CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2130|Reply: 1

Shakira dinobat tokoh muzik Latin

[Copy link]
Post time 11-11-2011 09:29 AM | Show all posts |Read mode
Penyanyi penerima anugerah berprestij termuda

LAS VEGAS: Bintang pop antarabangsa, Shakira dianugerahkan  Tokoh Rakaman Akademi Latin  2011 di Las Vegas pada  majlis makan malam menyaksikan penyanyi Colombia itu berkongsi saat manis bersama bapanya selain menutup  acara dengan  lagu  ditujukan khas  kepada bandar kelahirannya, Barranquilla.

Satu perarakan muzik Latin memberi penghormatan kepada penyanyi Hips Don’t Lie berusia 34 tahun itu ketika konsert di hotel-kasino Mandalay Bay di Las Vegas Strip. Mereka mempersembahkan lagu termasuk La Tortura dan Estoy Aqui dalam persembahan selama dua jam bagi menghormati karier yang merentasi dekad dan benua.   Shakira dalam persembahan itu juga menunjukkan penghargaan  dengan berdiri untuk menari di tengah meja bankuet. Selepas setiap lagu, Shakira menaiki tangga dan memeluk mereka yang membuat persembahan termasuk penyanyi Venezuela, Franco De Vita, artis rock Mexico, Alejandra Guzman dan lagenda salsa, Gilberto Santa Rosa.

Bagaimanapun persembahan daripada bapanya, William Mebarak mengundang emosi pada malam berkenaan. Mebarak yang duduk bersebelahan Shakira sepanjang persembahan menaiki pentas di pertengahan majlis dan menyanyikan lagu Mi Nina Bonita untuk anak perempuannya itu. Lagu itu dialih bahasa kepada My Pretty Girl yang sering dinyanyikan golongan bapa   kepada anak perempuan mereka dalam majlis perkahwinan dan hari jadi Latin.

Ketika Mebarak menyanyi, gambar anak dan bapa itu memenuhi skrin di belakang pentas. Shakira kelihatan menutup mukanya dengan tisu. – Agensi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2011 11:52 PM | Show all posts
gelek jgn tak gelek
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-10-2024 10:57 PM GMT+8 , Processed in 0.530541 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list