CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Goldkey

Puisiku: Tinta Hati Menitip Kata II

 Close [Copy link]
 Author| Post time 15-10-2013 06:49 PM | Show all posts
50pp: Motivasi Malam

Di hari penuh berkat
mari perbanyakkan selawat
kepada penghulu sekalian umat
tanda kita kasih dan mengingat
bahawa dialah bakal memberi syafaat
penyelamat dan pelindung di akhirat
dari segala azab dan musibat
kerana dilaknat
atas dosa-dosa yang tercatat
jadi ringan mulut berselawat
kerana sekali kita berselawat
Allah dan malaikatnya turut berselawat.

CNM, 15/10/13, BBBangi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-10-2013 07:36 PM | Show all posts
Sebahagian orang
datang ke dalam hidup kita
Menyentuh hati kita
Meninggalkan seribu rasa
Menjanjikan banyak hal
Yang tidak pernah terdengar
di telinga kita sebelumnya
Dan mereka tiba tiba meninggalkan kita
Seolah olah mereka tidak pernah menyalami
Seolah olah mereka tidak pernah bertanya khabar
Seolah olah mereka tidak pernah peduli
Seolah olah kita tidak pernah mereka kenali....

Bagaimana hatimu sampai terlupakan ?
Bagaimana dirimu seperti tidak teringatkan?
Bagaimana cintamu seperti tidak pernah kau ucapkan ?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-10-2013 06:39 AM | Show all posts
50pp: Motivasi Pagi

Bercakap tentang masa,
ramai yang kerugian telah difirman-Nya,
walau mampu memiliki wang berjuta,
namun tak mampu membeli masa,
jadi hargailah setiap waktu yang ada,
penuhi dengan aktiviti bermakna,
jauhi perbuatan yang meleka lagi alpa,
rancang sesuatu dengan bijaksana,
baru hidup ada perkara nak dilaksana,
jangan hanya ikut dan berserah semata.

CNM, 16/10/13, BBBangi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-10-2013 07:02 PM | Show all posts
50pp: Motivasi Malam

Berang!
Bengang!
Memang terasa pada yang bangang,
menyusahkan orang,
misalnya memandu lintang pukang,
menunggang tunggang langgang,
membahayakan pengguna tenang,
sabar adik kakak abang,
jangan sampai pertimbangan hilang,
cuba mengucap tarik nafas panjang,
amarah tak selesai masalah mendatang,
mengalah di jalan raya itu sikap matang,
tunjuk adab sopan semua orang sayang.

CNM, 16/10/13, BBBangi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-10-2013 09:48 AM | Show all posts
50pp: Motivasi Pagi

Bersumpah!
jangan melatah
sana bisik sumpah
sini cakap sumpah
nanti orang menyampah
kata-kata tak berguna bak sampah
dimakan sumpah
hidup tak tentu arah
tak diberkati Allah
dek kata-kata yang berkerenah
semuanya bernanah
beragenda membarah
nasib tak baik diludah
diri sendiri yang bawa padah
jadi usah dengan mudah
mengucapkan kata sumpah.

CNM, 17/10/13, BBBangi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-10-2013 04:29 PM | Show all posts
Tak Guna

Tak guna
menegang suara
ia membelah jiwa

Tak guna
membulat mata
ia menikam sukma

Tak guna
meninggi dada
ia menjatuh air muka.

CNM, 17/10/13, BBBangi.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 17-10-2013 08:27 PM | Show all posts
50pp: Motivasi Malam

Kalut,
melalut,
mencarut,
menghasut,
berserabut,
tak jaga mulut,
semuanya amalan karut,
itu tak patut,
maruah diri terjerut,
tiada siapa nak turut,
tiada yang nak ikut,
tak boleh jadi tempat berpaut,
bisa terhumban ke laut,
jadi jangan suka ikut-ikut,
jangan jadi pak turut,
ilmu kemanusiaan kena tuntut,
baru hidup tak hanyut.

CNM, 17/10/13, BBBangi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-10-2013 09:52 PM | Show all posts
~Dalam Hati Ada Rindu dan Sendu~

Di hati

Ada sekepal rindu
ada haruman cinta mengebu

Aku teroleng-oleng sendu
aku terbuai sayu
aku dipalu pilu

Masa jadi penentu
cintamu datang bertamu
atau aku yang dungu
menanti sesuatu yang kelabu

Aku tak tahu
apa di hatimu
segeralah katakan padaku
jelaskan pada kalbu
bicara hatimu.

CNM, 17/10/13, Rasopariso.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-10-2013 07:22 AM | Show all posts
50pp: Motivasi pagi

Bila memberi,
berilah seikhlas hati,
walau tak dihargai,
walau dipandang sepi,
jangan diungkit lagi,
kerana matlamat bukan nak masuk TV,
pun bukan untuk dikenali,
rasanya kita mencari reda Ilahi,
apa yang kita miliki,
Dia anugerahi,
jadi sebahagiannya haruslah dikongsi,
moga melimpah ruah lagi rezeki,
dan tergolong kita dalam yang berbakti.

CNM, 18/10/13, BBBangi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-10-2013 02:59 PM | Show all posts
50pp: Motivasi Jumaat

Khatib mengingat,
Islam mengajurkan pembelajaran sepanjang hayat,
menuntut ilmu wajib bagi muslimin muslimat,
jadinya perbetulkan niat,
cari ilmu bermanfaat,
dari timur ke barat,
tak siapa nak memperdebat;
dengan ilmu orang jadi hebat,
dengan ilmu kita dihormat,
dengan ilmu insan tinggi darjat,
dengan ilmu negara bermartabat,
moga selamat dunia dan akhirat.

CNM, 18/10/13, BBBangi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-10-2013 06:02 PM | Show all posts
ATM vs Kelantan

Malam ini saksikan
celoreng jumpa kijang
mana lebih handal di padang,

kecil bijak di hutan
celoreng mengelirukan
tapi ini atas padang,

siapa yang licik
mengelecek lawan
pintu gol pasti tertawan,

ATM vs Kelantan
siapa lebih jantan
malam ini penentuan.

CNM, 18//101/13
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-10-2013 09:15 PM | Show all posts
50pp: Motivasi Malam

Usah suka-suka
hebah berita
buat cerita
tanpa usul periksa
silap sampai tersalah memakna
amarah menyala
ada yang marah tak semena-mena
ada yang terasa kecewa
terluka jiwanya
mengundang sengketa
dendam membara
jadi jaga-jaga
mulut jangan terbiasa
berbicara yang belum tentu sahihnya
ada baik siasat dari sumber boleh dipercaya
itu sebaik cara.

CNM, 18/10/13, BBBangi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-10-2013 12:29 AM | Show all posts
50pp: Motivasi Pagi

Dalam hadapi realiti
kurangkan berbasa basi
pun tak perlulah berapi-api
rasionalkan emosi
pasang strategi
kerana era globalisasi
cabarannya perlukan motivasi
saling ingat mengingati
dek telah diketahui
kita lemah jika sendiri
lihat pada lidi
jika sebatang ia kurang bererti
cuba ikat seberkas jadi
kekuatannya terbukti
jadi kenapa kita tak boleh contohi?

CNM, 19/10/13, BBBangi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-10-2013 07:03 AM | Show all posts
Selamat Pagi Sahabat

Semalamkan Jumaat!
Ya Jumaat
hari ni dah Sabtu
jangan nak membatu
bangkit!
Kejayaan sedang menunggu

Apa kata hari ni memula sesuatu
Ya, misalnya buat perancangan baru
bak kata peserta akademik fantasia
menuju puncak
maknanya menggapai kecemerlangan
tak kira apa jua lapangan

Ayuh! Aku menyeru
sama-sama kita ke puncak maju.

CNM, 19/10/13
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-10-2013 09:59 PM | Show all posts
50pp: Motivasi Malam

Sahabatku
dalam kalangan guru
telah kita beri ilmu
pada anak didik yang setia menunggu
maka halalkan segala ilmu itu
mudahan ajaran kita bermutu
dapat membantu
anak-anak bangsa ke mercu
memenuhi harapan ayah ibu
jadi manusia yang berilmu
berjaya masuk ‘U’
hidup ada hala tuju
bukan jadi warga yang digelar kutu.

CNM, 19/10/13, BBBangi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-10-2013 09:59 PM | Show all posts
Anak Didik Dikasihi

Cukup dulu bersenang hati
buatlah ulangkaji
semoga mantap informasi
memenuhi kotak memori
buat menjawab soalan diberi

Jika jawapan berkualiti
pemeriksa tak persoal lagi
markah diperoleh akan tinggi
keputusan cemerlang diperolehi
boleh mohon mana-mana universiti

Ilmu telah diberi
cikgu hanya mampu restui
kamu pun telah dirai
dalam majlis rasmi
moga menyuntik motivasi

Usah lupa janji
yang telah dimeteri
ingin belajar sesungguh hati
mencapai prestasi tertinggi
melayakkan diri ke IPT

Jangan duk goyang kaki
kelak menyesal ke mati
ada masa berbaki
usaha biar pengsan sekali
janji masuk universiti.

CNM, 19/10/13, BBBangi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-10-2013 12:40 AM | Show all posts
50pp: Motivasi Pagi

Membisu
adakala lebih baik begitu
dari terus merapu
pun mungkin dari terus menyembilu
menyiku-nyiku sekeping kalbu
diam itu
bukan bermakna tak berilmu
pun bukan bererti tak mampu
ia mungkin jalan mengelak seteru
tiada untungnya palu memalu
nak-nak kalau memang tak tahu menahu
berdiam pilihan terbaik padaku
mungkin kamu juga begitu.

CNM, 20/10/13, BBBangi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-10-2013 07:15 AM | Show all posts
Melatah

Hais!
Kalau sedang bercinta
tak usah melatah nak merajuk
tak dipujuk
kamu yang terjeruk

Hais!
Kalau nak berpuisi
tak usah melatah terasa hati
cadangan untuk perbaiki
bukan kritik membuta-tuli

Hais!
Kalau nak melatah
melatah bagi gelak
boleh jadi bahan lawak
hilang senak.

CNM, 20/10/13
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-10-2013 07:49 AM | Show all posts
Hasilkan

Tak mengapa
andai bicara biasa-biasa
janji datang dari dada kita
bukan dicedok dari mana-mana
dan mengaku hak kita

Tulislah apa saja
rangsang akan minda
cuba perkayakan bahasa
tentu indah garapannya
tentu lunak untuk dibaca

Belajar mereka cipta.

CNM, 20/10/13, BBBangi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-10-2013 01:28 PM | Show all posts
Syair Si Manggis

Ada pun kisah petani
Hidup berdua suami isteri
bercucuk tanam mencari rezeki
atas tanah milik sendiri

Suatu hari ditanam manggis
benih dari kampung Kandis
harapkan buah isinya manis
ada lebih dijual habis

Tak lupa ditanam durian
benih dari kampung Rakan
harapkan buah tambah dapatan
dapatlah ringankan sedikit beban

Si Manggis pohonnya rendang
si Durian tinggi memanjang
terasa diri ada kurang
berbanding durian lebih disayang

Tiba musim berputik berbunga
manggis durian sama lebatnya
gembira petani tak terkira
semai benih nampak hasilnya

Sekampung memuji si Durian
manggis pula tak dihiraukan
tiba masa berbuahnya bulan
lebat manggis dari durian

Petani kecewa akan kejadian
durian tak seperti harapan
sedih hatinya yang demikian
termenung sendu sehari harian

Manggis pula yang menjadi
lebat buahnya tak terperi
tak terhitung akan jari
dari jauh nampak memberahi

Suatu hari datang pembeli
mencari durian idaman isteri
durian dikopek nampak isi
lembek tawar tak memikati

Isteri tentu hati terguris
durian diidam tak manis
terpandang dia si Manggis
berkilat menawan tentu manis

Dibeli manggis ganti durian
buat isteri lepaskan gian
sungguh manis dia tertawan
tak teringat akan durian

Esoknya petani didatangi lagi
memuji-muji si manggis berisi
dapatlah lebih rezeki petani
dari manggis tak diharapi.

Jadi jangan membeza-beza
setiap sesuatu ada istimewa
jangan perkecil yang ada
semuanya ditentu Yang Esa.

CNM, 20/10/13, BBBangi.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 23870 Replies : 680
Betul ke tu….cinter?
stingerkentotBetul ke tu….cinter?
Views : 17234 Replies : 24
‘Saya Dapat Jimat Banyak hingga RM700 – Rakyat Malaysia Ini Tak Menyesal Jadikan Kereta Sebagai Rumah.Anda kehairanan?
YgBenar‘Saya Dapat Jimat Banyak hingga RM700
Views : 4519 Replies : 33
Pelacur kelas Atasan
chipmunk2024Pelacur kelas Atasan
Views : 33426 Replies : 92
Harry-Meghan kantoi lagi
manopHarry-Meghan kantoi lagi
Views : 16425 Replies : 7
mana Fantasy Creation?
printercomelmana Fantasy Creation?
Views : 17788 Replies : 7
Walaun, tak buat lawak tak sah!
pengecattaikWalaun, tak buat lawak tak sah!
Views : 15508 Replies : 7
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 90604 Replies : 2834
AKASIA : AKU BUKAN USTAZAH [ERYSHA EMYRA, MK K-CLIQUE, ZAHIRIL ADZIM] 7PM ISNIN - JUMAAT
eddlisa_uyukAKASIA : AKU BUKAN USTAZAH [ERYSHA EMYRA
Views : 3851 Replies : 6

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 08:15 PM GMT+8 , Processed in 0.064259 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list