CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 198|Reply: 0

Kajian bina loji polimer selesai

[Copy link]
Post time 14-11-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Projek RM4 bilion dijangka menjadi kemudahan terbesar di Asia TenggaraKAJIAN daya maju pembinaan loji polimer boleh serap terbesar di Asia Tenggara yang akan dibina Malaysia, dijangka siap sepenuhnya sebelum akhir tahun ini.\rSumber industri berkata, jika keputusan kajian yang dilaksanakan PETRONAS dan pengeluar produk kimia terbesar dunia, iaitu BASF SE itu positif, projek membabitkan pelaburan RM4 bilion itu akan dilaksanakan secara berperingkat, mulai tahun depan.\r\n\n\n\n\r  “Kajian secara usaha sama dengan BASF SE itu sedang dilaksanakan PETRONAS menerusi anak syarikatnya yang terbabit dalam aktiviti pengeluaran petrokimia bersepadu, iaitu Petronas Chemicals Group Bhd (PetChem) sejak Mac lalu.\r\r\n\n\n\n\n  “Selain beberapa aspek teknikal yang perlu dipersetujui, kedua-dua kumpulan juga sedang mengenal pasti lokasi sesuai bagi pembinaan loji itu.\r“Jika semuanya berjalan lancar, hasil kajian itu dijangka diumumkan selewat-lewatnya Disember ini dan pembangunannya pula akan dilaksanakan PetChem dengan kerjasama BASF SE tahun depan,” katanya kepada Berita Harian, baru-baru ini.\rSumber itu berkata, pembinaan loji polimer itu bakal menyediakan 500 peluang pekerjaan baru kepada pekerja mahir tempatan.\r“Selain peluang pekerjaan kepada pekerja mahir tempatan, pembinaan loji itu juga mampu mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai hab terpenting di rantau Asia bagi pengeluaran bahan asas kepada produk kebersihan pengguna itu,” katanya.\r\n\n\n\n\rDifahamkan, apabila dibina kelak, loji polimer itu bukan saja dapat menyokong keperluan permintaan tempatan, malah akan menyumbang kepada kepelbagaian sumber bekalan polimer bagi menampung permintaan semasa serta akan datang di pasaran antarabangsa.\rPolimer boleh serap adalah bahan yang mempunyai keupayaan menyerap dan mengekalkan sejumlah besar air dan penyelesaian yang berkaitan dengan air.\rIa diperbuat daripada sebahagian poli asid akrilik yang neutral dan ringan serta menjadi bahan utama dalam pembuatan lampin pakai buang, produk pembersih wanita dan lampin dewasa.\rBahan itu turut digunakan dalam penebat kabel, pasu tanah dan campuran kompos profesional, bungkusan makanan serta bahan buangan perubatan. \rSementara itu, penganalisis ketika dihubungi berkata, industri produk berasaskan polimer, khususnya dalam kegunaan kebersihan peribadi, kini semakin meningkat di seluruh dunia dengan arah alirannya pula menjurus kepada pertumbuhan kukuh permintaan.\r“Berdasarkan unjuran perangkaan bagi tempoh 2010 hingga 2015, pasaran industri berasaskan kimia yang boleh diperbaharui pada peringkat global dianggarkan melonjak mencecah nilai AS$67.13 bilion (RM194.67 bilion) daripada kira-kira AS$38.67 bilion (RM112.14 bilion) tahun lalu.\r“Daripada unjuran itu, segmen polimer dijangka mencatatkan sumbangan yang paling ketara berikutan meningkatnya permintaan dalam industri menghasilkan bahan pengguna seperti pembuatan lampin pakai buang dan kebersihan serta produk penghasilan plastik,” katanya.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 01:31 PM GMT+8 , Processed in 0.617192 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list