CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3482|Reply: 6

Mukamu Dah Berkedut, Meh Aku Sterika........

[Copy link]
Post time 23-11-2011 09:38 PM | Show all posts |Read mode
Seterika muka isteri       Oleh Mohd Firdaus Ibrahim dan Raja Noraina Raja Rahim
  am@hmetro.com.my


   
                 
KUALA LUMPUR: Sukar digambarkan azab yang dilalui seorang suri rumah apabila mukanya ditekap dengan seterika panas, dipukul lebih 15 minit, lehernya dijerut dengan selendang sebelum digantung di kipas oleh suaminya.  Kejadian berlaku jam 3 pagi kelmarin di rumah pasangan terbabit di Taman Miharja, Cheras di sini, apabila wanita berusia lewat 30 tahun itu mempersoalkan tindakan suami mahu menceraikannya.     Bagaimanapun, mangsa bernasib baik apabila selendang yang digunakan untuk menjerut leher dan menggantungnya di kipas siling terputus, membolehkan dia menyelamatkan diri.

   Menurut sumber, sebelum kejadian si suami memberitahu mahu menceraikannya dan menyebabkan mangsa bertanya mengapa mahu berbuat demikian.  “Bagaimanapun, tanpa diduga soalan itu menyebabkan suaminya berang lalu mengambil seterika panas dan menekap muka mangsa. Terkejut dengan tindakan suaminya, mangsa menangis dan meminta dikasihani. “Namun rayuannya itu tidak diendahkan suspek yang dilaporkan menjadi lebih ganas dan memukul mangsa menggunakan tangan dan kakinya,” katanya.

   Menurutnya, penderitaan mangsa tidak berakhir di situ apabila suspek yang bagaikan dirasuk syaitan mengambil selendang mangsa dan menjerut leher isterinya.“Lebih kejam, suspek mengangkat mangsa dan menggantungnya di kipas siling di ruang tamu  sebelum menghidupkan suis kipas dan menyaksikan isterinya terpakai-kapai meminta bantuan.

   “Suspek meninggalkan ruang tamu buat sementara untuk ke bahagian lain di dalam rumah dan mujur ketika itu selendang yang menjerut leher mangsa terputus.  “Sebaik terselamat, mangsa berlari keluar dari rumahnya dan mendapatkan bantuan saudaranya yang tinggal berhampiran sebelum membuat laporan polis,” katanya.

  Sumber berkata, mangsa dirujuk ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) di sini, untuk rawatan berikutan mukanya yang melecur selain beberapa kecederaan lain di badan akibat dipukul. Difahamkan, selepas sehari dimasukkan ke hospital berkenaan mangsa dibenarkan pulang jam 11.30 pagi, semalam.

  Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Operasi dan Risikan) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Arasa ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian terbabit dan siasatan lanjut dilakukan.



p/S:   Masa Bercinta...semuanya indah belaka, bila nak bercerai, kenapa nak sterika muka.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2011 10:57 PM | Show all posts
ganasnye  sang suami tu.....  banyak sangat tengok pilem ganas, pembunuhan kot.... ishh...
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2011 11:06 PM | Show all posts
when emotions control the mind. lost all consideration.
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2011 10:13 AM | Show all posts
perlu ke buka biter kat sini
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2011 10:14 AM | Show all posts
Mayat mereput dalam semak

PUTRAJAYA - Seorang pemandu jengkaut tidak menyangka kehadiran dua ekor ayam hutan yang cantik di kawasan belukar berhampiran landasan Express Rail Link (ERL) di Presint 11 di sini semalam membongkar penemuan mayat seorang lelaki di dalam semak di kawasan itu.

Ketika ditemui pada pukul 9.30 pagi, mayat yang lengkap berpakaian termasuk memakai jaket itu ditemui dalam keadaan hampir reput dan dipercayai telah mati sejak dua hingga tiga minggu lalu. Si mati tidak memakai kasut.

Sepasukan anggota forensik yang melakukan pemeriksaan di lokasi kejadian bagaimanapun tidak menemui sebarang dokumen pengenalan diri mangsa.

Seorang pemandu jengkaut warga Indonesia dikenali sebagai Yan dikatakan pergi ke kawasan semak itu untuk melakukan kerja-kerja menyelenggara landasan ERL tetapi dia tersalah lokasi.



"Semasa pekerja asing itu berada di kawasan tersebut, dia ternampak dua ekor ayam hutan cantik dan cuba menangkap haiwan itu.



"Lelaki itu mengejar ayam itu hingga memasuki kawasan semak sebelum ternampak mayat berulat yang berbau busuk," kata sumber itu semalam.

Pemandu jengkaut yang panik itu terus menghubungi penyelianya sebelum memaklumkan penemuan tersebut kepada polis.
Jarak jalan besar ke kawasan semak lokasi mayat ditemui ialah kira-kira 700 meter. Jalan tersebut menjadi laluan utama bagi penduduk di Kompleks Kejiranan Presint 11. Lokasi mayat itu ditemui juga tidak jauh dari Hospital Putrajaya dan Masjid Putra.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-11-2011 10:56 AM | Show all posts
Reply 4# alzan



KUALA LUMPUR: Akibat pernah kehilangan kad pengenalan 11 tahun lalu, pemandu lori, Zilah Mahmood, 34, kini menerima hakikat dirinya diisytiharkan muflis.  Ini berikutan kegagalan Zilah menjelaskan bayaran ansuran bulanan dan tunggakan kenderaan Kia Spectra 1.5 dan Proton Wira yang dibeli atas namanya berjumlah lebih RM100,000 walaupun dia tidak pernah membelinya. "Saya tidak pernah membeli kereta itu dan mustahil mampu berbuat demikian kerana hidup susah selain gaji tidak mencukupi.  “Saya tidak mengetahui apa-apa mengenai kereta berkenaan sehingga menerima surat daripada bank pada 2008 yang mahu mengisytiharkan muflis jika gagal melunaskan tunggakan kereta berkenaan,” katanya.

   Perkara itu mengejutkan Zilah kerana dia tidak pernah melakukan urusan pembelian kereta dengan bank.

  Difahamkan, pembelian kereta Kia Spectra itu dibuat pada 2003 dan pinjaman dilakukan menerusi cawangan bank berkenaan di Cheras. Ketika itu pula, Zilah berada di Kemaman, Terengganu dan bekerja sebagai penjaga parkir dengan gaji RM900 sebulan.


  Selepas pemeriksaan, Zilah sekali lagi dikejutkan apabila dia diisytiharkan muflis terlebih dulu oleh sebuah lagi bank lain atas alasan sama iaitu gagal melunaskan ansuran bulanan sebuah lagi kereta Proton Wira yang turut didaftarkan atas namanya.  Menurutnya, kereta itu dibeli pada tahun sama dengan Kia Spectra itu dan pinjaman dibuat di Klang oleh individu lain yang menggunakan kad pengenalannya.  “Saya pernah kehilangan kad pengenalan pada 2001. Sepanjang tempoh itu sehingga sekarang, saya tidak pernah membuat pembelian dua kereta selang dua bulan pada 2003.

  “Ia mengelirukan kerana saya hanya tahu mengenai pembelian kereta itu dan pengiktirafan muflis selepas membuat siasatan. Malah, saya juga tidak pernah dipanggil untuk menghadiri perbicaraan di mahkamah bagi pengisytiharan muflis yang pertama itu,” katanya.  Zilah yang ditemui dalam sidang media anjuran Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), di sini, semalam, turut mempersoalkan tindakan bank yang meluluskan pinjaman tanpa membuat pemeriksaan teliti terhadap dokumen pembeli.

  Ia dipersetujui Pengerusi Majlis Penasihat PPIM, Tunku Azwil Tunku Abd Razak yang berpendapat perkara seperti kes Zilah tidak seharusnya berlaku apatah lagi ia membabitkan bank.  Sehubungan itu, PPIM  membantu Zilah serta beberapa individu lain menerusi penyediaan khidmat peguam dan siasatan bagi membela orang ramai yang teraniaya.

  “PPIM juga akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi melakukan siasatan ke atas bank bagi mengekang masalah penipuan seperti ini dari terus berlaku,” katanya.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-4-2013 04:31 PM | Show all posts
ganasnye  sang suami tu.....  banyak sangat tengok pilem ganas, pembunuhan kot.... ishh...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 05:22 PM GMT+8 , Processed in 0.073309 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list