CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 186|Reply: 0

MISC henti khidmat kontena Jun

[Copy link]
Post time 25-11-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Pakej pampasan munasabah akan diberi kepada pekerja tamat khidmatMISC Bhd akan menghentikan satu daripada perniagaan terasnya iaitu perkhidmatan perkapalan kontenanya pada akhir Jun depan berikutan perubahan radikal dalam industri perkapalan serta kerugian besar yang sedang ditanggungnya dalam segmen berkenaan.\rPerubahan corak dan keperluan perdagangan global telah menjejaskan model operasi masa kini pengendali kapal antarabangsa, justeru menyebabkan mereka berdepan kos operasi yang tinggi.\r\n\n\n\n\r  MISC dalam kenyataannya kepada Bursa Malaysia semalam berkata, keputusan itu juga diperkukuhkan lagi dengan persekitaran sukar operasi yang menyaksikan perniagaan perkapalan kontena menanggung kerugian  AS$789 juta (RM2.5 bilion) sepanjang tiga tahun lalu, sekali gus memberi kesan kepada prestasi kewangan keseluruhan MISC.\r\r\n\n\n\n\n  Katanya, punca perubahan itu  disebabkan kini wujud tumpuan berlebihan terhadap saiz kapal bagi memaksimumkan skala ekonomi serta menjana kecekapan kos lebih tinggi.\rMISC berkata, keperluan melabur bagi menyediakan kapal  lebih besar itu muncul ketika kebanyakan pengendali kapal  bergelut untuk menjana keuntungan.\rJelasnya, ia berikutan persekitaran kadar tambang yang rendah dijangka tidak akan pulih dalam tempoh terdekat ini kerana perkhidmatan dalam jumlah  besar disediakan oleh kapal kontena baru.\r“Tumpuan kami dalam beberapa tahun kebelakangan ini ialah menyediakan penyelesaian maritim dan pengangkutan untuk sektor tenaga, justeru menjadi sesuatu yang normal majoriti sumber kumpulan diperuntukkan untuk mengembangkan segmen perniagaan berasaskan tenaga.\r\n\n\n\n\r“Berikutan jangkaan pelaburan yang besar diperlukan dalam industri perkapalan kontena, kos untuk kami kekal relevan dalam perniagaan ini tidak dapat ditanggung,” kata Presiden dan Ketua Eksekutifnya, Datuk Nasarudin Md Idris dalam kenyataan berkenaan.\rSelain perkapalan kontena yang menjadi antara perniagaan terasnya, MISC Bhd turut terbabit dalam perniagaan lain termasuk perkhidmatan baik pulih dan penyelenggaraan marin serta kerja kejuruteraan berkaitan minyak dan gas serta bidang pembinaan.\rSyarikat itu juga adalah pemilik dan pengendali tunggal kapal tangki gas asli cecair (LNG) terbesar di dunia.\rPada Januari tahun lalu, MISC melaksanakan penstrukturan semula perniagaan perkapalan kontenanya apabila ia menghentikan perkhidmatan perdagangan Asia Timur-Eropah untuk memberi tumpuan semula kepada model Intra-Asia.\rKeputusan itu diambil berikutan prospek pertumbuhan ekonomi lebih pantas dan besar di rantau Asia serta membolehkannya membina skala dalam perniagaan perkapalan kontena dan menyemak semula portfolio aset bagi menyokong model perniagaan baru itu.\rNamun, perubahan pantas dalam industri, khususnya dari segi pelaburan apabila sektor itu dibelenggu lebihan kapasiti dan kadar tambang kontena yang lebih rendah berbanding kos operasi mengancam rancangan penstrukturan semula perniagaan perkapalan kontena kumpulan.\rFaktor itu menyebabkan MISC memutuskan untuk menghentikan terus perniagaan terbabit.\rMISC berkata, langkah menghentikan perniagaan perkapalan kontena itu akan menyebabkan ada pekerja akan diberhentikan.\r“Kami akan menyediakan pakej pampasan munasabah kepada kakitangan terbabit yang akan dibuat berdasarkan keperluan tertentu di bawah pelbagai bidang kuasa.\r“Syarikat akan menyediakan sokongan tambahan bagi membantu kakitangan yang terbabit menguruskan perubahan itu,” katanya.\rSementara itu, penganalisis industri berkata, langkah diambil oleh MISC itu perlu dilaksanakan kerana tinjauan industri perkapalan global secara umumnya adalah negatif disebabkan kedudukan tidak menentu dalam Indeks Baltic Dry, kemungkinan berlakunya kemelesetan global dan  lebihan bekalan kapal.\r“Kemungkinan berlakunya masalah besar dalam zon Eropah juga memberi tekanan tambahan kepada industri perkapalan,” katanya.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 08:07 PM GMT+8 , Processed in 0.079800 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list