|
Penyanyi penerima anugerah berprestij termudaLAS VEGAS: Bintang pop antarabangsa, Shakira dianugerahkan Tokoh Rakaman Akademi Latin 2011 di Las Vegas pada majlis makan malam menyaksikan penyanyi Colombia itu berkongsi saat manis bersama bapanya selain menutup acara dengan lagu ditujukan khas kepada bandar kelahirannya, Barranquilla.\rSatu perarakan muzik Latin memberi penghormatan kepada penyanyi Hips Don’t Lie berusia 34 tahun itu ketika konsert di hotel-kasino Mandalay Bay di Las Vegas Strip. Mereka mempersembahkan lagu termasuk La Tortura dan Estoy Aqui dalam persembahan selama dua jam bagi menghormati karier yang merentasi dekad dan benua.\r\n\n\n\n\r Shakira dalam persembahan itu juga menunjukkan penghargaan dengan berdiri untuk menari di tengah meja bankuet. \r\r\n\n\n\n\nSelepas setiap lagu, Shakira menaiki tangga dan memeluk mereka yang membuat persembahan termasuk penyanyi Venezuela, Franco De Vita, artis rock Mexico, Alejandra Guzman dan lagenda salsa, Gilberto Santa Rosa.\rBagaimanapun persembahan daripada bapanya, William Mebarak mengundang emosi pada malam berkenaan. Mebarak yang duduk bersebelahan Shakira sepanjang persembahan menaiki pentas di pertengahan majlis dan menyanyikan lagu Mi Nina Bonita untuk anak perempuannya itu. Lagu itu dialih bahasa kepada My Pretty Girl yang sering dinyanyikan golongan bapa kepada anak perempuan mereka dalam majlis perkahwinan dan hari jadi Latin.\rKetika Mebarak menyanyi, gambar anak dan bapa itu memenuhi skrin di belakang pentas. Shakira kelihatan menutup mukanya dengan tisu. – Agensi
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|