CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 160|Reply: 0

Drama tebusan feri Turki berakhir

[Copy link]
Post time 13-11-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Pemberontak Kurdis ditembak matiISTANBUL: Seorang pemberontak Kurdis  yang merampas sebuah feri dengan 24 penumpang ditembak mati awal semalam manakala semua tebusan berjaya diselamatkan selepas  menempuh saat menakutkan selama lebih 12 jam, kata pihak berkuasa.\r“Tidak lama selepas pasukan keselamatan Turki memulakan operasi, perampas berjaya dibunuh,” kata Gabenor Istanbul, Huseyin Avni Mutlu, kepada stesen televisyen NTV.\r\n\n\n\n\rBeliau berkata, perampas berusia 30 tahun itu adalah anggota pertubuhan militan, merujuk kepada Parti Pekerja Kurdistan (PKK) yang diharamkan.\rMutlu menambah lelaki itu turut membawa bahan letupan.\r\n\n\n\n\n\rFeri berkenaan, yang dinamakan Kartepe, dirampas kira-kira jam 5.35 pagi waktu tempatan di laut Marmara. Pemimpin PKK, Abdullah Ocalan dipenjarakan di pulau berkenaan.\rMenteri Pengangkutan Turki, Binali Yildirim, sebelum itu menyatakan ada empat atau lima perampas, tetapi Mutlu berkata hanya seorang yang terbabit dalam rampasan itu. \r“Semua penumpang dan krew selamat,” tambah Mutlu, ketika rakaman televisyen menunjukkan mereka dipindahkan dengan bot. \rPasukan keselamatan yang bertindak atas arahan Menteri Dalam Negeri, Idris Naim Sahin, menaiki feri itu di luar pantai Silivri, di barat Istanbul. \rYildirim berkata, 18 penumpang, lima daripada mereka wanita, empat krew dan dua pelatih berada di dalam feri terbabit, yang sedang dalam pelayaran biasa di utara Laut Marmara apabila ia dirampas.\rDatuk Bandar Ismail Karaosmanoglu, memberitahu rangkaian televisyen NTV perampas memberitahu kapten feri terbabit dia cuma mahukan publisiti media.\rYildirim menambah perampas turut meminta makanan dan minyak menerusi kapten kapal itu.\rBahan letupan yang ditemui pada perampas itu akan dianalisis oleh pakar bom. Perkhidmatan bot dan feri antara Istanbul dan Yalova, dibatalkan selepas serangan itu, lapor media.\rPulau Imrali, lokasi Ocalan ditahan, terletak kira-kira 120 kilometer ke barat daya tempat rampasan dilakukan. Media Turki berkata, perampas merancang menuju ke pulau berkenaan.\r“Kawalan keselamatan dipertingkatkan sekitar pulau Imrali, lokasi pemimpin PKK, Abdullah Ocalan, yang tidak dibenarkan bertemu peguamnya sejak ditahan selama berbulan-bulan,” lapor agensi berita pro-Kurdis, Firat. – AFP

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 12:04 PM GMT+8 , Processed in 0.046947 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list