|
Kami lebih waspada kali ini: BahrainSAMA ada bersikap diplomasi atau sebaliknya, skuad bola sepak Bahrain menghambur pujian ke atas Malaysia yang dianggap makin liat ketika ini.Jurulatih pasukan dari negara Teluk itu, Salman Shareeda beranggapan anak didik Ong Kim Swee pasti sukar ditewaskan dalam pertembungan Kelayakan Olimpik 2012 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Ahad ini.\n\n\n\n “Kami tetap berwaspada dengan kemampuan Malaysia ketika ini,” katanya selepas sesi latihan, semalam.\n\n\n\n\n “Kami ada melihat aksi Malaysia menentang Syria sebelum ini, nyata mereka sebuah pasukan yang sukar untuk ditewaskan.”Ketika sama, dia turut memuji beberapa pemain skuad Harimau Muda yang beraksi cemerlang ketika menentang Syria tempoh hari walaupun tewas 0-2.“Ada beberapa pemain Malaysia yang bagus. Pemain nombor 12 anda (Muhamad Nazmi Faiz Mansur) ada kemampuan tinggi. Saya lihat dia menjana bahagian tengah dengan baik dan kita perlu lebih berhati-hati dengan pemain ini untuk mengelak dimalukan nanti,” katanya.Selepas tewas dalam dua aksi sebelum ini, Bahrain kelihatan lebih terdesak untuk mencari kemenangan menentang skuad kebangsaan, Ahad ini.\n\n\n\n“Kami datang ke Kuala Lumpur hanya untuk mencari kemenangan pertama kami. Kami perlukan tiga mata untuk menghidupkan peluang kami,” kata Salman.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|