CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Rhyno

[2011] Immortals - 11.11.11

  [Copy link]
Post time 12-11-2011 11:03 PM | Show all posts
agak membosankan dan rimas dengan babak2 darah berhamburan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-11-2011 12:51 AM | Show all posts
i like the moviecuma kene tunggu yg uncut version
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2011 11:09 AM | Show all posts
Extreme ganas, pecah teloq, mata, lifah, kepala, bersepai sana sini

Citer tak menarik langsung, tak de style langsung bila masuk babak berperang, cakap banyak, aku cadangkan jangan la abiskan duit tgk citer ni

First time aku tgk wayang tak penuh
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2011 02:03 PM | Show all posts
坚持自18分钟前后悔--叫菁菁的女孩,前几天,我晚仔细回家,-被车撞了,司机把我的试题抛入河里就走了,看了这个消息后,请发-给4个论坛,如果没有,你的妈妈会在一个月被车撞,你的爸爸也会-- 妈的总算发完了晦气没了...(
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2011 02:48 PM | Show all posts
Suka part masa Theseus bagi kata2 semangat kat warrior2 dia yang dah down sebab tengok warrior musuh lagi banyak dari dia orang.  Siap masing2 ketuk pedang kat shield serentak memang semua bersemangat pas tu.
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2011 02:54 PM | Show all posts
DOnlod jelah.. Tak berbaloi tgk kat wayang.. Aku bagi 2bintang je.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-11-2011 04:15 PM | Show all posts
menyesal ....rasa nak kuar panggung
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2011 04:24 PM | Show all posts
citer ni teramatla jauh kalau nk dibandingkan ngan 300...

300 tu ade jalan citer tp citer ni...???erm jalan citer die sgt longgar.

ok awal citer aku paham di raja tu benci giler kt dewa smpi nk bebaskan titans yg bleh kalahkan dewa. tp why after die bebaskan titan die lari mcm tu je??? haku ingatkan pastu die bleh ke perintah si titans tu ikut telunjuk die ke hape ke...

half naked man berlambak dlm citer ni....blehla cuci mata pada ladies...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-11-2011 05:03 PM | Show all posts
aku rasa nak gelak je masa dewa2 tu kena tikam... serious aku tak sangka dewa2 boleh dicederakan... lawak kot.. tapi theseus tu mmg la hot... walaupun citer ni sgt mengecewakan (sbb trailer cam gempak giler) aku layan je sbb theseus tu...
citer ni nampak agak tunggang-langgang sikit... mungkin sbb banyak scene kena cut kot...
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2011 05:19 PM | Show all posts
tak ada ulasan panjang2 untuk cerita ni

sangat menyesal labur rm14 untuk cerita ni....tu je nak komen
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2011 07:48 PM | Show all posts
Ok je aku tengok cite ni. yang kata tak best mungkin pompuan atau fonen2 tasek kot.
Sebab cite ni agak 'manly' bagi aku.

Bagi aku yang tak minat cerita jenis macam aku. aku rasa not bad jugak immortals ni. memang harus la aku download 300 pulak sebab tak tengok lagi.

Aku rate 4/5. Nak kata tak logik dah nyata pun. what do u expect daripada cerita2 camni?
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2011 08:11 PM | Show all posts
Dari Harian Metro

FILEM: Epik hebat

         
MENANTIKAN filem epik hebat untuk ditonton? Karya terbaru Tarsem Singh barangkali memenuhi cita rasa anda. Bercakap mengenai Tarsem, dia pasti hadir dengan sentuhan yang bukan biasa. Meneruskan kejayaan The Cell dan The Fall, Immortals kaya dengan fantasi dan aksi yang melangkaui jangkaan fikiran.

Garapannya kali ini menyingkap tabir mitos awal kebangkitan bangsa Greek yang hidup dalam keganasan dan sanggup bertarung hingga ke titisan darah terakhir demi kuasa. Ketelitian Tarsem menjadikan filem ini karya hebat dan mengasyikkan. Kreativiti dan ideologinya mampu mengikat penonton hingga ke akhir tayangan.
Lihat saja makhluk jahat yang terpenjara dalam gua gelap, ia sudah cukup membuktikan betapa tingginya imaginasi Tarsem. Begitu juga paparan aksi pertarungan yang kemas dan meyakinkan.

Pendek kata, filem ini padat dengan aksi pertarungan hebat dan ganas. Percikan darah, bahagian badan terputus dan terbelah mampu mengundang debaran di hati penonton.



Titik tumpu Immortals adalah pada karakter utama, Theseus (Henry Cavill), rakyat biasa yang dipilih dewa untuk menyelamatkan manusia. Cavill berjaya menzahirkan karakter ini dengan berkesan, bahkan ramai bakal jatuh cinta dengan kehebatan gerak langkah serta tubuh tegapnya.


Berkisar pada zaman azali, dewa berhempas pulas menewaskan kuasa jahat dan usaha itu berjaya apabila makhluk ganas itu berjaya dipenjarakan di kawasan suci pergunungan Tartaros.

Pada zaman itu wujud seorang pemerintah berhati kejam yang gilakan kuasa. Banyak kemusnahan dilakukan demi meluaskan jajahan takluknya, bahkan kezalimannya digeruni. Dia percaya dengan membebaskan kuasa jahat daripada kurungan tanah suci mampu memberikannya lebih kuasa. Justeru itu, dia berusaha keras mencari jalan untuk sampai ke tanah suci.

Biarpun tahu niat jahat Hyperion, peraturan kuno melarang dewa campur tangan urusan manusia kecuali kuasa jahat di pergunungan Tartaros.

Untuk menyekat usaha Hyperion dan menyelamatkan manusia, dewa memilih Theseus. Kebetulan pula Theseus ingin menuntut bela kerana kezaliman Hyperion membunuh ibunya.

Konflik semakin kompleks apabila Hyperion berjaya mencari perawan suci bernama Phaedra (Freida Pinto) yang memiliki kebolehan menilik masa depan.

Menerusi bayangan Phaedra, Hyperion dapat menjejaki tanah suci menyimpan ‘khazanah’ yang dikurung dewa. Dan, menerusi bayangan Phaedra juga, Hyperion tahu seorang rakyat biasa akan tampil menentang usahanya.

Keseluruhannya, filem ini cukup rencah. Biarpun kurang babak dramatik, ia tidak mencacatkan penyampaian kerana daripada awal sudah jelas Immortals adalah naskhah aksi.

Penonton pasti terpana dengan penggunaan teknik CGI yang membantu memperhebatkan garapan Tarsem. Ribuan bala tentera, kehadiran makhluk hodoh, fenomena alam dan gerak pertarungan sangat mengujakan.

Begitu juga sinematografi dan warnanya sangat mempesonakan hingga mata tidak mampu beralih dari skrin. Setiap babak ingin dinikmati dengan khusyuk kerana paparan di skrin sangat indah.

Tarsem pandai bermain dengan keluk emosi penonton, bahkan naratif disampaikan secara pantas. Ia jelas dapat menghindarkan istilah bosan kerana cerita ini seronok diikuti.

Cuma kelemahan dapat disaksikan menerusi penjiwaan watak Phaedra. Secara peribadi, penulis mengharapkan sesuatu yang lebih daripada Freida tetapi hampa apabila persembahannya kali ini seakan-akan kurang emosi.

Jika anda pencinta filem aksi dan epik, saran penulis segera ke pawagam. Berita baik buat mereka yang jatuh cinta dengan Immortals, penyudahnya menggambarkan seakan-akan ada sambungan menerusi bayangan dewa sekali lagi berperang dengan kuasa jahat.


DATA

FILEM: Immortals
GENRE: Aksi/Fantasi/Drama
PENGARAH: Tarsem Singh
PELAKON: Henry Cavill, Freida Pinto, Mickey Rourke, Isabel Lucas, Kellan Lutz dan Luke Evans
TAYANGAN: 11 November 2011
ULASAN: Shakilawati Abd Rahman
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2011 08:38 PM | Show all posts
sorry to say lah,banyak lagi citer epic yang lagi "manly" dari immortal ni

yang cakap best tu maybe dah terlampu "disogok" kan dengan jiwa tu dgn citer perang/ lawan semuanya nampak best

tak semestinya citer yang lawan2 penuh cgi tu best..

filem epic yang betul2 bagus pada aku so far ni sebenarnya citer troy lakonan brad pitt...
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2011 08:56 PM | Show all posts
Baru jer balik dari nonton movie nie semalam....

Sebagai sorg yang suka menonton movie sekadar sebagai hiburan... suka movie yang lasak lasak dan tak kisah kalo ada aksi aksi yang ekstremly ganas ganas... bagi aku movie ni teramat menghiburkan. Tetapi sayang, aku terlepas nak menonton movie 300, so aku tak leh nak compare 300 ngan movie nie...

Jalan cerita agak menarik ... of coz ler cerita ni pasal dewa dewi greek kuno, kisah mitos yunani kuno... so, memang banyak tol part part karut mengarut... tapi just layan jer movie ni sebagai hiburan. Bagi aku, penggunaan CGI agak menarik dan dipaparkan aksi aksi battle yang agak menghiburkan plus aksi aksi yang agak ekstrem (walaupun ada banyak part yang telah di CUT)...

Overall all - satisfactory
Rating - 9/10
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2011 09:21 PM | Show all posts
Reply 94# HaMiZiE


  agree wif u!!plan nk tgk lagi for the 2nd time..
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2011 09:34 PM | Show all posts
Reply 94# HaMiZiE

Kan? Bagi aku yang tak minat cerita perang/lawan2/CGI yang terlebih overrated ni pun masih boleh layan immortals ni. Aku jugak jenis yang fussy dalam nonton movie. Kalau cerita tu sampah, direct aku review sampah. Takde nak cover2 nak still boleh layan ke apa.

Kalau diberi peluang untuk tengok kali kedua, aku ok saja.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-11-2011 09:35 PM | Show all posts
Reply 95# zureena

tengs ...
plan nak tgk for 2nd round next weekend too...
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2011 09:41 PM | Show all posts
Reply 96# Zep

we have the same thinking...
do not think so hard when it comes to watch movie...
main objective kita pi tgk wayang adalah untuk berhibur ... release tension etc...

tol.. toll... kalo movie tue sampah... aku pun straight away akan categorize citer tu sebagai sampah dan akan kasi rate very low... tapi bagi aku, movie ni amat menghiburkan...

nak cakap citer ni merapu... transformer pun merapu gak.. tapi kalo dah kita nak berhibur... kita layan jer ler, janji jalan citer menarik...
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2011 09:42 PM | Show all posts
Reply 29# taji2906
yap peminat gak game tue...tapi maen sampai episod 2, episod 3 tak  berkesempatan lagi nak maen...kalo maen game tue paling koman 3 hari tak tido
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2011 10:27 PM | Show all posts
patut la gambar mcm cantik je, tarsem singh rupanya yg direct
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 02:53 AM GMT+8 , Processed in 0.063402 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list