeluar alat ganti dan komponen automotif di Malaysia, kata Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE).\rLangkah untuk mendapatkan komponen automotif dari luar negara adalah peluang bagi pengeluar alat ganti dan komponen di Malaysia untuk membentuk pakatan atau perkongsian dengan vendor Tier-1, Tier-2 dan Tier-3 Jepun untuk mendapatkan peluang perniagaan baru dalam sektor komponen automotif Jepun yang lumayan tetapi mencabar, katanya.\r\n\n\n\n\r  Justeru, katanya, amat penting bagi industri komponen automotif Malaysia, sebagai sebuah badan, melaksanakan kempen berterusan untuk menarik perhatian industri kereta Jepun terhadap ‘kehadiran’ mereka dalam industri melalui penyertaan dalam pameran  perdagangan dan penganjuran misi jualan, kata MATRADE dalam satu kenyataan semalam.\r\r\n\n\n\n\n  Saranan MATRADE itu adalah susulan kenyataan Ketua  Eksekutif Nissan Motor, Toshiyuki Shiga baru-baru ini  syarikat itu menyasarkan meningkatkan nisbah komponen yang diimport kepada 40 peratus daripada 20 peratus sekarang, bagi kenderaan yang dieksport, yang mewakili  60 peratus daripada pengeluaran domestiknya.\rBagaimanapun, di Asia, pemerolehan tempatan sekarang adalah 70 peratus bagi sesetengah model dan Nissan merancang  meningkatkannya kepada 90 peratus atau lebih tinggi.\rMATRADE berkata kenyataan itu wajar diberikan pertimbangan serius kerana kedudukan yen yang kukuh sekarang amat menjejaskan jualan kereta yang bergantung kepada eksport.\rMinat terhadap kandungan Malaysia telahpun dikemukakan kepada MATRADE oleh banyak peserta utama bagi produk seperti komponen kereta tuangan aluminium, foundri, bahagian logam hentakan, dan bahagian penyempritan plastik, kata agensi penggalakan perdagangan itu.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 09:06 PM GMT+8 , Processed in 0.383091 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list