CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 191|Reply: 0

Tuntutan China tingkat konflik

[Copy link]
Post time 15-11-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Filipina tolak permintaan Beijing dakwa kepulauan dalam perairan Manila\rMANILA: China menuntut wilayah baru kurang 80 kilometer dari sebuah wilayah di Filipina, sekali gus meningkatkan tekanan di kawasan yang dipercayai kaya dengan sumber di Laut China Selatan itu, tetapi Filipina menolak tuntutan berkenaan.\r\n\n\n\n\r   Setiausaha Rendah Tenaga negara itu, Jose Layug Jr memberitahu Associated Press bahawa China membantah  rancangan Filipina untuk mencari gali gas dan minyak di kawasan itu pada Julai lalu. Ia adalah kawasan paling hampir dalam perairan kepulauan Filipina di mana China menuntut wilayah yang menjadi pertikaian itu.\r\r\n\n\n\n\n   Beijing semakin agresif dalam membuat tuntutan berikutan ekonomi dan kedudukan tenteranya semakin kukuh. Tuntutan terbarunya itu mungkin bertujuan memperkukuhkan penyelesaian Filipina bagi mendapatkan ketetapan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai pertikaian jangka panjang itu yang membabitkan China, Filipina dan empat negara lain.\rAntara kawasan yang menjadi tuntutan ialah Spratly, satu rangkaian dengan lebih 190 pulau, terumbu karang  dan pulau yang dipercayai berada di kawasan gas semula jadi dan minyak, yang dibimbangi boleh menjadi konflik terbaru Asia masa depan.\rIsu itu dijangka dibincangkan pada Rabu bersama Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Hillary  Clinton yang bakal melawat Filipina.\r“Kedua-dua  kawasan baru itu dituntut China bukan sebahagian dari Spratly,” kata Layug.\r\n\n\n\n\rKedutaan China menghantar satu bantahan kepada Kerajaan Filipina pada 4 Julai selepas Manila mengundang syarikat asing dalam usaha untuk mendapatkan hak bagi mencari gali minyak dan gas di 15 kawasan. Pihak berkuasa China menentang campur tangan kawasan 3 dan 4 di barat laut wilayah Palawan, mendakwa bahawa ia berada dalam kedaulatan China yang bukan menjadi pertikaian, kata satu laporan Kerajaan Filipina.\rWilayah Palawan, kira-kira 820 kilometer ke barat laut Manila, menghadap Laut China Selatan yang dituntut China.\rChina meminta Filipina membatalkan cari gali minyak di dua kawasan terbabit, kira-kira 79 kilometer ke Barat luat Palawan.\rLayug berkata, bahawa Kerajaan Filipina memberitahu China bahawa kawasan itu berada dalam perairan Filipina.\r“Kawasan terbabit yang kami cuba dapatkan adalah dalam wilayah Filipina,” kata Layug. “Tiada keraguan mengenainya.”\rKedua-dua kawasan itu lebih 800 kilometer dari kawasan pantai paling hampir dengan China, kata Layug.\rKira-kira 50 pelabur asing, termasuk sebilangan dari syarikat terbesar minyak dunia menyatakan minat untuk mencari gali minyak dan gas di Filipina, separuh daripada mereka adalah di kawasan baru yang dituntut China, kerana petanda yang kukuh bahawa ada minyak di sana, katanya.\rTiada syarikat asing terbabit melahirkan kebimbangan mengenai pertikaian wilayah itu, katanya.\r“Pastinya isu mereka adalah untuk memastikan keselamatan dan sokongan Kerajaan Filipina apabila mereka diberikan kontrak,” katanya.  – AP

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 05:53 PM GMT+8 , Processed in 1.171276 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list