CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 3767|Reply: 60

kawasan hijau akan hilang di kelana jaya !

[Copy link]
Post time 15-11-2011 11:39 AM | Show all posts |Read mode



PETALING JAYA – Keputusan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) untuk menghapuskan Kompleks Sukan PKNS Kelana Jaya di sini dengan menjadikannya tapak tujuh blok pangsapuri 35 tingkat dan sebuah kompleks perniagaan 15 tingkat mendapat tentangan kuat daripada penduduk setempat.

Mereka menyifatkan PKNS bukan sahaja tamak haloba malah sudah hilang pertimbangan kerana pembangunan di kawasan seluas 7.5 hektar di SS7, Kelana Jaya itu dijangka  mengundang pelbagai masalah kelak seperti kesesakan jalan raya, gejala sosial, jenayah dan kesan negatif alam sekitar.

Lebih 10,000 penduduk yang tinggal di sekitar kawasan tersebut dikatakan sangat kecewa dengan keputusan agensi milik kerajaan negeri Selangor itu dan mahu cadangan tersebut dihentikan. Seorang penduduk yang sudah menetap di situ sejak 19 tahun lalu, Raja Azlan Shah Raja Abdul Aziz, 40, berkata, PKNS telah diamanahkan oleh kerajaan negeri untuk mengurus harta yang dimiliki oleh rakyat.

“Nampaknya PKNS tidak ada integriti langsung kerana sanggup memperdayakan rakyat mengatakan mereka hendak membina sebuah bandar sukan tetapi   motif sebenar adalah keuntungan materialistik.
“Saya harap kerajaan negeri menilai semula kedudukan PKNS ini dan kami tidak akan teragak-agak untuk mengajar mereka pada pilihan raya umum nanti,” katanya ketika ditemui Kosmo! di Kelana Jaya  semalam. Isu projek pembangunan di kawasan tersebut mula mendapat bantahan penduduk pada Oktober lalu kerana kompleks sukan yang berusia lebih 30 tahun itu menjadi tumpuan orang ramai  untuk  menjalankan pelbagai aktiviti sukan dan rekreasi.

~~kemana lagi masyarakat nak beriadah kalau habis semua kawasan hijau nak dibangunkan...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-11-2011 11:42 AM | Show all posts
apa nak jadi dgn negeri selangor ni, asik-2 pembangunan je tanpa mengambil kira pengimbangan ekologi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-11-2011 11:46 AM | Show all posts
bukan setakat ekologi je nak ambil kira, tapi sosiologi masyarakat kene amik kira jugak..
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2011 11:46 AM | Show all posts
jual bangunan..ni jual padang plak....madrasah ngan surau bila nak jual?.
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2011 11:46 AM | Show all posts
jual bangunan..ni jual padang plak....madrasah ngan surau bila nak jual?.
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2011 12:05 PM | Show all posts
Habis depa nak main bola kat mana?
Budak2 kalau dah bosan mula lah main motor/bohsia bagai
B&%&$£$_%"£
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-11-2011 12:08 PM | Show all posts
tu la, tak silap dulu ada trek litar lumba di batu 3 shah alam pon dah convert jadi perumahan.
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2011 12:13 PM | Show all posts
penang the best place to live
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-11-2011 12:29 PM | Show all posts
padang tu PKNS yang punya... ikut suka la bat apa pun katanya
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2011 12:32 PM | Show all posts
Habis depa nak main bola kat mana?
Budak2 kalau dah bosan mula lah main motor/bohsia bagai
B&%&$&p ...
solstice Post at 15-11-2011 12:05



    tepi padang pkns ni ada stadium petaling jaya xjauh dari situ
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-11-2011 12:33 PM | Show all posts
tu la pasal...memang la lokasi tu strategik untuk development komersil la bagai tapi x perlu la nak sacrifice keperluan masyarakat nak beriadah.walopun itu hanyalah padang, yg tak bawak apa2 keuntungan pun tapi itu la tempat masyarakat nak beriadah..
banyak dah kes2 gini jadi dalam development..pemajuan buat secara peace meal nak elak buat kawasan lapang, padang..last2 apa jadi, habis satu kawasan development x dak padang kalo PBT careless..
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2011 12:34 PM | Show all posts
Tak silap aku semenjak lebuhraya Damansara Puchong dibuka mmg byk perubahan kat Kelana Jaya. Kelana Seafood pun dah xde skg...
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2011 12:35 PM | Show all posts
cayalah tahun depan bonus 10 bulan.......
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2011 12:47 PM | Show all posts
padang tu PKNS yang punya... ikut suka la bat apa pun katanya
md.jie Post at 15-11-2011 12:29


tulah pasal..PKNS dibawah Khalid G tu apa yg mereka tak jual?..patutlah dapat 10 bulan bonus..yg lain nganga jelah..
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2011 12:50 PM | Show all posts
semakin menyesakkan pandangan la kat kawasan situ...
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2011 12:52 PM | Show all posts
jual bangunan..ni jual padang plak....madrasah ngan surau bila nak jual?.
Anak_Nogori Post at 15-11-2011 11:46


haah, jom laa balik rumah tgk dah bersepah dah tu taiiiiii.........k pegi laa kemas balik......hal PKNS bio ler PKNS yg selesaikan meh selesaikan isu MADRASAH SALIHIAH YANG TERCONGOK meh......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-11-2011 01:05 PM | Show all posts
contohi la kerajaan BN yg tak penah jual menjual ni tanpa mengira imbangan ekologi.. ptuihh..
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2011 02:09 PM | Show all posts
itu dia...!!! .
Seronok la staf PKNS tahun depan,dpt bonus brape bulan lak?
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2011 02:14 PM | Show all posts
dulu Kelana Jaya sebuah tempat yg aman dan damai untuk tinggal..hampir 10 tahun gak la dok sana..padang PKNS tu ada landmark pada sapa2 yg nak datang KJ...
Walaupun padang tu milik PKNS tapi bnyk aktiviti riadah dan sukan kat sana...
sayang jugak kalau dijadikan kawasan perumahan..
tapi kawasan tu didiami org kaya raya..so tengok la mcmana diaorg fight pertahankan kawasan tu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-11-2011 02:18 PM | Show all posts
masyarakat kat situ masih boleh membantah cadangan nih..hopefully mbpj akan pertimbangkan bantahan dan cancel ini projek..political interfere memang biasa..itu x bleh nak elak...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 04:58 PM GMT+8 , Processed in 0.398170 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list