CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Goldkey

Puisiku: Tinta Hati Menitip Kata II

 Close [Copy link]
 Author| Post time 19-12-2011 05:19 PM | Show all posts


Belang

Tuan-tuan
walau badanku berbelang
jangan berhati walang
aku bukan si hidung belang;
yang memerangkap anak dara orang
memperdaya isteri orang
hanya wajahku berbelang
hatiku tidak berbelang
aku tidak main wayang.

Goldkey, 19/12/11, 17.12 pm
BBB
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-12-2011 09:36 PM | Show all posts


Mata

Pada mata
ada kata tak bersuara.

Pada mata
ada cerita di jiwa.

Pada mata
ada emosi diperaga.

Pada mata
ada cinta buta.

Pada mata
ada beribu makna.

Goldkey, 19/12/11, 21.35 pm
BBB
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-12-2011 09:58 PM | Show all posts


Lanun

Lanun zaman ini
duduk di dunia hutan batu
beroperasi bila tiba waktu
teknologi membantu
bot berkuasa tinggi senang dipacu
sekejap saja sampai ke tempat dituju
merompak merampas di perairan buat duit saku.

Lanun zaman ini
mencetak rompak karya seni
jual di pasar malam berguni-guni
kaset, cd, vcd serba serbi
sebut saja pasti ada menanti
buat duit atas keringat penggiat seni
sedikit pun tak rasa bersalah penjenayah ini.

Goldkey, 19/12/11, 21.45 pm
BBB

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-12-2011 09:58 PM | Show all posts
Cinta Vokal

Tak pernah bersua
hanya dengar suara
telefon menjadi perantara
cinta tak mengenal saluran apa
terbit rasa sayang di jiwa
kalau tak mendengar suara lemah segala
kecanduan vokal
mengalahkan lagu artis popular.

Tak jumpa pun tak apa
janji boleh dengar suara
jatuh cinta pada suara
tak kenal pun rupa
begitulah hebatnya panahan cinta
tepat mengena dada asmara
melekat tanpa paksa
janji hati bahagia.

Goldkey, 19/12/11, 21.56 pm
BBB

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-12-2011 10:17 PM | Show all posts


Melayu Tak Hilang Di Dunia

Kalau Bang Tuah ada
tentu Bang Tuah merasa terhina
pantang melayu bersikap durjana
Bang Tuah!!! Bunuh saja
melayu kahwin sama jantina
rosak binasa bangsa
aku mohon berlindung dari bahana dosa
Bang Tuah!!! Bukan salahmu melayu terhina.

Goldkey, 19/12/11, 22.15 pm
BBB
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-12-2011 10:31 PM | Show all posts


Sendiri

Manusia tak mengerti
aku terpenjara
sedang mereka memperjuang
kebebasan
begitu sikap manusia
untuk diri sendiri boleh saja
untuk orang lain ada saja alasannya.

Goldkey, 19/12/11, 22.26 pm
BBB
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 20-12-2011 03:14 PM | Show all posts


Hidup bukan seorang

Tak akan mampu bertahan
dengan hanya sebelah kaki
aku pasti goyang akhirnya
usah menyombong diri
kita hidup perlukan orang di sekeliling
ditegur, diperbetul untuk kebaikan
buang jauh-jauh egomu
kerana kita tak akan terlepas dari kesilapan.

Goldkey, 20/12/11, 15.05 pm
BBB
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-12-2011 06:59 PM | Show all posts


Ingatkan aku

Ingatkan aku
cantik itu sementara
tidak kekal selamanya
tiba masa gugur serinya
tiba masa meluruh gebunya
akan dimamah usia
tinggal kedutan duka.

Goldkey, 20/12/11, 18.55 pm
BBB

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-12-2011 08:49 PM | Show all posts
Biar tumbuh dulu

Kanda,
andai dinda telah tiada
biarlah tumbuh dulu rumput di pusara
baharulah mencari ganti akan dinda.

Dinda,
akan kanda tunaikan permintaan dinda
hari-hari kanda akan menyiram pusara
biar cepat tumbuh rumputnya.

Goldkey, 20/12/11, 20.48 pm
BBB
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-12-2011 10:08 PM | Show all posts
Kau lupa janji!

Bukan lagu dendangan Jamal Abdillah
tetapi
janji-janji kita dalam iftitah;
"Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku,
hidupku dan matiku,
hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam".

Jangan lupa janji
kau lupa?

Goldkey, 20/12/11, 22.04 pm
BBB
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-12-2011 06:44 PM | Show all posts


Yang berpunya
tentu bahagia berdua
tidak sepertinya yang belum berpunya
memadu kasih kepada yang setia
membaja cinta.

Yang berpunya
usah memasang dua
kelak kamu dihempap duka
masalah datang bertimpa
cinta bersengketa.

Yang berpunya
jangan bermain api nanti terbakar jiwa
hangus menjejas rupa
yang tampang buruk airmuka
yang comel nampak dah tua.

Yang berpunya
aku berpesan saja
aku pun berpunya
aku pesan untuk diriku juga
yehaaa..aku bahagia aku berpunya.

Goldkey, 21/12/11, 15.29 pm
BBB

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-12-2011 09:25 PM | Show all posts


Kecantikan

Kecantikan
jadi buruan sesetengah orang
lelaki mata keranjang berdetup detap jantung bila memandang
wanita yang mencari makan dengan kecantikan berhabis wang menjaga badan
sepertinya bunga yang cantik dipandang
ia tidak kekal selamanya
datang dan pergi bak pelangi
sekadar menyeri.

Goldkey, 21/12/11, 21.22 pm
BBB
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-12-2011 09:54 PM | Show all posts
Picit

Dik! Picit dik
tetiba belakangku dipicit,

"Abah nak picit, bukan nak dipicit"
'Picit tu apa?'

Tu hah!!
'Oo! Remote control', sorry kata bujangku.

Goldkey, 21/12/11, 21.39 pm
BBB
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-12-2011 12:49 PM | Show all posts


Aku kura-kura

Aku kura-kura
aku tak pura-pura
aku sangat kecewa
kecewa dengan manusia
alam sekitar tak jaga
sampah sarap buang ikut suka
aku nak bernafas tak cukup udara.

Tolong tok ketua!

Goldkey, 21/12/11, 22.28 pm
BBB
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-12-2011 12:50 PM | Show all posts


Saya sedar

Saya bukan manager
saya hanya drebar.

Saya bukan boss besar
saya hanya buruh kasar.

Saya bukan CEO
saya hanya penggali kubur.

Saya tak perlu jadi orang lain
kerana saya adalah saya
setinggi mana terbang bangau
ke belakang kerbau jua kembalinya.

Goldkey, 21/12/11, 23.02 pm
BBB

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-12-2011 12:51 PM | Show all posts


Adakah

Cinta seperti bunga?
berkembang hanya untuk layu
cinta kamu?

Goldkey, 21/12/11, 22.17 pm
BBB
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-12-2011 04:03 PM | Show all posts
Post Last Edit by Goldkey at 22-12-2011 16:31

Maruah ditelanjang

Kerana kepingan kertas
yang bergambar gobenor bank negara
maruah ditelanjang
mengangkang di ranjang
tersenyum si hidung belang
menjilat lendir-lendir hanyir
sedangkan daging sembelihan terhidang.

Kerana kepingan kertas
yang bernombor siri sembilan angka
maruah dihumban ke lubang jamban
memperdaya anak bangsa jadi keldai najis dadah
mempertaruhkan nyawa ke tali gantung
memenangkan syaitan atas kesengsaraan saudara seagama
sedangkan anak bangsa perlu dibela.

Goldkey, 22/12/11, 15.56 pm
BBB

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-12-2011 05:39 PM | Show all posts
Tiadakah secebis iman?

Telah difirmankan-Nya;

bahawa air kencing syaitan
punca segala masalah
namun kedapatan manusia
masih rakus
tetap gelojoh meneguk
botol ke botol
dengan tololnya,

bahawa judi
memudaratkan diri
mengabaikan keluarga
namun kedapatan manusia
masih kecanduan dengan judi
tetap menghumbankan diri ke lembah kepapaan
dengan bahalolnya,

bahawa perzinaan
membawa kepincangan keturunan
menjatuhkan martabat diri dan keluarga
namun kedapatan manusia
masih membeli daging mentah di sela kangkang
yang dijual di lorong-lorong busuk lagi hanyir
dengan sudalnya.

Ya Rabbi
lontarkan secebis nur keimanan
di hati-hati mereka.

Goldkey, 22/12/11, 17.32 pm
BBB

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-12-2011 08:04 AM | Show all posts
Hukuman mati

Dalam mahkamah nyamuk
Manusia telah dijatuhkan hukuman mati
Kerana kesalahan membunuh.

Hati-hati dengan serangan nyamuk.

Goldkey, 23/12/11, 00.05 am
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-12-2011 06:19 PM | Show all posts
Bina Prihatin

Kerana tidak prihatin,
nah!
merempit
merompak
merogol
pecah rumah
mengedar dadah
berkesedudukan
buang bayi
dera kanak-kanak,
semakin menjadi-jadi
bina prihatin untuk keredhaan-Nya
jangan ada konsep mu-mu, aku-aku.

Goldkey, 23/12/11, 17.42 pm
BBB
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 07:49 PM GMT+8 , Processed in 0.365101 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list