CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 245|Reply: 0

Palestin terus usaha sertai PBB

[Copy link]
Post time 4-11-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Sasar keanggotaan penuh 12 agensi lain selepas diterima UNESCO\rNEW YORK: Pihak berkuasa Palestin menegaskan akan memohon keanggotaan dalam lebih banyak agensi di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) walaupun ditentang Amerika Syarikat dan Israel serta menjejaskan kempen supaya diiktiraf sebagai negara merdeka oleh PBB.\r\n\n\n\n\rSelepas undian Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) minggu ini untuk menerima keanggotaan Palestin, lebih 12 agensi PBB dan badan antarabangsa berada dalam senarai Palestin dengan keanggotaan penuh badan dunia itu menjadi matlamat utama.\r\r\n\n\n\n\nPalestin berharap menjadi pihak yang menandatangani Konvensyen Rangka Kerja PBB mengenai Perubahan Suhu, menurut ketua delegasi wilayah itu ke PBB, Riyad Mansour.\rIa diikuti permohonan sama di Pertubuhan Hartanah Intelektual Dunia, Seminar PBB mengenai Perdagangan dan Pembangunan serta Pertubuhan Industri PBB, kata Mansour kepada AFP.\rPertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa, Kesatuan Pos Antarabangsa, Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa dan lain-lain berpotensi membenarkan Palestin menjadi negara anggota, kata diplomat dan pegawai.\r“Kami meneroka semua kemungkinan. Kami percaya pintu dibuka untuk kami menyertai entiti dan agensi lain,” katanya.\r\n\n\n\n\rIa pasti menaikkan kemarahan Israel dan Amerika, yang sememangnya menentang keras keanggotaan Palestin dalam PBB dan menegaskan cuma rundingan langsung Palestin-Israel dapat menyelesaikan konflik di Asia Barat.\rSelepas undian di UNESCO, Israel mengumumkan lebih banyak pembinaan dalam wilayah Palestin dan membekukan bayaran cukai kepada pihak berkuasa Palestin.\rMenurut undang-undang yang melarang dana kepada badan antarabangsa yang menerima keanggotaan Palestin, Amerika membatalkan geran sebanyak AS$60 juta (RM184 juta) kepada UNESCO dan mungkin melakukan perkara sama dengan agensi lain.\rSementara itu, Palestin mempertahankan keputusannya untuk menyertai UNESCO.\r“Jika kami menyertai sebuah pertubuhan, menyertai kemanusiaan atas perkara baik, bagaimana ia boleh dikatakan radikal? Siapa yang kami sakiti?” kata Mansour yang menyifatkan langkah balas dendam Israel itu tindakan radikal yang sebenar.\rMajlis Keselamatan PBB akan memutuskan apa perlu dibuat dengan usaha Palestin mendapatkan keanggotaan penuh yang difailkan Presiden Mahmoud Abbas pada 23 September lalu.\rJawatankuasa keanggotaan majlis mengadakan pertemuan sekali lagi semalam dan perlu membentangkan laporan akhir pada pertemuan 11 November ini.\rAmerika Syarikat, sebagai anggota tetap, akan menggunakan kuasa pembatal terhadap sebarang usaha Majlis Keselamatan berhubung keanggotaan Palestin. – AFP

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 05:25 PM GMT+8 , Processed in 0.052254 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list